navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, December 1, 2010

I'm Now became Two!

As-Salam...
Fuhh lamanye tak jenguk blog ni. Bernyawa lg rupenye..Hehe
Act da lama nak tulis pasal hal ni. Bia jadi kenang2an org kate..Nanti2 bile baca semula, mesti sronok kan.. =)

Berita gembira yang ditunggu2 sang hati da pun termakbul. Aku kini bakal bergelar seorang ibu. Insya-Allah..Bahagia tak terkata. Baby skang (setakat hari ni) dah pun menjangkau minggu ke-19. Setakat ni kesihatan aku pon ok,cume masa mula2 aritu jelah yang tak bp ok nye..

Aku pon tak sangka thn 2011 ni ramai betul org yg bakal menimang cahayamata. Kalau diikutkan, berbelas jugak la yg setakat pengetahuan aku. Sepupu aku si Zaki & Rahman dah pun selamat dapat beby boy. Ni aku dpt news yg Aida pun preggy. Sepupu abg, dak Memey pon sama (baru je dapat twin aritu, dah preggy blk.hehe) Kak Fiza (wife abg dard), Kak Imah (bini pak usu), jiran aku pon 3 org skali..ada lg,tp aku tak ingat...ramai betul..Maklumle, thn ni kan tahun arnab..Keh keh..Semoga semuanya slamat ye..

Citer pasal beby ni..buat masa ni aku just pi Klinik Kesihatan je la. Lgpun aku kan mmg menetap kat kuaters klinik skang. So mmg tak susah utk aku pi monthly checkup. Scan aku dah buat 2 kali. Kali kedua tu terpaksa dibuat berikutan aku terjatuh masa main cak2 ngan abg (bole?)..
Kaki aku terseliuh teruk gak la.Huhu, haru kene marah ngan mak..Syukur beby tak ape2..siap leh men lompat2 lg lam kantung die.Doc pon tergelak..Hehe..

Baru2 ni gigi graham aku pulak patah masa makan.Tergigit tulang ayam..Kate org kurang kalsium. Ataupun beby da amik kalsium aku tu gaknye. Haish macam2 la kan..

Esok da stat cuti CNY. So mood balik kg la ye..Kebetulan aku nak ke kenduri kawen kawan aku c Angah@Zunairiah di Jasin. Hopefully dapat snap photo ngan die nnti..

Happy Holiday!!

Saturday, July 31, 2010

Pemergian Yang Tak Diduga

Tanggal 14 July 2010 aku dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuaku melalui panggilan daripada my MIL.Masa tu dalam kira2 pukul 430 ptg.menurut mak mertua,abah dlm perjalanan balik ke rumah selepas menukar tarikh appoinment pemeriksaan mata di Hospital Serdang. Kejadian tu berlaku di area JJ Balakong. Masa aku sampai di Hospital Serdang kira2 lepas maghrib tu,aku tgk abah dalam keadaan koma.Apa yang aku tau daripada mak n doktor yang bertugas mlm tu ialah abah mengalami pendarahan yang teruk di otak.darah di dalam kepalanya dah merebak teruk. Ermm..bila pandang muka abah dalam2,teringat pada arwah ayah aku yang menemui ajal disebabkan kes kemalangan.Kesian sangat tgk die dalam kesakitan yang die sendiri tak mampu nak bercerita dengan kita..Allah je yang tau betapa sayunya dalam hati aku masa tu..Selang 2 ari iaitu selepas hari kemalangan tu iaitu pada 16 July 2010, bapa mertua aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.17pm. Pada masa tu, semua yang datang melawatnya sedang membacakannya surah Yassin, termasuk aku and hubby. Abah nampak tenang saat malaikat datang mencabut nyawa. Dia seolah2 dalam keadaan tidur. Ditambah lg abah meninggalkan kami pada hari Jumaat, sejurus sahaja solat Jumaat.

Allah telah memudahkan segala urusan kami dari saat die meninggal hingga mayat masuk ke liang kubur. Sebelum azan Maghrib berkumandang, jenazah telah selamat di kebumikan di kampungnya iaitu Kg Michu, Hulu Langat. Kami berdoa kepada Allah, semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepada-Nya.amin..

Walaupon aku tak lama tinggal bersama abah, tp kenangan bersama die ttp kuat. Die seorang yang lemah lembut,x pernah meninggi suara, amat pembersih dan juga sangat menitikberatkan kesihatannya.Walaupun umur dah hampir mencecah 78 thn,tp die mampu lagi bersukan dan bermain bola dengan kawan2..senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Kami semua tak menyangka pemergiannya secepat ini memandangkan kesihatannya amat baik. Inilah yang dikatakan "Ajal maut di tangan Tuhan".Kita tak mampu nak menjangka selama mana hayat yang kita ada skang ni. Allah Maha Berkuasa menentukan segala dan kita mmg tak mampu melawan takdir yang dah ditetapkan sejak azali lagi..

Kepada arwah Hj Baharuddin Hj Abdullah,kami amat merindui tiap saat kenangan yang kita sekeluarga lalui bersama. Luahan hati abah kepada saya 2 minggu sebelum pemergian berulang2 dalam fikiran saya..
Al-Fatihah...buat abah..

Thursday, June 10, 2010

Rezeki Yang Tak Diduga

Arini aku agak free.sebab tu aku rajin nak tulis macam2..hihi..arini Pn Kayno kawan rapat aku sejak di Jengka lg; da stat keje kat tmpat baru di di PJ.tak tau la camne keadaan die.arap2 semenye oklah..maybe mula2 start keje ni mmg agak payah nak biasakan diri.ngan work load,environment,kawan2 baru,tmpat makan baru dll.tp kene cekalkan gak ati teruskan berusaha utk capai kemajuan dlm idup ni..Chaiyok Kay!

Dalam pada masa aku takde keje ni..sape sangka ada berita baik menanti..kan.Rezeki tu ada di mana2.selagi kita ni adalah makhluk ALLAH S.W.T, slagi tu rezeki kita akan sentiasa ada..banyakkan bersabar dan berdoa..itulah yang aku buat utk sentiasa berfikiran positif masa lam tempoh mencari sumber pendapatan baru ni..huhu..

Rezeki yang aku maksudkan tadi tu bukan sebesar mana pon n bukan aku yang terima..tp asben aku..hihi..Boss die bitaw yang die dapat AKC utk thn 2009..and penyampaian tu akan diadakan ujung bulan ni.. :) aku tumpang gembira la jugak kan..kalau ikotkan thn 2009 mmg terlalu banyak benda yang terjadi..manis dan pahit.semua tu dijadikan sempadan n pengalaman hidup..

Aku selalu berdoa pada Allah S.W.T agar suami aku diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi dari kecelakaan..tiap kali die tido,aku akan pandang muka die n pegang di kepala die n berdoa..sebab bagi aku,aku sangat2 bersyukur dikurniakan seorang peneman hidup yang bukan sahaja suami tp best fren aku sampai aku mati nnti..aku tak mampu nak bayangkan hidup aku sorang tanpa dia.msti airmata aku akan automatik mengalir..adoiyai..pendek citer..I LOVE my hubby..sangat2..thanks ALLAH, untuk something yang sangat beharga, tak ternilai dalam hidup aku..Kegembiraan dan Kebahgiaan..

Akhirnye TERPISAH jua..

Hari ni genap 3 minggu aku menganggur. Dan selama itulah aku jadik FHW beb..pagi2 bangun siapkan baju asben, jerang air and kadang2 buatkan die bekal makanan. Basuh baju, kemas rumah, bersihkan dapur, lipat baju,iron baju mmg da jadik pekerjaan ttp aku skang.Dalam pukul 4 ptg baru aku siap2 nak masak..sebab bile abg balik keje,kiteorang akan makan sama sebelum masuk waktu Maghrib. Siyes aku rasa rindu kat udara segar waktu pagi yang biasanya dulu aku hirup..lebih2 lg masa otw gi keje dari Hulu Langat (uma MIL)..sebab kiteorang mmg kene ikut jalan di Bukit Ampang pegi-balik.Huhuhu..

20 May 2010 mmg aku takleh lupe..bkn stakat aku je,tp semua la ex-staff MG.hari tu aku ingat lg,aku sempat ke bank utk keluarkan duit n gi window sopping ngan Ani and Kayno..balik2 je, dorang da keco2 pasal ada staff kena panggil masok bilik miting.Rasa time tu Wan JIM and Syuk. And lepas2 drg kelua je dr bilik miting tu,suasana jadi tegang sebab soklan bertubi2 dtg kat dorang..Apa hal?Kenapa?Adakah kami..?Company da tak ok ke?Ada pampasan ke? Masa tu masing2 macam menunggu untuk terima hukuman je rasanya..Last2 selepas semua dipanggil ke sesi perbincangan di bilik miting, semua persoalan telah pon terjawab.takde lg teka teki. Mmg company dah goyang@tak stabil and xmungkin mampu nak baya gaji kami lg. For that, seme staff dikehendaki menulis surat resign..Pelik tak di situ? Kami yang kene anta surat resign tuuu..Aku percaya semua org masa tu buntu nak berfikir pasal nak dapatkan kerja lain dalam masa terdkat ni..Dlm masa kalut2 tu,kami sempat jugak la bergamba.utk kenangan terakhir..Akhirnya, dalam paksa-rela tu kami telah menghantar gak la surat tu..Masa tu aku balik awal sebab da rasa tak tahan lg nak menunggu lebih lama..semua prasaan ada.geram,marah,risau,sakit hati..Sampai situ saje jodoh aku ngan MGSB yang da dekat 3 thn lebih jadi sumber periok nasi aku...sob..sob..

Aku mulakan keja di MG ni pada 05 Feb 2007.Tepat pada tarikh lahir aku yang ke 25. Tugas pertama aku bermula di KLIA. Then LCCT. Seterusnya di Penang, Johor, Kedah, Perak, Jakarta, Pontianak, Sabah, Melaka..yang paling lama di mana ek?Rasanya di Jakarta 1 bulan, di Sabah dekat 2bulan and Melaka 2 bulan..tp aku sangat2 berTERIMA KASIH jugak la kat MGSB atas banyak sebab:

1) 1st skali, sebab kalau tak MG, aku takkan kenal hubby aku skang..MG adalah vendor kepada sistem yang digunakan di tempat hubby bekerja..n hubby adalah IT Officer yang handle project tu.. :)

2)Aku dapat banyak jalan kat tempat org tanpa mengeluarkan we sendri..hehe..sape taknak jalan free kan..paling besh kat Sabah,sebab gi ramai2..sangat seronok hang out ngan membe2..ada je projek merayap walaupun dlm standby mode..haha

3) Bg aku banyak pengalaman beharga tak kira la lam segi keja ke..pergaulan ke..buat aku lebih independent.Masa di Indonesia, aku jadi woman alone beb..selama sebulan (sampai da nak abis tempoh pas dah). Turun MAS di Soekarno Hatta Airport direct ke Terminal 2 utk ke Pontianak menaiki Mandala Airway (takot gak, flight yang baru beroperasi). Duk Pontianak selama 2 minggu (Raya Haji di sana oke) pastu naik Mandala Airway n ke Jakarta semula.Dok Jakarta 2 minggu then naik MAS smula balik KL (act tiket balik tu da 2,3 kali tunda atas arahan bos).

4)Dapat kawan2 yang sangat helpful and sangat mengambil berat. Hal ni mmg diakui oleh semua ex-staff MG. Susah nak dapat kawan2 macam kat sini.Susah senang sama2 pikul..Mmg terlalu banyak kenangan bersama.Huhuhuhu..msti rindu gile kat korang seme nnti..

Tak semua sempat amik gamba sama.ni je yang dan masa hari last tu..


Banyak sangat la benda y touching kalau diingat2kan balik..nnti len kali la aku citer.kang panjang plak post ni.aku blom ready lg nak publish n kasi baca post2 ni kat ex-ofismate aku.ni aku buat blog pon diam2.hehe..

Thursday, May 13, 2010

Penghijrahan dan Kenangan

hello..da begitu lama tak meng'update'kan blog ni..nak kate sibuk sangat,mmg tak.maklumla semenjak company tempat aku keja ni da tak bape nak ada project masok,kami mmg rilek abeh.ari2 datang ofis,..on FB, layan game, google sana sini, jalan2 cuci mata n segala bagai la. tah pe la nak jadik ni..huhu..


kali ni nak citer pasal srg kawan aku yang mmg da lama kenal.rasenye since 2000.masa tu aku masuk UITM Jengka.smua student wajib amik subjek kokurikulum n masa part 1, kiteorang nye subject masa tu ialah Kesatria (yang mcm ala2 tentera tu).masuk sem2,rasa nak tuka angin..aku masuk Brass Band.and masa tu la aku da start kenal ramai kawan.antara kawan2 yang aku kenal masa n kekal contact sampai skang adalah kak ct (nnti aku paste gamba die len kali),pidah,nora,dira n kayno..seronok tak terkata masa di zaman diploma dulu sebab subject tak heavy n banyak aktiviti luar yang kiteorang buat.Aku n nora plak ade join netball.so tiap2 petang mmg wajib lari padang 10 round(sbb tu kurus masa tu..huhu). Aku cuba nak cari balik gamba lama2 masa join brassband n netball kat jengka dulu tp maybe ade kat uma mak.nntila kalau berkesempatan,aku akan paste kat sini. Buat masa ni aku nak citer pasal membe aku kayno yang aku kenal da dekat 10 tahun.



Mmg dah tertulis,lepas diploma aku sambung degree di uitm shah alam pun aku masih bersama ngan geng2 masa di jengka dulu..termasuk si minah kayno ni..ingat lagi masa die blaja dulu,die pakai spek yang bulat besa tu haa..kalau tgk balik skang,mmg akan tergelak la..hehehe..nampak nerd jek.masa di shah alam,kami mmg rapat.pada mulanya,kami semua stay di hostel..tp lepas sem ke 4,smua diarahkan utk stay di lua sebab kemudahan hostel akan diberi kepada student2 baru.tp len plak kes aku..sebab masa tu aku baru je kehilangan ayah yang tersayang..n hanya mak je tempat tp bergantung..so pihak hostel setuju bg aku still stay kat hostel(mawar masa tu)..masa tu aku n kawan2 terpaksa terpisah la tp kat kelas kami still lg berjmpe..

Teringat lagi pada suatu hari tu (masa tu da dekat nk exam), kayno call aku n bitaw aku yang die nak stay kat bilik aku.aku ok je tanpa pikir ape2.tp masa nak tido (muat tu berdua kat katil single..hihi), aku denga cam die nangis.uiksss..nape??die pon tak bitaw kot die ade masalah pape ke.aku pulak tak suke nak pakse org..btol tak?? keesokkan arinye,si pidah n ema (kawan dari jengka gak,tp course insuran) datang bilik aku n pujuk2 kayno.ohhh..baru aku tau citer sebetulnye..BF si kayno ni da dirampas kawan baik die sendri (1 bilik die oke..). cian sangat kat die.dah la nak exam..masalah pulak dtg menimpa.serabut je paler minah tu..tp sibek semua paper yang die amik sem tu lepas..Alhamdulillah,tu ujian yang Tuhan nak bg die time tu kan..nak tak nak,kene tabahkan ati jugak...

Dipendekkan citer,masa sem 5 or 6 (dah lupe), aku pon berpindah masuk ke rumah sewa diorang (sebb si minah perampas tu da pindah uma len).masa tu baru aku tau citer sebenar2nya.si minah *##@ yang rampas BF kayno tuh mmg rahsiakan sejak dari mula lagi.member2 serumah sepakat nak cari jalan jugak camne nak kantoikan minah tu..kirenye dorang masa tu macam lam citer CSI tu..penyiasat pensendirian gtu.kih kih.tp berbekalkan kesungguhan,akhirnya tumpas jugak sendiket 'cinta sembunyi' drg tuh.semenjak ari tu,semua da tak sama.maksud aku, persahabatan yang da lama terjalin antara dorang (hausmate kayno n kayno) ngan minah tu dah officially terputus.sayang kan?lama.2 da kawan,putus gtu jek..tu la, moral of the story..Jangan cuba2 nak bermadu kaseh ngan BF kawan kite..

Dipendekkan cerita lagi..la ni aku keje di MG bersama2 kayno dah hampir 3 thn lebih lepas kiteorang grad.n masa di MG ni lah banyak sangat kenangan manis yang kami lalui bersama.stat dari KLIA, LCCT...kiteorang merantau ke sana, ke sini..kadang2 berminggu2 tak balik KL.sangat seronok masa tu.lebih2 lg ada kawan2 yang sangat sporting,helpful..susah senang sama2..masa di sabah,kami kene stay sementara kawan2 len da balik ke KL.kami dok hotel kat KK tu rsanye berbulan2.keje pon sabtu ahad.mmg penat tp seronok..tp bile da akhir2 tu kami berkesempatan utk ke pulau2 yang sangat cantik..(berkali2 da pegi..) paling seronok,masa kami pi pulau eramai2..aku,kayno,alit,sopi,sharim,zul,.. sape lg ek..tp mmg besh sangat snorkling ditambah lg ngan brader bot yang sporting (bwk pi jauh sket ke tgh laut)..kenangan tu mmg tak pat nak dilupekan..Masa implementation di oversea,.kayno hanya dibenarkan ke Singapore shj (masa baru2 kawen katekan..)n aku ke Jakarta n Pontianak..die mmg seorang yang agak cekal coz kena mengadap user yang boleh tahan garangnye..chaiyok la kayno..hehe..yang aku plak dapat user yang tersangatla baik n frendly nye..syukur sangat2..

Lebih kurang 3 minggu lagi kawan aku,Pn Khainorizan Khalid akan berpindah ke tempat keje baru..di PJ.rase sedih gak bile diingat2kan.bukan ape,kite kawan n selalu ada dekat ngan die lam tempoh 3 thn keje kat sini..ditambah lg 7 thn lg usia persahabatan kami.aku harap die kuat semangat n tak goyah bile nak buat sesuatu keputusan tu..n aku sentiasa berdoa semoga rumahtangga kayno n khuzaimi sentiasa dirahmati Allah n dikurniakan anak2 yang soleh solehah..aminnn..

Persahabatan kite takkan terputus..btol tak?so ade masa tu..calling2 lah aku kat cni..hihihi..doakan aku pon dapat keje baru cam ko.dapat rasa environment baru.sunyi lah nnti ko takde,kay..huhuhu..pape pun..aku sayang ko..n good luck k!!




Salam..


Saturday, February 13, 2010

Became 1 year more older


Tak sangka begitu pantas masa berlalu..menjadikan umur aku bertambah lagi 1 tahun pada 5 Febuari lepas..Alhamdulillah dengan kurniaan Illahi,aku masih lg dapat menikmati nikmat kehidupan dan mengecapi kebahgiaan duniawi.Aku bersyukur yang tak terhingga kepada-Nya atas pemberiaan yang diterima..anggota badan yang sempurna untuk aku melakukan segala aktiviti harian termasuk bersolat juga bekerja.,keadaan kewangan yang tak pernah menyesakkan, kasih-sayang yang tak pernah kurang dari suami serta keluarga..dan tiada persengketaan sesama kawan sepejabat ataupun orang luar..

Disebalik rasa syukur itu.,aku sering teringat pada arwah ayah yang telah pergi ke Rahmatullah hampir 6 tahun yang lepas.AYAH telah banyak berjasa dalam membesarkan aku adik-beradik..bertolok gadai tanah bg memastikan kami mendapat pelajaran yang sempurna hingga kami dewasa.Masa tu adik aku yang bongsu, Nurfaezah, baru sahaja berumur 8 bulan.Terlalu susah nak terima keadaan yang mendadak begitu skali..Tp kami sekeluarga redha dgn pemergiaan arwah dan menerima dugaan yang datang sebagai satu ujian hidup.Allah lebih menyayanginya..Semoga roh arwah ayah, HJ BORHAN BIN ABDULLAH sentiasa berada di sisi org-org yang Mukmin..aminnn..

Erm..apa ye rahsia bulan kelahiran aku..aku sendri pun kurang amik tau hal-hal macam ni..sebab aku rase setiap org (tak kira la bulan apa pn lahir) mesti ada keunikan n perangai tersendiri..tp meh kite selidik jap..hehe..

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
Ye ke ni aku?haha..kelaka pulak.ada y kena n ada y tak ada pada aku.contonya,,yang agak time agak pendiam tu..rasenye ramai yang cakap aku ni banyak cakap (diakui oleh hubby)..tp x taulah kan.kajian ni dibuat berdasarkan pemerhatian dari kebanyakan org..bkn dr aku je kan..tp pepun..kawan2 aku lagi kenal aku.org kate biasenye,org len lg nampak perangai kite dr kite sendri y menilai..btol x..

Banyak plk aku celoteh..lgpun da lama x update blog yang aku anggap macam diary aku sendri..btw, semperna besday aku yang ke 28 ni..aku ada wish aku sendri..kire macam azam@target aku dalam thn ni la..antaranya:

* First..aku nak ada baby..aku nak usaha sampai berjaya misi ni..(Insya-Allah,jika diizinkan..,ni kan Tuhan yang bg..) tak kire la girl or boy..harap2 dimakbulkan..aaminn..

*Nak masuk rumah sendri..skang ni masih tinggal ngan my MIL..and nak decorate rumah tu ikot taste me and hubby.. =)

*Nak cari job baru..Aku da 3thn ngan company skang ni..n rasa nak bertukar angin tp blom ada rezki lg..harap2 dipermudahkan n dimurahkan rezki aku keje kat tempat yang lg establish..

Setekat tu je lah hajat aku.y lebihnye biar tunggu masok umur baru (jika panjang umur,,)..
Sebelum aku akhiri cot cet rini..aku nak thanks kat hubby aku sebab buat serprise kat aku tepat 12.15 am masa 5 feb 2010 y lepas..so sweett..die bg present n a romantic card masa aku btol2 nak tido da malam tu.siap aku mara die sebab kaco aku tido lg..huhuh..n the next day,aku dapat sejambak bunga ros merah with cute teddy bear by delivery..mmg tekezut gak masa dapat tu sebab aku kat lua time tu..ada member y tolong amikkan..hihi..and of the day,mmg rasa heppi sesangat.ni first time aku rasa paling heppi on my besday sepanjang 28 thn ni..
Thanks sayangg..L.O.V.E you so much....~~
and tak lupe mekasih kepada kawan2 yang ingt besday aku n wish melalui msg,call and also in FB..tuvvmm...


Thursday, January 14, 2010

Weekend Activity..

Wah2..dah lama sy x dapat update blog ni..ni baru bekesempatan bile kawan sy pass kan bb die sebelom die kua untuk 'dating'..(kul 11 lebih da kua..mntak tlg sy coverkan..) kawan sy ni act masih single n masih mncari2 idaman hati yang sesuai ngan jiwanya..bleh dikatakan banyak kali jugak putus cinta..tp smua tu dijadikan dugaan n cabaran hidup..biaselah..dh dikatakan kehidupan kan..pahit manis, suka duka..semuanya akan kite lalui..bercerita pasal kawan saya ni..sebenarnya die dah memutuskan hubungan pon ngan mamat y die gi jumpe ni..tp ntah macam mana..hubungan tu macam dah bertaut kembali.saya pon xtau sangat citer drg..tp y pasti..kalau dah jodoh tu kan,.pusing2 mana pun kite akan jumpe balik si dia tu..btul tak...arap2 kali ni kawan saya yang bernama Hani tu takkan frust lg pasni.. =)

Last weekend (9,10 Jan), sy balik ke kg saya di melaka..saya gerak balik dlm pukul 11.45 mlm..agak lewat..tapi x dapat nak elak bile family pakcik asben saya dtg ke rumah n my MIL ajak makan di luar ramai2.n pas makan tu lah baru sy bergerak balik.alhamdulillah, kali ni balik highway plus ke selatan x jem n ini mmg memudahkan kami sampai awal dr masa y dijangkakan..rasa seronok sangat bile dapat sampai kampung halaman y dah lama btul saya tinggalkan..(baru sebulan je kot tak balik..dah rasa lama gile..huhu)..

Hari sabtu mak n adik2 sy masing2 da siap dari pagi.rupe2nye drg nak ke Shah Alam.nak pergi menghantar rombongan pengantin jiran blakang rumah sy..kali ni adik saya, Am yg jadik driver mak..adik saya Ct je yg stay kat rumah..saya n asben plan mmg nak keluar coz nak jumpe ngan wedding photographer n amik custom album masa kenduri ritu (lama giler tunggu mende ni..)

lepas je mak pegi tu..saya kejutkan ct n ajak die join skali saya n asben.rupe2nye die pon ade plan pg tu..nak membeli buku2 revision kat popular. masa tu dlm kepala sy ada mcm2 plan..maklumla..bkn senang sy n asben sy dpt cuti camni n spent masa berdua..tup2 kali ni ada adik sy pulak..ermmm...pikir nye pikir..1st skali saya ajak asben gi bli buku ct dulu.sampai je kat kedai buku popular tu..adik saya trus menghilang..mencari buku die selepas saya menghulur duit rm100.dlm masa tu sy pon merayau sama la..hehe..bli punye bli..abesla gak sejumlah wang yang sepatutnya saya nak spent utk beli adiah..tp present utk die gak.,utk memberi penghargaan kat die lah..sebab dapat 9A dalam PMR lepas."nampaknye akak bg awak adiah buku je lah ye dik.."die kata 'OK n thanks..'hehehehe..pokai jugak la bln ni sebab sebelom tu dah bli set absober depan blakang kat salah sebuah kedai di Malim..huhu..ape nak buat kan..
Aktiviti seterusnya kami ke Banda Hilir-berjumpa photographer, Hafiz ..n gambar2nye sangat marvelesss...i likeee..and also die bagi lg 2 frame gamba,,..Thanks to Hafiz for all the nice photosss..!! After that we went for movies at Dataran Pahlawan..waa..so tiredd..

After tgk movie tu..mak called n ajak kami minum2 di Mcd Air Keroh.,.masa tu dah nak maghrib.mak kate nak solat n JJ dulu..so kiteorng akan berjumpe di Mcd je lah..saya fikir masa tu McD Air Keroh yang terletak di sebelah Taman Buaya tu..tp rupenye saya silap. mak saya maksudkan Mcd yang terletak bersebelahan dengan Melaka Mall.OMG!saya pon tak tahu bile masa building tu ade kan situ..punye la gayat saya tgk perubahan negeri Hang Tuah ni..huhu..

Tak lama saya tunggu tu..mak saya n adik2 sampai.cousin saya pon turut serta dalam aktiviti melepak kiteorang ni..kenyang jugak la n macam2 citer jugak la kiteorang bualkan,,.ending aritu mmg sangat2 meletihkan..

Pagi Ahad pulak saya ajak asben ke pantai untuk mencari ikan,.asben saya mmg suka bab ni..sebab die kate bile balik melaka je baru dapat gi pantai..dah dapat bbp jenis ikan n sayur..kami balik n seblm tu saya ke Kem Terendak untuk mengambil Ct yang baru je selesai tuition..sampai je rumah..mak da siap masak..n kami tinggal ngaappp je lah..hehe..sebelum tu asben sempatla menyiang semua ikan2 yg da dibeli n simpan untuk di bawa balik..

Ptg tu kami gerak awal balik ke Hulu Langat iaitu dlm kira2 pukul 5.kebiasaannye kami balik mlm..tp kali ni gerak awal sebb banyak keje2 urusan baju nak disettlekan..ditambah lg ngan AJL yang nak berlangsung mlm tu..nak gak tgk kan..hehhehe..
dan..ALHAMDULILLAH...kami sampai dengan selamat...

Itu je lah aktivitinye..saje je tulis panjang2 ni sebab nnti ntah bile2 dpt upload entry lg..huhuhu

Thursday, January 7, 2010

Broadband n Flu Fever


Salam..nampaknye arini saya berkesempatan lg utk menjengak blog ni walaupon broadband yg saya guna slalu da xde lg ada seperti kebiasaan..act broadband tu bkn milik saya tp adik ipar saya..raffiq..oleh kerana kesibukan die sebagai enginner di astro, jd die telah memberi kebenaran utk memakai broadband tu..(drp membazir,,baik sy pakai..ada gak manfaatnye..hehe)..rini bband tu tetibe da tak berfungsi ..sy pun confius..mayb tuan badan blom menjelaskan bayaran atau bband tu sendri yg rosak..


ermm..nmpak gayanya bulan depan saya akan mendaftar n mendapatkan bband sy sendri..huhu..act sy skrang ni bekerja di salah sebuah company IT tapi kalau nak tau..company ni mmg x penah n xde provide internet kat staff..isk33..mmg sadisla..jd kami terpaksa lah mencari pelbagai altenatif utk mgunakan internet..(dr zaman bband blom ada lg..)..dulu x lah terasa sangat kebosanan wlpon xde internet ni..tp bile kerja semakin kurang n staff pon ramai yg berhenti (ada jg yg diberhentikan..),so kiteorang makin dihimpit ke'boring'an..makin lama makin ramai yang bw bband sendri..n ada satu ketika dulu, bile pihak mgmt dapat tahu y kami ada bband n membawakan ke ofis..dorang melarang n mengharamkan membawanya..mmg tetekan sangat..(act banyak lg yg pegolakan haram ni..xpe,,nnti kemudian saya ceritakan..huhu)..n ending die skang ni bile pak guard2 da tak mampu nak larang n plus dengan aktiviti company y da semakin berkurang ni..so dptla kirenye kiteorang menggunakannye tanpa had masa..heheheh,,..

Okeyla..stop bab tu..nnti bile2 saya akan cerita lg hal ofis sy ni..semalam saya sampai rumah dalam pukul 7.50 pm..biasanya asben akan tgu di lrt coz die x larat nak masuk kl utk menjemput.masa kiteorang kua dr lrt cempaka tu..tros ke petronas coz tank minyak da kosong..masa kua dr petronas cempaka, tgk kat simpang depan tu penoh ngan org n kete polis pon ada skali..rupe2nye ada xciden.tgk2 kete tu da terbalik..adusss...camne la naseb org dlm kete tu agaknye..org y berkerumun terlalu ramai n sukar nak tau keadaan org y terlibat tu.. harap2 hanya kereta je yg parah..jgn tuannya..

smpai2 uma saya tros solat mgrib.tgk asben dr td muka die lemah je..check2 rupanya die da kene flu.teruk jg..nasib baik la mak mertua saya ni staff nurse,jd ubat sentiasa ada je dlm simpanan..hehe...tp masalah utama my asben ialah die sangat2 x suke n takut makan ubat..xtau la camne nak kerah die makan..lebih2 lg kalau ubat batok..aduyaii..pastu kalau sakit or demam,manjanye bukan main..kalau mintak picit kepala je x pe..ni mntak picit badan n kaki sekali..kire pakej la tu..ermmm..saya layan kan aje kerenah die..n saya berfikir..org lelaki ni manja jugak ye..kdg2 rasa lg manja dr org perempuan..huhu..apa nak buat..da sign kontrak seumur hidup..penat tak penat kite..kenelah buat..itulah sayang katenye.. hehehe..

and pg td lepas je asben punch card, kami ke pusrawi jln tun razak..pas checkup, my asben dpt mc n ubat..tp y baiknye,die xnak mc n nak pi ofis..die kate sayang nak gne mc..rugi..(kalau saya,dah hurayy dah ni..). jd akhirnya die anta saya ke ofis n berpatah semula ke ofis die..arap2 die tak ngantuk la bile makan ubat selsema tu nnti.doc pesan kat die kalau still demam lg esok,dtg semula n check darah..eii..nak ke die tu..sure x nak!confirm..

alamak..kawan saya pon da dtg n nak guna bband die ni..ni la naseb klo xde sendri punye..huhu..bye!

Wednesday, January 6, 2010

first entry..

Hye! Salam..this is my first entry..actually xde la nak sgt nak ada blog ni sebab dolu2 da penah ada skali..tp x penah update n buat pe2 entry coz xde masa..tp skang ni sebab da bosan sgt dok kat opis tanpa ada ape2 task..terpikir la layan blogging ni..hopefully at least terluang masa dengan mende berfaedah sket..(ye ke...huhu..)

Bbp hari lepas, ada view bbp blog org len n rasa seronok tgk coretan kawan2 dan majoritinya menceritakan perihal anak2 dorang ngan ngah lasak membesar..saya mmg x reti nak buat blog n nak letak pic ke..or nak create cantik2 blog ni..tp maybe dgn masa y terluang ni, saya dapat belajar sdikit2..

Oklah..harap2 ade lah entry lg pasni..jgn terkubur lg macam y lepas..hehehhe..