navigator

home archive gallery contact login

no copy

Saturday, July 31, 2010

Pemergian Yang Tak Diduga

Tanggal 14 July 2010 aku dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuaku melalui panggilan daripada my MIL.Masa tu dalam kira2 pukul 430 ptg.menurut mak mertua,abah dlm perjalanan balik ke rumah selepas menukar tarikh appoinment pemeriksaan mata di Hospital Serdang. Kejadian tu berlaku di area JJ Balakong. Masa aku sampai di Hospital Serdang kira2 lepas maghrib tu,aku tgk abah dalam keadaan koma.Apa yang aku tau daripada mak n doktor yang bertugas mlm tu ialah abah mengalami pendarahan yang teruk di otak.darah di dalam kepalanya dah merebak teruk. Ermm..bila pandang muka abah dalam2,teringat pada arwah ayah aku yang menemui ajal disebabkan kes kemalangan.Kesian sangat tgk die dalam kesakitan yang die sendiri tak mampu nak bercerita dengan kita..Allah je yang tau betapa sayunya dalam hati aku masa tu..Selang 2 ari iaitu selepas hari kemalangan tu iaitu pada 16 July 2010, bapa mertua aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.17pm. Pada masa tu, semua yang datang melawatnya sedang membacakannya surah Yassin, termasuk aku and hubby. Abah nampak tenang saat malaikat datang mencabut nyawa. Dia seolah2 dalam keadaan tidur. Ditambah lg abah meninggalkan kami pada hari Jumaat, sejurus sahaja solat Jumaat.

Allah telah memudahkan segala urusan kami dari saat die meninggal hingga mayat masuk ke liang kubur. Sebelum azan Maghrib berkumandang, jenazah telah selamat di kebumikan di kampungnya iaitu Kg Michu, Hulu Langat. Kami berdoa kepada Allah, semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepada-Nya.amin..

Walaupon aku tak lama tinggal bersama abah, tp kenangan bersama die ttp kuat. Die seorang yang lemah lembut,x pernah meninggi suara, amat pembersih dan juga sangat menitikberatkan kesihatannya.Walaupun umur dah hampir mencecah 78 thn,tp die mampu lagi bersukan dan bermain bola dengan kawan2..senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Kami semua tak menyangka pemergiannya secepat ini memandangkan kesihatannya amat baik. Inilah yang dikatakan "Ajal maut di tangan Tuhan".Kita tak mampu nak menjangka selama mana hayat yang kita ada skang ni. Allah Maha Berkuasa menentukan segala dan kita mmg tak mampu melawan takdir yang dah ditetapkan sejak azali lagi..

Kepada arwah Hj Baharuddin Hj Abdullah,kami amat merindui tiap saat kenangan yang kita sekeluarga lalui bersama. Luahan hati abah kepada saya 2 minggu sebelum pemergian berulang2 dalam fikiran saya..
Al-Fatihah...buat abah..