navigator

home archive gallery contact login

no copy

Thursday, March 22, 2012

Tahniah!

Tahniah kepada adikku Haryati Akmal atas keputusan SPM anda yang paling cemerlang..jika nak dibandingkan dengan akak & abg2 kan..hehe.7A, 2B. Alhamdulillah...

Smalam 21 March 2011 keputusan SPM 2011 telah diumumkan di seluruh negara. Dengar berita peratusan lulus thn lepas naik dari thn2 sebelum tu. Debar2 kan masa nak amik result? Adik yang amik result, kite di kejauhan pun dah terasa debaran.Hihi. Congrates2..nnti akak balik Melaka akak belanja ct makan ehhh.. =)



Tu cik CT kite-gadis paling kanan bertudung hitam berbaju purple tu..Tah apa la depa tak puas hati ni..Kekeke

Ermmm carik2 gambar CT ni terimbas balik gamba2 masa kami celebrate besday di uma mak. Seronoknye berkumpul ramai-ramai sedara mara..Tetibe teringat yang belum upload lg kes masa besday abg aritu..Oleh yang demikian, mari kite tepek gamba kek yang aku tempah dari Anisbakery.net. Sedap sangat kek die n delivery pun baguss.. Mekasih ye kak Nisa..Ni buat surprise besday cake la kirenye. Hantar trus ke ofice abg di Jalan Conlay..Bila? 16 Feb yang lepas..Hahah.Dah lama kan..baru hegeh2 nak cerita..


Yum..yumm tgk balik teringat keenakannye..Beberapa hari lepas Kak Adah (kawan oficemate) sempat la ke Kajang untuk repeat order ni..Muahahaha..dapatla daku meratah creamcheese ni lg..Thanks akak!



Monday, March 12, 2012

Majlis Faizol & Aisyah

Semalam aku yang ditemani si kecik Suri and adikku Naim ke Alam Damai untuk meraikan majlis Faizol & wife die, Aishah. Kami sampai agak lewat iaitu dalam pukul 2.30ptg (akibat jem di Langat)..Abg tak dapat nak join sebab masih bizi di office. Malas nak cakap panjang2, aku tepek je la gamba2 ni..Thanks to Sya sebab bg gamba2 ni =)






Budak 'GB' yang suke membuli cubaan nak membuli Suri


Pas ni turn Zeth pulak ye..

Selamat Pengantin Baru je Ajoi..hehehhe

Shafie cubaan untuk meruntuhkan pelamin..Hahaha



Suri makan tak hengat..Sedap kuih tu..



Oitt Azri nak ngendeng ke Kak Adah ke??Ngeh ngeh


'Thanks auntie Zeth pakaikan saya cepit'..

Sekian...Skali lg ucapan Selamat Pengantin baru kepada ofismate saya yang rajin..En Faizolnizam n isterinya, Pn Aisyah ye..Semoga bahgia hingga ke akhir hayat..Amin..

Thursday, March 8, 2012

Basikal Baru Abang

Ni cerita last week masa Haziq & Hariz datang umah nenek. Nenek telah berbesar hati untuk belanja abg n adik basikal baru. Beli sama jenis je supaya takde isu pergaduhan ye..Sangat seronok ummi tgk depa kayuh pusing2 (dlm rumah je dulu) hehhehe..Terima kasih to nenek Yam!






Sila buat tak nampak mesin basuh di luar itu (mak mertua suka basuh area open air..Hihi)

Wednesday, March 7, 2012

Demam lagi~~







Baby Suri demam lg selepas serangan demam minggu lepas. Dan ini bermaksud umi pun kenelah EL lagi..huhu.Cian anak ummi. Kali ni disebabkan cirit birit n muntah2 yang akhirnya membawa kepada demam. Pg smalam kami ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh dan doc mengesahkan anak ummi ni dah terkena keracunan makanan.Alahai ciannye adik..Patutla lembik semacam jek..Sehari setengah umi n babah EL baru demam adik kebah..Tu pun rasa macam berat hati je nak hantar ke pengasuh. Sayang sabar ye..rajin2 makan ubat tau..Umi rindu adik sengeh2 gelak2 kat ummi..Ummi doakan adik cepatla sembuh..amin..


Ketawa sampai nak tertutup mata dah..

Suke adik senyum gini..cam babah la pulak..Hehe (abaikan cawan pinggan atas meja tu eh..) Kiki

Monday, March 5, 2012

Baby Wafiyya



Semalam kami beramai2 telah menyerbu ke rumah Pn Noor Ramah dan En Joe di Seri Kembangan. Tujuan nye adalah tidak lain dan tidak bulan untuk melawat beby Wafiyya yang telah selamat dilahirkan pada 18 Febuari yang lepas. Aku adalah peserta terakhir yang tiba kerana telah sesat jalan.Hehehe..Di kesempatan itu, dapatla berjmpe dengan kawan-kawan lama iaitu Pn Erma n Pn Keno..Pidah tak dapat bersama kerana kepenatan baru pulang bercuti dari Jepun. Apa-apa pun terima kasih kepada Pidah atas kiriman ingatan kepada kami. Suke2! Ni la hasil perjmpaan kami.. Panjang umur leh jmpe lg..kan kan




Dah lama tak jmpe..masing2 dah tembam except Pn Kayno jek maintain..Keke



Ema tetap senyum walaupun qisha dah melalak..Hihi

Kami balik sekitar pukul 6.30 ptg gitu. Perut dah bekeroncong sebab dari tgh tak makan lg. Otw balik tu singgah la makan di JM Beriani Bandar Tun Hussin Onn. Abg dah bg warning siap2 yang die nak makan first (biasanya aku yg dapat makan dulu..Huhu) Tp hasilnye..tgk gamba bawah ni.. Suri dah leh berdikari duk lam kusi baby..Hua hua. Dapatla kami masing2 makan dengan senang hatinya..Time kaseh buchuk umi kerana memahami!Kekeke



"Meh saya pulak yang amikkan gamba babah yeh..."



Yay!! Suri dah leh duk diam2 lam baby seat. Umi n babah leh makan serentak..Hehe