navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, May 9, 2012

Terjahan ke Homedec (April 2012)



Ni cerita da agak basi la kan. Sambungan dari aritu nye entry. Masa kami ke Homedec ni adalah pada 30 April; sehari sebelum cuti Hari Pekerja. Oleh kerana ni kali pertama kami nak pi, so tak taula camne keadaan kat sana..aku awal2 dah hantar Nabila ke rumah pengasuh. Sebelum gerak, kami pekena dulu asam pedas di area Taman Dagang, Ampang. Kami agak bertuah la jugak sebab tak ramai org sepanjang aktiviti survey2 kami itu. Keadaan agak terkawal dan selesa.

Target aku mmg nak cari hood and hob je. Tu pun leh bg downpayment je la dulu kan.Hehe. Setelah aktiviti2 memeningkan kepala ni..daripada 4 jenis yg ditawarkan harga yg menarik, kami telah short listed hanya 2 jenis ni je..Elba and Fortile (sebenarnya dalam hati da tertarik dengan Fortile ni..hehe)..Sang suami macam dah tau-tau je kan apa yang tersirat di hati ku ini. Dia pun setuju je dengan pilihan si bini ni. Kami pun ke booth Fortile terus. Sebelum tu mmg dah mintak quotation dari salah sorang staff ni. Tp kami mintak masa nak berbincang,.masa 2nd time datang (masa da confirm), org lain pulak yg intertain. Tak sangka, amoi ni bg quote lg murah dari td..Wauwii..ni sudah bagus kan. Kami deal n bayar downpayment 30% dulu. Masa amoi tu bg company kad,.aku agak surprise jugak la..SEBAB? Ni la kedai yg aku dah survey menawarkan pakej2 hood & hob yang menarik dan service after sale yang terbaik..Builders Hardware..Wauuwii lg skali.Korang leh pi sini utk tgk promosi2 besh yang ditawarkan oleh dorang ni. Ni la hasil aku hari tu :


EH10BQ Hood





HD1B Hob




KEG6002 Oven


Apa yang lg besh? Of course la sebab dapat free gifts dari depa ni..Hihi. Jom tgk pe hadiah nye. Jeng jeng jeng..

Sorento Sink


 Sorento Tab



Germany knife set 

Cukupla setakat ni je hari tu. Nak jugak round tempat lain tp dah tak larat nak jalan. Lgpun masa pun tak banyak yg tinggal lg. Teringat nak pi amik Nabila lak lepas tu. Aku balik dengan senyuman dan kepuasan..Heheheh..Thanks again sayang..


1 comment:

Munirah Mohd Ali said...

bestnye!! saya pon beli hood sama. hob je lain. tp x amek oven. awk beli harga berapa ek?? saje2 nk tahu. saya dpt free pisau je. tu pon mcm lain je set pisau kite.. bestnya dpt free sink dengan tab.. untung awk. rejeki.. :)