navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, June 29, 2012

Mari Mengukur Badan si Kecik

Walaupun Hari Raya lama lagi, tp kedai-kedai jahit baju kebanyakkannya dah taknak terima tempahan lagi. Pening jugak aku pikir mana nak antar. Dengan nak jahit baju adik lagi. Tentu-tentu kena bawak die skali. Last-last abg kate moh kite pi medan Mara saje. 'Mahal sikit la banding kedai biasa tp mesti ada yang terima lagi' - tu la yang abg pikir. Tp sangkaan abg meleset.Kat situ pun kebanyakan kedai dah siap tampal notis di cermin depan kedai - 'Tidak menerima tempahan raya' ataupun 'Tempahan untuk raya ditutup'.Adussshhh. Pusing punye pusing jmpe la sorang kakak ni yang masih ambil tempahan lagi.Fuh, nasib baik. Ni la ada sikit gambar kenangan utk Suri semasa tempah baju raya pertama dia :)

 Mula2 kene dukung 

 Lepas tu leh berdiri sendri sebab kakak tu bg gula2 

Tp tak kasi umi & babah pegang gula2 tu..huhu

 Lepas tu pi shopping kat Sogo :)

'Isk mana baju saiz adik ni..semua saiz S je.' hehehehe


Thursday, June 28, 2012

Apa Sudah Jadi Niiii??

Kesahnye sehari selepas Suri menyambut hari lahirnya yang pertama, kami laki bini telah take team utk menarah@memotong rambut Suri. Ini adalah kerana die sering menggosok2 mata die dek kerana tidak selesa rambut dah masuk ke mata. Kire mengganggu pandangan mata die lah tu. Lokasi utk menggunting adalah di bilik air sebab hanya dalam bilik air je die leka. Tp keburukkannya ialah umi tak reti bajet panjang mana nak potong. Kesudahannya adalah SEDEYYY..macam terpendek je potong,.Kesian pulak tgk anak dara umi dengan rambut kontotnye..Kawan-kawan, pengasuh, mak seme marah & tanye nape pendek sangat potong..huhuh..sorry tak sengaja..Pikir positif jelah kan..time kecik ni je kite buli buat suke hati kite kat die..nnti dah besar mesti nak ikut taste die je.Ye tak..Hahahahaha (pujuk sendiri, senang hati sendiri..keke)

Sebelum kejadian - rambut asik masuk mata akibat panjang

 Tadaaa..dah kontot 

Lega & happy rambut tak menggangu aktiviti menyepah.Hihi

Kesimpulannye : nnti raye sure dah panjang balik kan..so selamat la umi tak kene bebel lg ngan nenek awak, Suri..hehehehe

Wednesday, June 27, 2012

Continue : Kenduri & Besday Nabila


Ni sambungan entry yang lepas. Sebelum kami celebrate besday Nabila & si kembar Hana Hani, kami telah mengadakan kenduri tahlil selepas waktu Asar. Gambar tak sempat nak snap sebab masing2 sibuk. Hanya majlis belah malam baru lah ada kesempatan. Ni jelah yang adanya. Hehehe

 Menunggu majlis bermula

 Yang baju biru tu Fuad, adik aku. Get ready nak bg speech..haha

 Maksu Ija Suri nih pakai baju tido aje

 Acik Naim dah penat dah tu sebenonye

Beshnye kalo dapat kumpul gini selalu kan

 Ni la kek si kecik Nabila. Tempah dari eenacuppycakes :)

Uncle Mize tolong bagi lilin nyala dulu. Sebelah Suri tu twin Hani Hani yang besdaynye ke-6 
pada hari kejadian (23Jun) - Cute kek depa ni..princess kembar tau..

Hureeyy..sesi potong memotong. Nabila excited betul masa org nyanyikan lagu besday :)

 Dapat present buku dari Aida. Trus ngajo aku ke anak2 buah..bagus2

 Pooh storage box dari auntie Jaja

 Sesi buka hadiah dalam bilik umi yang bersepah ni ha je..kikiki. 

"Cepat dik, meh umi ajo adik terus.Nnti leh pandai cam acik CT awak tu"

 Sepupu-sepupu aku dari pelbagai peringkat umur

 Ni la mende yg paling anak dara aku suke : Set pinggan mangkuk ye! Present dari auntie Noor
Kucing kiut tu Paman Bakar bg..aku yg terlebih suke dari anak aku..haha.Cumel kan..kan..

"Main la pinggan cawan tu dik..sampai tido pun bulih"

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Thanks to semua sedara mara,pakcik makcik yang menjayakan majlis ini. Thanks untuk cousin aku dak Eza sebab sudi membawa spegetti yang sedap..(Len kali bulih buat lg ye za..hehehe)

Tuesday, June 26, 2012

Happy Birthday Suri!!


Suri dah pun masuk 1 tahun pada 24 June yg lepas. Umi doakan anak umi; Nurliyana Suri Nabila menjadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dalam kehidupan, sentiasa dilindungi oleh-Nya, membesar menjadi anak yang pandai menjaga diri dan maruah keluarga.Amin Ya Rabbal Alamin.


Friday, June 22, 2012

Blog templete baru :)


Ni ihsan dari hubby. Dia tolong buatkan background templete baru utk umi.Thanks sayanngg..i like! hehehe.Pendapat korang camne pulak..ok ke design rumah baru aku ni?Chantek takkk??Hehehe..mestilah cantik kan sebab direka dengan penuh kasih sayang sang suami..;p


Thursday, June 21, 2012

Builders Hardware


Tajuk atas tu hanya nama sebuah kedai kat area Kepong. Kenapa dengan kedai tu ekk..Sebabnya aritu aku & hubby pegi ke sana untuk mengambil sink yang percuma depa bagi. Kenapa percuma? Sebab...kami dah purchase Fortile hob & hood masa Homedec April 2012 yang lepas. Oleh kerana Wak yg buat rumah tu dah sampai stage nak buat table top, so kene lah pi amik sink tu, nak bg mudahkan wak tu kira ukuran sink. Leh pasang trus lepas tu. Alang-alang dah sampai kat situ, kami pun beli saje barang2 utk kelengkapan bilik air sekali seperti rain shower, towel rack, cermin dll. Banyak jugak beli sampai pening abg nak bayar.Kekeke. Layan gambo bbp keping ni je lah ek.

 Sinki percuma.Yayyy!!

 :) 

Itula Zean..budak peramah yang layan kami

 Check dulu cermin2 ni.takut ada yg pecah karang

 Ok boss sila jelaskan hutang ye ;p

Besh pi kedai ni. Layanan pun bagus. Service check item and delivery ke kereta pun perfect. Tumbs up!



Tuesday, June 19, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami [Part 2]


Sabtu lepas kami ke Beranang utk melihat progress rumah. Dah nampak dah bentuk dapur tu walaupun cenonet je renovationnye.Hehehe.Boleh la kan.. :D
Lepas ni depa nak buat table top dah. So kami panggil sekali Jasper dari Artak Kitchen untuk datang bagi sikit guide kepada kontrekter ni apa yg patut.

 Kelakar pulak dengar Jasper n Wak ni bercakap..keh keh

Bahagian belakang dah nampak bentuk :)

 Nasib la jiran sebelah masih belum pindah masuk lg..

 Huru hara

 Jasper dah lukiskan mana patut buat point baru

Ruang tambahan

Hura hara sampah dah membukit kat depan

Sink dah kene amik dari kedai Builders Hardware. Barang-barang elektrik dah kene start beli. Huhu



Suri suka abg!

"Abg..suri nak pinjam game kejap boleh takkk..?"

 "Nah..suri main beg game jelah ehhh.." Huhuhu

 "Yayyy..abg ada basikal biru.Abg Haziq dah tak pakai roda empat lah"

 "Suri pun ada jugak..tp motor biru la.." Haha

Suri happy je bila abang-abang die ada. Abang Hariz paling suka layan kerenah Suri & dah boleh diharap :)


Thursday, June 14, 2012

Mood Demam


Ada benda nak diceritakan lg tp mood tak bape nak ada. Aku dilanda selsema yg teruk. Adakah disebabkan oleh renovation auditorium di sebelah bilik office aku ni??Maybe la kot. Tambah lg cuaca yg amatla terik time tgh tu kan..Aku dapat MC semalam. Selesai urusan kat klinik..rasa macam nak makan pan cake la pulak..hadoii dah macam mengidam je aku ni. Kekekeke. Lantas aku merajinkan diri pergi drive-thru
mekdi. Pesan ikut tingkap saje then balik rumah.Leganya dah sampai rumah. Aktiviti sepanjang MC ialah bergulik2 di atas katil sambil layan srott srott aku ni..Lemahnya badan...Huhu


Monday, June 11, 2012

Cuti-Cuti Balik Kampung

Ni entry basi 2 minggu lepas punye. Duk terperuk dalam post list.Hehehe..

Last weekend Haziq & Hariz bersama kami anak beranak balik ke Melaka. Plan asal nak bawak dorang pi jenjalan,tp buntu fikir mana nak pergi. Sana sini org ramai sebab cuti sekolah. Nak book hotel confirm semua dah penuh. Last2 aku ajak hubby balik kampung je lah. Kemudian nnti fikir nak bawak dorang berjalan mana. At least save duit utk penginapan ye tak..(Dapat jugak umi lepas rindu kat mak..keh keh) Kata org..sambil menyelam minumla skali air. =)
Jumaat malam sampai. Mak excited jmpe budak2 ni. Haziq & Suri mmg macam taknak tido jek. Dlm pulul 3 pagi baru memasing nak ngantuk. Babah & Hariz dah selamat awal2 dah. Huhu.
Esoknya tu aku & husband decide nak bawak je dorang pi Melaka Wonderland. Aku pun tak pernah pi lagi. Sebelum gerak tu sempatla kami menyinggah kat Kamdar & KFC. Bagi penuh perut dulu budak2 ni. Nnti karang merengek pulak masing2.
Sampai kat Melaka Wonderland pun dah lepas Zohor. Panas. Parking pun jauh. Ramainye org..Kat sini ada jugak Dinasour Park. Dari jauh dah nampak kepala dinasour tu..Suri tgk tak kelip2..Haha.

Penat woo jalan kaki jauh nak sampai pintu masuk ni

Entrance musim cuti sekolah ni RM30 dewasa n RM25 kanak2. Total RM110 utk kami sebab Hariz & Suri tak perlu bayar. Rombongan kami ni disertai Faezah. So senang sket nak control budak2 ni.Maksu ikot jaga dorang.
Mmg tak ingat dunia la bila masing2 dah jmpe air kan..bukan budak2 ni aje..anak dara aku ni pun macam dah kene rasuk air.
Tak mau naik darat. Die leding2 kan badan macam ulat nak kasi turun balik kat air.Fuh fuh semput melayan die..

Nampak la gigi rabbit awak tu Suri..hehe

Mak, Ct & Wan(jiran) datang lepas tu. Niat nak hantar makanan kat kami tp apakan daya tak dibenarkan bawa masuk makanan luar pulak.Huhu sedih.Sibaik aku ada bawak biskut, air & jajan sekali masa tu. Mmg tak de pun beli apa2 makanan sepanjang kat sana. 
Balik petang masing-masing dah kepenatan. Kami sempat makan kat area Air Keroh jugak sebelum balik. Pukul 9.30mlm semua dah pengsan ye. Termasukla aku & husband. Hehe. Moh layan photo japs.

 Maksu Ija la pulak layan die.Gelap muka maksu Ija ni-gara2 gi kelas swimming

Hureyyy

Tu mak kat belakang.Wanita berpayung hijau

 Syoknyee abg2 Suri dapat main air ey..sampai kecut jari jemari

Yay!!suri dah pandai sedup straw..


Adik macam nak menari je

Aduhai dah nak balik pun depa ni duk main air lg


Suri tak sempat pakai seluar lg dah pengsan..penat sangat la tu

Ahad pulak kami ke Aeon Melaka. Saja bawak adik2 aku bejalan skali. Sampai2 Haziq dah request nak makan pizza dulu. So babahnye layankan aje. Umi pun lapar jugak masa tu.. =) Punyalah banyak order, so dapatla FREE kidz meal tu 4 SET!! haiyok banyaknye. Sapa nak makan??Huhuhu.Last2 ada jugak yang kami tapaw utk mak kat rumah.
Tak buat apa pun kat situ. Just layankan anak2 ni melompat main kat area gelongsor angin tu jek & belikan la jugak diorang baju-baju yg ada sale tu kan..

Acik CT & Maksu Ija tgh kusyuk

Abg Haziq pun nak buat puzzle gak. Suri aktiviti ngan tag keje Umi atas meja.Huhu

Balik KL malam tu lepas Isya'. Sangat letih menempuh jem yg panjang. Kami exit di Senawang so dapat la lari dari jem kat Plus tu. Kesian kat Haziq..tp takpe ye..Minggu ni Insya-Allah umi & babah pick up awak n adik lg k..