Misi beli barang-barang elektrik utk rumah awal-awal aku dah kerah abg cari. Macam biasa la aku mesti gugel2 dulu mana tempat yang ok nak pi beli banyak2 ni. Tempat yang aku pegi ni mesti ramai yg dah penah sampai. Houses Lighting, Puchong. Kunjungan kali pertama kami borong kipas sahaja. 7 unit semuanya. Tak boleh nak beli lampu sekali..kete kami kecik jaa..Tak muat nak sumbat semua. Kipas tu pun ngam2 je muat.
Hasil borongan kali pertama. Lg satu kipas dinding takde dalam ni
Hasil borongan kedua. Lampu2 & water heater
Cuci mata..sakit leher asik pandang atas je
Suis macam2 warna ada
Sakit leher lagi
Cik Suri saya makan roti dengan kebosanan menunggu
Babah ada assistant kire stock
Ok jugak la membeli barang kat sini sebab harganya yang MURAH. Banyak dapat jimat sebab kite beli dalam kuantiti yang banyak. Kalau penjimatan sebuah kipas adalah RM8 contohnya, kalau kite darab dengan 7 buah..tak ke dah jimat RM56. Tu baru kipas..belum lampu lg kan..So kire berbaloi la jugak.. :)
Tentang pemasangannye pulak..minggu depan la aku hapdate..Minggu ni last week renovation works. Tong MPKJ pun dah nak kene pulangkan Isnin depan. Harap2 ok le semuanya nnti. Taaata..
No comments:
Post a Comment