navigator

home archive gallery contact login

no copy

Tuesday, December 18, 2012

Bertabahlah wahai sahabatku

Pagi-pagi lagi aku dah melayan perasaan sedih tatkala membaca hasil coretan kawan baikku..Nora. Siapa sangka..siapa menduga insan yang teramat disayanginya telah pergi mengadap Illahi dalam keadaan yang tidak dijangka. Nur Wafiyya baru sahaja nak mencapai umur 10 bulan..baru sahaja nak belajar memijak tanah dan pasir..telah meninggalkan mama & ayahnya menyahut panggilan pencipta-Nya.

Aku mmg pada mulanya tak percaya dgn berita ni.Mati-matian tak percaya masa dapat call Ema (masa tu lebih kurang pukul 2pm, Jumaat, 14 Dec 2012) Rasanya 3 kali Ema call untuk confirmkan berita tu kat aku. Rasa macam terhenti kejap jantung ni..Ya Allah..besarnya dugaan utk Nora & Jo..air mata dah start berlinang. Buat keje pun rasa tak tenteram. Aku pantas hantar mesej kat Ema & Kayno (kawan-kawan masa belajar dlu mmg sampai sekarang rapat) ajak dorang ke rumah kakak nora lepas balik kerja nnti.

Kami sampai di Taman Taming Jaya Balakong dah dekat-dekat nak Magrib. Masa tu kakak Nora kata Nora & Jo sedang buat report polis memandangkan doc di Hospital Serdang takkan releasekan jenazah selagi tak buat report polis. Lagipun kes tu terjadi di rumah pengasuh & baby takde sakit apa-apa pun sebelum kejadian. Aku sempat solat Maghrib sebelum dapat tau jenazah dah sampai di masjid berdekatan untuk urusan pengkebumian.

Sampai sahaja kat masjid..mata aku melilau mencari Nora. Sama juga ngan Ema & Kayno. Saat mata aku terpandangkan wajah Nora yang sugul & pucat lesi, air mata tak boleh ditahan-tahankan lg. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesapa sahaja akan tersentuh bila melihat situasi ni. Apatah lagi bila kite dah bergelar ibu dan bapa. Tahap sensitiviti mengenai anak-anak mmg bukan boleh dibuat main-main. 

Kami berada di situ sehingga selesai urusan memandikan dan mengkafankan jenazah. Setelah selesai urusan tersebut, Nora datang ke tempat kami duduk. Kami berpelukan & menangis bersama-sama. Tak boleh terluah dengan kata-kata perasaan simpati kami pada dia. Ya Allah..kau kuatlah hati temanku Nora & suaminya..Berikan lah mereka kekuatan utk menempuh ujian mu yang maha hebat ini..

Kami berkesempatan utk mengucup buat kali terakhir anak kesayangan teman karib kami ini. Wajahnya yg putih mulus suci amat tenang sekali seolah-olah sedang tidur dengan nyenyak. Aku lihat suami Nora, Joe macam tak nak melepaskan anaknya. Masih lagi nak menatap wajah arwah lama-lama buat kali terakhir. Aduh sedihnya bila teringat..Huhuhu

Kami tak ikut ke tanah perkuburan memandangkan jam hampir menjangkau ke 9.30 malam. Ema pun bawa anak kecik. Kami terus bersalaman dengan Nora. Mmg rasa macam taknak lepaskan pelukan dia. Dapat rasa kesedihan yang dia rasa.

Sesungguhnya Allah hanya akan menurunkan ujian hanya kepada insan yang terpilih dan mampu mengharunginya sahaja. Nora,.awaklah antara insan terpilih itu..Besarnya pahala yg awak akan dapat dengan besarnya kesabaran & keredhaan awak kepada-Nya. Sentiasa tawakkal dan bersyukur dengan apa jua keadaan yang datang. Insya-Allah ada kemanisan di sebalik ketabahan & kesabaran awak & suami..Kuatkan semangat ye teman..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik utk hamba-Nya..
Al-Fatihah utk Nur Wafiyya..

 Terasa baru je lagi..

Kenangan terakhir berjmpa..


Thursday, December 13, 2012

Cuti-cuti bersama family [Part I]

Huaarrgghhh..mengantoknye..mmg nak melekat dah mata aku ni. Al maklumla..dah syok cuti panjang kan.gini la gayanya. Dah la incik abg kene outstation ke JB sampai sabtu ni..tambah lagi opismate aku MC pulak arini..lagi la tambah bosann..ni pun belum ada mood nak story apa2..bg intro je dulu..hahahha..bole gitu?






Dah. Tu aje..nanti len kali baru cerita. Gmbar pon snap tak banyak. Tunggu gambar dari Am je la jawabnya..Huhu..Mlsnye ummi awak ni Suri..ngengeee...

Wednesday, December 5, 2012

Dumex Mamil Mama

Ni bukan entry promo ye..Ni saje je nak share pengalaman & cite aku sendri mengenai pengambilan susu semasa pregnant. Masa time ngandungkan suri dulu aku mmg tegar jugak la minum susu. Masa tu ambil susu Anmum. Mula-mula try coklat tp macam x boleh masuk la ngan aku. Asik terkeluar balik je. Then tukar beli yg plain je..baru ok & boleh continue sampai dah nak bersalin. Aku ingtkan dengan minum susu ni anak kite & kite akan dapat cukup kalsium. Tp rupanya tidak..sangkaan aku meleset semata-mata. Tak ingat masa minggu ke berapa..gigi aku (yang selama ni langsung takde masalah oke..) luruh..masa tu ngah makan..tetibe gugur.Gigi taring pulak tu..apa kess kan..Sedey betull..Huhuh..Hal tu memaksa aku untuk mencari suplement tambahan lagi iaitu pil kalsium.. Alhamdulillah insiden tu buat aku berjaga-jaga ontime minum susu n pil kalsium tu. Mmg buruks la kalau tetibe ilang gigi taring..Lokasi dah la kat area depan pulak tu kan..Haishh..

Kali ni pregnant aku sesaje nak try susu jenama lain pulak. Masa awal2 dulu aku try susu Dumex Dumil Mama yang packetnye warna hijau tu. Ermss ok jugak..sekali minum aku dah boleh terima rasa die. Abesla jugak 2 packet. 3rd time nak beli tu aku try cari2 kat supermarket yang aku biasa beli tu tp dah takde. Alamak takkan dah tak keluar lg kot..Tahla..Yang aku jmpe yang jenis baru tu je..Dumex Mamil Mama PreciNUTRI . Nak tak nak aku on je la..Sampai2 kat rumah tgk kat kotak tu alamak perisa coklat. Erk. Ok ke ni coklat. Teringat dulu beli anmum coklat. Aku macam tak leh nak go. Ahhh..bancuh try minum je la dlu. Karang beli mahal-mahal bazir pulak..Ye tak..

Eehh..bile dah rasa..urmmm sedapnyee...Hahah. Aku tak muntah malahan rasa nak lagi adelah..Nasib baik la boleh diterima ususku. Kekeke..So skang aku teruskan je la minum susu Dumex Mamil Mama ni..terbaekk!!

Yumm yumm..yg penting low fat..kann..