navigator

home archive gallery contact login

no copy

Saturday, July 23, 2016

Selamat Hari Raya 2016


Salam Aidilfitri..
Pagi ni bangun awal tiba-tiba teringat pada blog. Mungkin sebab dah lama terbengkalai begini. Hehe.
Harap lepas ni dapat selalu update walaupun tak ada sesiapa pun sudi nak baca. Ini lebih kepada coretan untuk kenangan dan ingatan sendiri.

Oklah..daaa..nak pi lipat baju bertimbun ;p

Friday, January 8, 2016

Dua Ribu Enam Belas

Assalammualaikum..hampir setahun tak menjenguk blog ni, apatah lagi nak meng'update'.. Kekangan masa dan kesibukan memang tak dapat dielakkan. Sedar tak sedar, kita dah selamat melangkah ke tahun baru 2016. Alhamdulillah..Semoga tahun ini memberikan kesihatan, kejayaan dan keharmonian yang lebih baik dari tahun 2015. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan, tidak dilupakan.

Tak dapat nak menaip panjang. Kakak Suri dah asyik mengomel tak henti depan ni, merajuk bila kita tak bagi perhatian kat dia..Hurm, sabar je lah..Nanti sambung lagi..

Monday, March 16, 2015

Pengalaman Detik PANIK anda

Last week ada dengar sekmen Linda Onn Petang di Suria fm. Tajuk bual petang tu mengingatkan aku tentang suatu peristiwa yang pernah aku alami. Peristiwa yang buat aku rasa hampir nak pitam. Tajuk sekmen petang tu ialah 'Pengalaman Detik Panik Anda' Ramai yang call cerita pengalaman masing-masing. Majoritinya detik cemas mereka yang kemalangan. Ada juga yang menjadi saksi kemalangan kawan rapat. Macam-macam cerita aku dengar tp dalam masa yang sama aku pun mengimbas peristiwa panik yang aku lalui. Aduhai sejuk rasa tangan, jangan la jadi lg hal macamtu. Kecut perut weh.

2014. Aku ke PKNS Shah Alam hari tu. Cadang nak beli baju melayu awal-awal. Malas nak tunggu bulan puasa nanti kelam-kabut dengan persediaan lain. Kami berempat. Abg bawak stroller ingat nak letak adik tp kakak yang beria nak duduk. Ok tak pe lah. Biasalah bila dengan anak kecik ni kite kena lebih bersabar. Booth baju pulak bukan se dua aje. Punyalah banyak. Silap-silap boleh sesat. Pilihan jangan cakaplah..mmg juling bijik mata nak memilih. Belek  punye beleh, pusing lima ke enam round akhirnya dapatla baju melayu empat pasang (sakan nak ikot tema color katekan). Masa tu pulak aku takde cash..so nak kene lah swap kad hutang (creadit card). Di sinilah adegan ngeri tu bermula. Kakak kedai tu mentioned yang kat booth takde mesin kad. Kena naik kedai depa Tingkat 1 untuk bayar.

Abg suruh aku naik atas dengan Hafiy sekali, sementara dia & Suri duduk bawah. Aku pun angguk je. Sampai je kat kedai Tingkat 1, aku tengok banyak betul koleksi baju melayu kedai kakak tu. Penuh satu kedai dia gantung. Sampai di kaunter cashier, aku letak Hafiy kat bawah dan aku kelebet la purse aku, mencari kad. Masa tu Hafiy dah pandai jalan, agak laju jugak macam dah berlari. Umur die 1 thn 2 bulan, tp dia memang awal pandai berjalan.  Entah kenapa masa tu, aku tak jumpa cari kad tu. Aku sempat jeling tepi tengok Hafiy masih berdiri tercegat sebelah. Pastu, mata aku tertumpu semula ke purse cari kad. Cari punya cari, lega bila terpandang kad biru. Capai terus kasi kat akak tu sambil sengeh. Aku toleh semula kat sisi, Hafiy DAH TAK ADA! Ehh..mana dia? Aku panggil nama sambil selak baju area dalam kedai tp senyap je. Daripada aku berjalan, aku dah berlari-lari anak. Aku sampaikan meniarap mencari die keliling kedai. Dada dah berdegup laju. Kepala rasa berputar. Daripada suara medium dah jadi loud. Owner kedai  dan family die yang ada kat situ pun tolong sama mencari Hafiy. Aduhh mana dia ni..masa tu dah la kes budak hilang makin menjadi-jadi. Aku lari ke koridor Tingkat 1 berlari sampai jerit nama die. Cemas. Bayang Hafiy masih tak nampak. Aku bertanya kedai-kedai area situ pun mereka kata tak nampak. Hanya Tuhan yang tau perasaan aku masa tu. Buntu. Aku tengok muka pakcik suami owner kedai tu pun dah jadi kalut. Mana anak aku ni? Mulut memang beristifar memohon dipermudahkan urusan. Semoga anak aku selamat. Airmata mengalir perlahan-lahan. 
Tak lama tu, pakcik kedai tu jerit “Ini ke anak awak, dik?” Aku toleh ke belakang tengok Hafiy tengah sengeh. Lari terus aku dukung Hafiy dan peluk kuat-kuat. “Hafiy..adik pergi mana..penat Umi cari”. Dada belum habis berdebar, airmata masih mengalir. Ya Allah..bersyukur sangat dia ada di area situ lagi. Rupaya dia ikut anak owner kedai sebelah. Dia suka mengejar budak kecik yang dalam umur 3-4 tahun. Nak belajar berkawan agaknya. Dia ikut budak tu then masuk bilik solat main sama-sama. Mak ayah budak tu pun tak perasan dia bawak sapa. Tu yang awal-awal cari tu dia kata tak nampak budak kecik, masa kami sibuk mencari.

Lepas ucapkan terima kasih kat orang-orang di kedai tu, aku terus turun ground floor. Abg nampak muka aku lain macam. Aku cerita semuanya. Lepas tu..memang kena MARAH la kan..huhuhuuhu. Memang hari yang mendung untuk aku hari tu.   

PENGAJARAN dari kejadian tu, aku lebih alert dan semestinya aku pastikan abg ada sekali di sesuatu tempat /kedai untuk pantau anak-anak. Hafiy sekarang lebih buas & agresif. Di mana-mana pergi pasti ada kesan calar atau luka, terutamanya kalau pergi ke kawasan kampong. Mungkin dia rasa bebas. Lain sungguh perangai anak perempuan dan lelaki, kata abg.


Ok, tu je saat PANIK aku. Mana tak panic oi..anak hilang. Hahaha..Kepada semua, sila berhati-hati. Anak adalah nyawa kita. Daa~