navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, November 16, 2012

Mee Tarik Warisan Asli

Ni pergi Sabtu lepas. Layankan je keinginan asben yg nak cari kedai ni. Die ni peminat mee kuning. Huhu. Aku bab-bab makan ok saje..Lebih2 lg org belanja kan..Kekeke..Layan gamba je la eh..

Budak baru bangun tido..

 Uli bang jgn tak uli..Hehe

 Dapur si penguli tepung


 Ni aktiviti paling die suka - menggodak air

 Lamb pick..sedap woo walaupun rasa die agak pelik

 Herbal tea

Pandai ke baca tu..kekeke

 Pe nama die..Erkk lupe.tau ngap je aku ni.Haha

 Ni babah nye..siap repeat lg pastu..Cisss

 Nyum nyum

 Sedapnye die mamamm..

 Dah start nak meragam

Mintak belas ihsan..Haha

Kesimpulannye..agak ok la pada aku. Boleh la repeat lepas ni..tp lokasi agak jauh dari rumah..Kalau tak redah jem mmg ok je..Harga? Average..cuma lamb pick tu je mahal sket daripada yang lain. RM24 sepinggan. Huhu..Thanks sayang bawak kami jenjalan cari makan :)

Raya yg dah lepass..

Alhamdulillah..dah masuk tahun baru 1434. Harapnya tahun ni memberikan rezeki & kebahgiaan kepada kami sekeluarga..Amin..dan harapnya aku akan jadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni :)

Ni saje nak tepek gamba yg sempat kami snap masa Raya Aidiladha yang lepas..dan inilah kali pertama kami dapat amik gambar formal satu family. Al maklumla bukan selalu dapat bersama macam ni kan..





Kene print gambar-gambar ni buat kenang-kenangan..tahun depan raya dah tambah lg sorang ahli :) Lain pulak dah version..Hehehe..

Wednesday, November 7, 2012

Lagu dari En Ashraf

Pagi td whatsapp ngan babah macam biasa. Tetibe babah send lagu. Mula-mula tak boleh download..pastu aku try banyak kali baru boleh..Ermmss bile dah dengar banyak kali rasa besh la pulak lagu ni..:)
Kasi korang dengar kat sini..Err stop la kalau rasa tak sedap ye.Tp bg aku.. lirik die yg aku suke :) hehe



Cerita ini tak lagi sama
Meski hatimu selalu di sini
Mengertilah bahwa ku tak berubah
Lihat aku dari sisi yang lain
Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Waktu yang telah kita lalui
Buatmu jadi lebih berarti
Luluhkan kerasnya dinding hati
Engkaulah satu yang aku cari
Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku ooh
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku
Opss lupe nak inform tajuk lagu ni "Tak Lagi Sama" by Noah 
Thanks again sayang :))

Tuesday, November 6, 2012

Weekend yg hujan sokmo..

Skang ni mmg hujan je memanjang..baju pun skang terpaksa aku jemur dalam bilik bawah je. Jemur luar asik lembab je sudahnya. Geram pulak bila baju Suri asik tak cukup. Walaupun asik berhujan je tp aktiviti yang dirancang tetap akan dilaksanakan, betul tak..So last weekend aku gagahkan diri menghadiri 2 majlis kenduri. Sabtu my asben keje so aku follow officemate, Kak Pah yang datang sepasukan untuk pergi ke majlis kenduri ex-officemate kami iaitu Pn Hamidah. Dekat je lokasinya - Sunway Semenyih. Ni kenduri anak perempuan die. Oleh kerana dekat so aku pun agree la join the team. Haha. Aku dihantar oleh sang asben ke rumah Kak Pah dalam pukul 12 lebih sket. Masa tu dah ala2 nak hujan.Aduhai..Sementara menunggu Kak Pah siapkan anak-anak die..hujan pun dah turun..Mmg takde la nak tunggu hujan berenti baru nak gerak.Kekek..Trus je kami pi..Takde gamba pengantin ye..Mak pengantin pun takde. Semua posak ngan anak-anak. Haha..

Geng bas sekolah..

SUri with kak Muna & Munirah

Berebut mende ni padahal elok je dlm stor sebelum nii.Haaisshhh


Petang tu Kak Pah & anak-anak die lepak rumah aku sampai kul 6 ptg. Sempat lg anak sulong die berkenalan & bermain ngan anak jiran aku (keramahan tu penting ok). Plan esok nak paksa rela babah Suri teman wedding rumah mak Kak Adah pulak. Tak kire.

Yayy..Sibek babah Suri mood ok. So boleh la jmpe si perantin budak geng "G" seopis..Haha. Macam biasa sampai tu dah pukul 2 lebih.Tentula dah hujan. Huhu. Jmpe Cik Julie (mak mertua Kak Adah) salam-salam dulu. Mak aihh seme meja penuh. Lama jugak la nak tunggu dapat seat. Sibaik makanan mmg sedap aritu. Abg mula2 kate "Ehh banyaknye awak amikkan abg nasi ni" last2 tu pun habiss licin..Kekeke..Layan la bbp keping gambar masa kenduri tu ye..

 Selamat ye budak G.. ;p

 Ngan Kak Adah yg comey :)

 Muka blur anak dara saya yg dah ngantok!

Intan takde pulak..takpe ngan pie je pun boley la..haha

Balik dari kenduri Shafie & Intan tu aku pujuk2 abg bawak pi Parkson kat Metro Kajang. Ingat nak cari kasut. Maklumla sampai nak masuk 5 bulan dah aku masih molek je pakai wedges.Hehe..Perot pun tak bp nak nampak lg. Lemak je ni ha yg tebal.. ;p Dilema btol nak beli kasut ni. Aku pun jenis mmg jarang beli barang-barang peribadi ni. Kasut tu tunggu je la time dah rosak/koyak baru la sibuk nak cari lain. Kedekut ke jimat tu ek.Hahaha..Last2 dapat la ni..Boleh la kan..nak beli yg tuu mahal sangat. Ni pun dah syukur org nak belikan...Ngee..mekaseh sayanggg..Muah muah lap you..Hehe


Biasa je kan..yg penting tapak rata utk mak buyung ye..

Friday, November 2, 2012

Aduhai tak sampai hati..

Tetibe rasa sedih pulak hari ni..sampai mengalir pulak airmata..Bukan hal besar mana pun tp mengenangkan tingkah laku si anak dara ni mmg kekadang rasa tak sampai hati nak buat die macam tu.. :(

Baby dalam perot ni dah menginjak 18 minggu. Dalam tempoh ni aku mmg kena usaha untuk menjarangkan susu badan dari Suri. Alhamdulillah sekarang die dah mula nak minum susu dalam botol. FM yang aku beli pun cepat je abes. Syukur tak terhingga. Bercerita pasal perubahan Suri ni..aku pun nak share la pengalaman aku sendri yang menghadapi situasi di mana anak yang susah nak terima FM. Suri mmg lebih kepada nenen aku berbanding FM sejak dari 6 bulan sbb sebelum tu kan kite dah full BF dia. Mungkin sebab tu die dah biasa. Macam2 botol kami beli nk bg die serasi. Murah, mahal, sederhana semua la test. Masa tu mmg bagi die susu S26 sebab dah cuba susu lain macam tak serasi. Dalam usia die 6-12 month tu 5oz pun tak boleh nak abes. Dia nak bergantung kat nenen aku je..Mmg tak lena la tido malam sebab die kerap bangun menyusu. Sampai la kami berpindah ke Semenyih..masa tu nak hantar die ke rumah pengasuh baru. Puas la aku ni berfikir camne nak ajar die minum FM. Sebab badan die kecik je tak naik-naik. Intan, pengasuh baru tu pun cakap sampai ada kala die taknak isap pun puting tu. Di samping usaha..aku pun selalu berdoa moga2 suatu hari nanti ada jalan penyelesaian masalah aku ni..

At last, aku try jugak FM lain..tawakkal je. First try trus die suka. Di samping tu jugak aku try jugak bagi botol lain. Try2 je beli botol Pigeon. Masa beli tu tak silap harganya RM29. Cari kat tesco je..Lepas tu trus ke bahagian FM. Belek2 fikir2 aku try dulu yang murah ni iaitu Dutch Lady perisa madu. Sebab pikir lepas tu mmg mesti akan kene try lain. So kite cuba dari yang murah ke yang makin mahal. Alhamdulillah tak sangka padanan botol n FM tu die suka! Hahah..Lucky me..kadang sebotol penuh pun boleh habis. Sayang la anak ummi ni :) Mulut pun makin becok..perut pun makin ke depan..Hahaha

Ehh panjang pulak leteran..Apa yg nak diceritakan td pun dah separuh jalan kan..Kisah malam td mmg menyentuh hati aku. Time nak tido malam mmg aku kasi Suri minum susu dulu. Pastu dah naik katil baru kasi nenen..tp malam td saje je la takmau kasi nenen..die rengek2 gak cium2 gesek2 dada mintak nenen..Aku bagi FM die tolak. Meradang. Okay2 aku mengalah. Bg jugak la nenen. Sambil2 tu mestila mata aku makin kuyu kan..Huuhu. Aku terjaga2 la masa die gerak2 tu..Rupa2nya kat tgn kanan die pegang jugak botol susu die tu. Die letak betul kat sebelah nenen..kire gilir-gilir la die hisap. Huhu,.ataupun die rasa dah takde susu kat nenen ummi ni..tu yg topup susu botol..alahai ciannye anak ummi ni.. :( Kalau tau gini bagi je die peluang sampai umur 2 thn baru leh ada baby lain..huhuu..

Muah muah sayanggg..gamba ni masa die baru 3 bulan..geramzzz