Saje nak share info kat sini pasal sejenis penyakit iaitu Neck Cysts. Sakit ape tu ek??Aku sendri dulu pun tak penah amik tau sakit ni. Pk kat perut je ada Cyst..Biasala manusia kan, dah kene baru la sibuk2 nak search info.Kekeke..ni carian aku dalam google. mr wiki:
It usually presents as a midline neck lump (in the region of the hyoid bone) that is usually painless, smooth and cystic, if infected pain can occur. There may be difficulty breathing, dysphagia (difficulty swallowing), and/or dyspepsia (discomfort in the upper abdomen), especially if the lump becomes large.
Macamana ia boleh terjadi ye agaknye ? Aku pun tak pasti.Aku penah tanya soklan ni kat Doc masa aku sakit dulu. Doc kate kejadian ni adalah semasa aku baby lg. Maksudnya congenital (Tu je perkataan yang aku dapat captured masa doc explained.Huhu)
Bile aku dapat sakit ni? Lepas je aku bersalin tu, masa dalam pantang aku perasan yang leher belah kiri aku makin bengkak. Ingatkan aku dah tersalah teran. Tak ku sangka rupa2 nye cyst tu. Mula2 mmg tak sakit. Aku mintak advise doc (masa tu di melaka lg) tp lepas die scan die kate takde apa2 since aku pun tak sakit. Okla aku pun rilek je la kan.
Pas abes pantang aku balik la ke Ampang. Masa tu da mula la terasa sakit bila nak susukan baby. Makin lama makin sakit, nak pusing waktu tido, nak toleh seme tak boleh.Adusshh punye la sengsara. Lantas aku ajak la asben aku pi ke Hospital Ampang (bersalin pun kat situ) Kebetulan masa tu aku dah ada refer letter from KK so senang la sikit urusan nnti kan. Sampai je kat bhgn ENT tu, aku trus jmpe doc. Die pun agak tekejut la tgk mende yang ada kat leher aku tu. Masa die tye sakit ke tak, mende tu tak pulak sakit time tu.Aku jawab je la "on off sakit, doc". Bijak tak aku?Haha.Kesudahannye, depa set appointment aku pas raya..Aiyooo lamenye lg nak nunggu..
Balik je dari hospital, sakit tu datang balik. Berdenyut2 (pandai ey die berpura2.Keke) Aku puasla pk camne nak buat lg. Keputusannye aku ajak je asben aku pi KPJ Kajang terus. Dgn harapan mintak2 le cepat settle hal ni. Tak tahan dah.Mula2 sakit nak beranak, nyusul pulak sakit lain..Cian kan? Aku set appoiment ngan Dr Sahrir Sanusi.
Mcm biasa la kan, bile die tgk bengkak tu die agak pelik sebab mende tu besar n kejadian tu boleh terjadi dalam tempoh 2 bulan. Die suggest aku buat CT Scan dulu utk tgk details apa yang ada dalam benjolan tu. Aku pun setuju n oleh kerana itu, terpaksa lah aku warded di situ. Balik rumah dulu amik apa yang patut n patah balik ke Kajang dalam pukul 2. Lepas registration bagai, aku kene check in dulu dalam wad (macam hotel pulak). Lepak2 lepas tu baru die panggil pi buat CT scan tu. Agak nerbes gak sebab first time jmpe mende alah bulat ni.
Haa macam ni la bentuk CT scan tu (sumber dari carian google)
Sebelum mula scan tu, doc ada jeb aku sejenis ubat .Macam rasa pahit2 kat tekak gitu. Lepas je procedure ni, aku balik la semula ke wad and tinggal tunggu result je. Aku tak ingat pukul berapa result kelua, tp doc dah tunjukkan hasil scan dan mmg nampak ketara benjolan tu kat leher aku. Maybe ada infection jugak. Aku mintak Dr Sahrir kalau boleh percepatkan operation ni sebab masa tu lg seminggu dah nak raye.OMG takkan aku nak beraya di hospital pulak kan..Setelah kata sepakat, kami setuju utk melakukan pembedahan tu esoknya, jam 3 petang. Perasaan aku masa tu biasa2 jek, cuma asik teringat kat Suri jek. Die terpaksa survive minum susu dalam botol buat masa ni. Tp aku dah prepare EBM, so asben kene la pandai2 panaskan susu tu nanti.Cian dorang..Huhu
Mmg masa kat sana aku dapat rehat secukupnya, dapat tgk tv sensorang dapt tido sekuka hati tp macam tak tenang pulak pk anak n somi kat umah tu..Huhu.Keesokan harinya tu, aku dah kena bersiap2 dalam kul 2 tu sebab dorang dah nak tolak ke OT. Seram jugak tp kene cekal kan..Aku kene tunggu dulu kat lua OT tu (tingkat 2) sementara mereka buat preparation. Sebelum masuk tu sempat la asben bg kiss kat dahi doa semoga semenye selamat. Sementata tunggu tu,ada la beberapa org staff nurse n dokter yang datang menjenguk aku yang dok tersadai kat situ. Tanya2 kabar aku and camne aku leh dapat bonggolan tu..Huhu.
Bile dah ditolak masuk dalam OT tu, aku macam terpinga2 la kejap. Sejuk satu hal. Dokter bius tu suh aku selawat banyak2 kali sebelum aku nak 'dipadamkan'. Tgh mulut aku terkumat kamit baca, trus pappp..dah aku tak ingat pape. Sedar2 je aku dah ditolak keluar. Samar2 nampak suami aku. Pergghh rasa sakit betul kat tgn kanan aku,sampai gigil2 dibuatnye. Aku gagahkan diri tarik keluar tgn aku daripada selimut n tgk apa yang terjadi. Rupa2 nya jarum besaarr melekat di situ ye. Huhuuhu..sangat yang amat.
Sampai je kat wad, aku masih mamai2. Oleh kerana aku berpuasa semalaman, suami aku concern la kan. Sebab tu die hulurkan aku air suam, Aku pun mmg ngah haus lapar ni nganga sajo. Dah la mamai, org suap apa je aku layankan. Badan dah rasa semacam. Erm, apalaga muntaah kat situ jugak. Kuar semua yang makan td. 3, 4 kali la jugak aku muntah tu. Suami aku panggil kan nurse utk bersihkan n tukar cadar n baju aku. Nurse sempat la bebel kejap, 'Kak, kan saya dah pesan akak takleh makan minum lg sebab badan akak masih ada bius lagi'..hehehehe, aku mmg tak ingat bile masa la die pesan. Otak kan tak ok lg time tu..Haha
Alhamdulillah esoknya aku dah boleh bgn n mandi sendri. Tp kene hati2 la sebab masih ada cam tiub lagi kat leher aku. Mende tu (macam bekas tertutup bentuk bulat) untuk biakan nanah or lendir tu keluar. Lepas operate smalam tu, Dr Sahrir ada datang explain pasal operation tu. Die kate masa tgh nak buang cyst tu, tetibe nanah keluar kat situ. Patotla aku sakit, sbab dah ada infection. Die kate die dah buang bersihkan dah area situ. So tak perlu risau, lepas ni dah tak sakit. Sehari lepas tu, nurse datang utk bukak luka. Seram sejuk sekali lg aku. Sibaik la dorang ni buat lembut je, so takde la aku sakit. Lepas bukak, dorang bersihkan luka n kate 'Kak, kami nak tarik sket benang ni, nak tutup lubang yg terbuka ni ye'. Adoi ye ke..ha ok2 (dlm hati kecut)
Aku ada amik gamba luka aku tu tp tak boleh nak diupload skang. Tgk la bile2 aku free nnti aku masukkan la ey.
Lupe nak gitau masa aku operate ni ialah pada 22 August 2011 (kalau tak silap). Aku warded dari hari Isnin petang sampai Jumaat minggu tu.
Mak n adik2 aku pun datang dari Melaka. Sepupu2 ku Kak Nordahlia n suami, Aida yang masa tu ngah sarat pun datang. Thanks u ools!!
Thx jugak utk MIL aku yang tlg jagakan Suri bila suami datang hantar barang utk aku or teman aku. Sepanjang aku kat wad, apa yang paling aku takle nak blah ialah menu yang disediakan utk aku hanyalah BUBUR AYAM..! hadoi kan, kembang dah tekak aku makan tu jek. Aku dibenarkan pilih menu. Kemain aku pilih steak la, chicken chop la..last2 yang sampai hanya bubur ayam. Hangen gak aku tanya kat budak tu 'Eh semalam akak pilih lain, ni kenapa lain?' Pastu die jawab ' Doc tak kasi lg akak makan makanan keras2, die suruh bg bubur jek' . Ish isk sadis. Pg petang malam bubur..Nasib lah hai badan...Layan je la
Huray2 aku dah sihat skang. Tp masih ada lg follow up ngan Doc. Alhamdulillah. Cuma..PARUT kelaran di leher aku ni mmg takkan hilang la. Aku balik beraya aritu dengan kesan jahitan. Makcik pakcik tgk pun ngeri.. Dorang kate macam kene kelar je leher. Mmg pun kan..Hehehe
Lastly...thx to my beloved husband..Thanks for the attention and caring. I luv u so mucchh.muahhs! Hehe
6 comments:
Assalm,.. cyst kt leher tu tengah2 kerongkong ke? Sy ada benjolan kt c2.... appt pakar utk u/sound lmbat betul..
Salam norashikin..cyst tu kat leher belah kiri..besar gak benjolan saya aritu.awak nye benjol tu sakit tak?sy mmg dah tak tahan ssakit..mmg mintak doc trus potong je..huhu
Sy pn jadi mcm tu gak ketulan sebelah kiri kt leher ni n die semakin mbesar...skrg sy tgh tgu kptsan dr doc kptsan hari tu mase doc ambik sel sikit kt ketulan tu...doakan sy moga kptsan doc nnti oke2 je...
seram jugak baca......sy ada jgk cyst kt sebelah kanan. dah ambil sampel. result.. normal cyst. dan ia jgk tak menggangu sistem tirod. agak kecil.. doc kata terpulang nak operate or tak selagi ia tidak mengganggu pernafasan dan suara. Sekarang ni sy buat rawatan alternatif dan mkn ubat herba ginseng... ada nampak kecut dan mengecil...
tetapi hari tu selepas sedut ambil sampel ... tetiba dia macam sedikit membesar... agaknya.. sebab dah kacau dia..
Salam sis. Sy baru lepas buat operation cyst kt leher sebelah kanan. Dah 5 hari berlalu operation tu, kenapa masih ada ketulan di leher sy ye? Tapi sy x sakit pun. Sy risau lah sis
Assalamualaikum, saya baru selesai fully checkup buang cyst di leher belah kiri. Mula2 dulu buat xtahu juga, sbb ingat xde apa2. makin lama makin besar (tu pun mak yg perasan, nak harapkan diri sendiri memang xlah), so mula masa buat checkup nak masuk uni, tanya doc, doc kata ketulan biasa je. bila refer hosp gov memang diaorg akan suggest buang, so tunggu appointment bagai sbb nak match dgn cuti semester, akhirnya settle semuanya and cuma tinggal parut je di leher kiri. kulit sensitif so parut tu bkn sekadar parut, tapi jadi mcm parut tebal sikit, but its okay, doc pun kata ketulan dlm tu bkn cancer tapi ketulan cecair apa entah, so better lah buang for those yg ada sbb takut melarat jadi benda lain pula :’)
Post a Comment