navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, September 5, 2012

Minggu Sakit-sakitan

Sepanjang minggu lepas adalah hari kami sekeluarga sakit. Bermula dari aku yang batuk, muntah & demam diikuti dengan Suri dengan pakej demam, batuk, muntah & cirit birit. Peserta terakhir mengungguli carta ialah babah Suri dengan ranking paling lemah sekali. Hehe. So dengan demikian, peti ais kami telah dipenuhi dengan ubat-ubatan dari pelbagai klinik. Antara kami bertiga, yang paling membimbangkan ialah kesihatan Cik Suri-sebab? die kan kecik lg, mana reti nak cerita sakit camne..lapar ke..masuk angin ke perut. Yang aku tau die berak2 cair semenjak sabtu malam lepas. Isnin aritu pengasuh kata die masih berak2 cair kerap. Asyik nak tido aje. Mungkin die rasa lemah badan sebab tu rasa nak tido je sepanjang hari. Aku balik dari keje pun die masih tido lg kat umah mak. Aduhai kesiannye tgk die.

Semalam Selasa kami laki bini terpaksa la jugak amik cuti. Nak bawak Suri jmpe paed trus. Kami ingat nak carik Klinik pakar kanak-kanak di kawasan sekitar, tp takde idea nak bawak ke mana. Kami belum familiar dengan kawasan tu. Last2 decide pi je la KPJ Kajang. Lgpun mak pun ada kat sana. Mana tau apa2 hal karang kan..Alhamdulillah Suri pun dah beransur baik. Mula-mula doc advise utk admitted tp aku rasa berat hati memandangkan cuti aku dah takde ni..Huhuhu..susah nnti nak stay back jaga die..Aku mintak doc bekalkan ubat2an je.Itu pun jenuh nak abeskan..Mmg banyak betul die bg.Hamek ko!huhuhu (lupa nak amik pic ubat2 yg banyak tu...)

Itu aje. Kesimpulannye..masa musim perayaan ni sepatutnya kite dapat mengawal ahli keluarga kite supaya tak makan@melantak semua jenis makanan yg dihidangkan. Kene beringat. Nnti kesian raya pun dah macam tak raya..Hehehe

Main2 sementara tunggu nombor giliran kat KPJ semalam

 Main batu kat depan rumah pun jadik

 Sepahnye umah ni..Kekeke



No comments: