Sedikit info pasal Neonatal Jaundice ni..sikit je tau..nak tau lebih details sila google sendri.Ahaks..
Jaundis atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai demam kuning adalah satu keadaan di mana paras bilirubin di dalam darah melebihi daripada jumlah normal. Ianya normal berlaku kepada bayi yang baru lahir yang merujuk kepada warna kuning pada kulit dan putih mata.
Apa itu bilirubin? Bilirubin adalah bahan kimia kekuningan dalam hemoglobin yang membawa oksigen dalam sel darah merah. Semasa penguraian sel darah merah, badan akan membina sel-sel yang baru dan sel-sel darah merah yang lama akan melalui hati. Sekiranya proses sel darah merah yang dihasilkan lebih cepat daripada hati menguraikan bilirubin, bilirubin akan terkumpul di dalam badan dan kulit akan kelihatan kuning.
Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiranApakah rawatan untuk bayi kuning
1) Phototherapy (Terapi lampu) - kaedah yang ni selalu bayi kite lalui di hospital. Ada hospital pasang lampu atas sahaja. Ada yang pasang atas bawah.
2) Exchange Transfusion (ET) - ialah satu rawatan di mana darah bayi akan dikeluarkan secara perlahan-lahan dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. (Prosedur ni la yang anak buah saya kene lalui akibat dari bacaan bilirubin yang terlalu tinggi)
PenyebabJaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).
Antara penyebab lain :-
Antara penyebab lain :-
- Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
- Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
- Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
- Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
- Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
- Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
- Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
No comments:
Post a Comment