navigator

home archive gallery contact login

no copy

Saturday, February 13, 2010

Became 1 year more older


Tak sangka begitu pantas masa berlalu..menjadikan umur aku bertambah lagi 1 tahun pada 5 Febuari lepas..Alhamdulillah dengan kurniaan Illahi,aku masih lg dapat menikmati nikmat kehidupan dan mengecapi kebahgiaan duniawi.Aku bersyukur yang tak terhingga kepada-Nya atas pemberiaan yang diterima..anggota badan yang sempurna untuk aku melakukan segala aktiviti harian termasuk bersolat juga bekerja.,keadaan kewangan yang tak pernah menyesakkan, kasih-sayang yang tak pernah kurang dari suami serta keluarga..dan tiada persengketaan sesama kawan sepejabat ataupun orang luar..

Disebalik rasa syukur itu.,aku sering teringat pada arwah ayah yang telah pergi ke Rahmatullah hampir 6 tahun yang lepas.AYAH telah banyak berjasa dalam membesarkan aku adik-beradik..bertolok gadai tanah bg memastikan kami mendapat pelajaran yang sempurna hingga kami dewasa.Masa tu adik aku yang bongsu, Nurfaezah, baru sahaja berumur 8 bulan.Terlalu susah nak terima keadaan yang mendadak begitu skali..Tp kami sekeluarga redha dgn pemergiaan arwah dan menerima dugaan yang datang sebagai satu ujian hidup.Allah lebih menyayanginya..Semoga roh arwah ayah, HJ BORHAN BIN ABDULLAH sentiasa berada di sisi org-org yang Mukmin..aminnn..

Erm..apa ye rahsia bulan kelahiran aku..aku sendri pun kurang amik tau hal-hal macam ni..sebab aku rase setiap org (tak kira la bulan apa pn lahir) mesti ada keunikan n perangai tersendiri..tp meh kite selidik jap..hehe..

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
Ye ke ni aku?haha..kelaka pulak.ada y kena n ada y tak ada pada aku.contonya,,yang agak time agak pendiam tu..rasenye ramai yang cakap aku ni banyak cakap (diakui oleh hubby)..tp x taulah kan.kajian ni dibuat berdasarkan pemerhatian dari kebanyakan org..bkn dr aku je kan..tp pepun..kawan2 aku lagi kenal aku.org kate biasenye,org len lg nampak perangai kite dr kite sendri y menilai..btol x..

Banyak plk aku celoteh..lgpun da lama x update blog yang aku anggap macam diary aku sendri..btw, semperna besday aku yang ke 28 ni..aku ada wish aku sendri..kire macam azam@target aku dalam thn ni la..antaranya:

* First..aku nak ada baby..aku nak usaha sampai berjaya misi ni..(Insya-Allah,jika diizinkan..,ni kan Tuhan yang bg..) tak kire la girl or boy..harap2 dimakbulkan..aaminn..

*Nak masuk rumah sendri..skang ni masih tinggal ngan my MIL..and nak decorate rumah tu ikot taste me and hubby.. =)

*Nak cari job baru..Aku da 3thn ngan company skang ni..n rasa nak bertukar angin tp blom ada rezki lg..harap2 dipermudahkan n dimurahkan rezki aku keje kat tempat yang lg establish..

Setekat tu je lah hajat aku.y lebihnye biar tunggu masok umur baru (jika panjang umur,,)..
Sebelum aku akhiri cot cet rini..aku nak thanks kat hubby aku sebab buat serprise kat aku tepat 12.15 am masa 5 feb 2010 y lepas..so sweett..die bg present n a romantic card masa aku btol2 nak tido da malam tu.siap aku mara die sebab kaco aku tido lg..huhuh..n the next day,aku dapat sejambak bunga ros merah with cute teddy bear by delivery..mmg tekezut gak masa dapat tu sebab aku kat lua time tu..ada member y tolong amikkan..hihi..and of the day,mmg rasa heppi sesangat.ni first time aku rasa paling heppi on my besday sepanjang 28 thn ni..
Thanks sayangg..L.O.V.E you so much....~~
and tak lupe mekasih kepada kawan2 yang ingt besday aku n wish melalui msg,call and also in FB..tuvvmm...