navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, March 11, 2011

Kencing Kotor ketika Hamil


3 hari lepas aku ke klinik untuk buat monthly checkup macam biasa. Urine aku da standby awal2 pagi untuk memudahkan mak mertuaku bawa ke makmal. Dlm hati ni harap2 la keputusan urine tu da tanda positif utk kencing kotor. Tp harapanku hampa. Tanda posotif tu still ada. Kali ni da kali keempat rasanya. Mcmana la nak mengatasi sakit ni ye. Sebabnya setiap kali terjaga dari tidur, mesti aku akan rasa sakit di bahagian ari2. Kadang2 rasa terlalu sakit. Kesian kan kat aku. Doc ada bg antibiotik tp still lg tak surut2 walaupon antibiotik tu dah abes aku telan. Doc suruh minum air masak banyak2 pun, dah ku buat tp tak berhasil apa yg diharapkan. Org kate minum air barli, aku buat jugak..tp gitu gak gayanya.Harap2nya takde la effect kat baby..Cian kat die, umi nye pasal beby jugak yg kene kan...Huhuhu..


Aku ada godeh2 kat tenet n jmpe la info ni dari blog seseorang. Sorry ye copy, sharing is caring =)


Apa itu kencing kotor?
Kencing kotor atau istilah Urinary Tract Infection (UTI) adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.


Kencing kotor ini boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia.


Gejala dan Tanda

- Sakit ketika buang air kecil
- Kerap buang air kecil
- Tidak dapat menahan kencing dengan baik
- Terdapat darah atau mukus dalam air kencing (urin)
- Rasa kejang dan sakit di bahagian bawah abdomen
- Sakit ketika 'bersama' suami
- Sejuk, menggigil, berpeluh, air kencing bocor
- Terjaga dari tidur untuk terkencing
- Air kencing semakin bertambah atau berkurang
- Air kencing warna gelap, berbau busuk daripada biasa
- Sakit di bahagian pundi kencing
- Jika bakteria telah merebak sehingga ke buah pinggang, anda akan merasa sakit belakang, menggigil, demam, sejuk, muntah dan loya


Langkah Pencegahan

- Minum 6 hingga 8 gelas air kosong sehari
- Jus cranberry tanpa gula mungkin juga membantu
- kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein, dan gula
- Terus buang air jika terasa ingin membuang air dan kosongkan sepenuhnya pundi kencing anda (anda boleh berdehem)
- Kencing sebelum dan selepas hubungan seks (intercourse)
- Jika sedang jalani rawatan UTI, hentikan sementara hubungan seks
- Blot dry sisa-sisa air di kemaluan, jangan lap (terutamanya lap dari belakang ke depan).
- Elakkan sabun yang kuat, douches, pencuci wanita dan juga bedak
- Tukar kerap saluar dalam
- Pakai seluar dalam yg selesa dan tidak ketat daripada kain kapas
- Jangan berendam dalam bath tub lebih daripada 30 minit / lebih 2 kali sehari

source: forum ratuhati.com & simanja.com

Friday, March 4, 2011

Kakiku kerammmpp..



Aduhai..kenapala sejak akhir2 ni kaki aku kerap sangat cramp..kadang2 menjerit n rasa nak nangis jek pepagi.

Malam pun kerap jadi.kalo en somi ada leh la tolong urut2kan sampai lega. Terpikir gak aku adakah disebabkan urat tersimpul rapi kat kaki kanan aku ni penyebabnye. Mmg berselirat btol urat tu. Org seme cakap yg sakit macam tu biasanya dah tua baru ada. yang aku ni dari sebelum kawen da ada.Camne ek nak ilangkan..Macam org tua dah aku ni..Keh keh