navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, May 30, 2012

Suri Nabila 11 month

Alhamdulillah..anak umi, Nurliyana Suri Nabila dah masuk 11 bulan pada 24 May yang lepas..Bulan depan kite boleh tiup lilin sama2 ye sayang..sebab Suri dah setahun! Tak sangka kan..kejap je masa berlalu.. =) Skang Suri dah pandai berjalan beberapa langkah. Merajuk pun dah pandai. Tak dapat apa yang die nak..sure muka sembam atas sofa/bantal atau pandang ke bawah sambil nak amik mood nangis.Haha.Konon la merajuk sangat tuu..Banyak keletah die buat umi & babah rindu, nak cepat2 balik rumah.

Gmba ni baru amik last week, masa tgu babah dapatkan quotation renovate. Reben purple tu mmg utk die main/leka masa babah drive


Muka comot & tak sabar nak makan muffin Kenny

Muahh adik. Umi rindu dah ni..Huhu

Misi Renovasi Teratak Kami [Part 1]

Last weekend adalah hari yang sangat memenatkan aku n husband. Pagi sabtu lg kami dah keluar awal dari rumah untuk cuba memenuhi list aktiviti yg kami dah plan. Antaranya ialah :

Pertama : Mendapatkan quotation dan khidmat nasihat dari company Kitchen Kabinet yg kami dah target dari awal. Artak @ Intech Kitchen Design ni ada sorang kawan blogger yg suggestkan. Ayu nama kawan baru aku ni..perasan kan dah jadi kawan..Heheh..Kebetulan Ayu pun bakal menjadi jiran.Apa salahnya share info kan..Ayu..Sharing is caring.. =) Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Pada asalnya (26/5/2012) kami da agree dengan plan A; iaitu membuat KC dengan design I shape sahaja. Husband pun da siap2 bayar 30% dari harga total KC termasuk dengan konkrit table top. Staff yang intertain kami tu namanya Jasper. Dia tersangatla peramah dan bersabar dgn kerenah kami yg nak itu ini kan..Harga yg die bg pun mmg berbaloi. Ada FOC lagi. I like! 

Cenggini la material yg kami pilih.Tp kaler lain la


Asalnya nak yang camni.Tp di luar kemampuan la pulok


Selekeh la umi ko ni..Huhu

Okey Cik Suri..sila tolong kirakan ye berapa banyak poket babah rabak arini..Haha

"Akak tukang sign je ye Jasper, yg kua duit tuu ha abg yang buncit tu..Kekeke" (sory syg..muah..thanks tau manyak2)

Kedua : Mendapatkan quotation utk kerja-kerja renovate dapur kami yang sekangkang kera tu..Hihi. Sebanyak 3 quotation yg berbeza-beza kami dapat. Insya-Allah kami try sebaik mungkin utk select kontraktor2 ni. Risau jugak kan..sebab ada je antara pemilik-pemilik rumah baru ni tertipu dengan kontraktor. Ada kes yang lari la..rumah tak siap la..Aduh..mintak dijauhkan la ye..

Ketiga : Kelmarin (28/5/2012) iaitu Isnin kami laki bini dah mengambil EL. Kami ke MPKJ untuk membuat surat kebenaran utk renovation rumah. Aduhai penatnya sepanjang hari terkejar sana sini. Maklumla semua dokumen tak lengkap.CF pun kami takde dalam simpanan. Terpaksa la ke office pemaju perumahan di Beranang dulu untuk amik CF, pergi membuat fotocopy SnP, dan pelbagai lg la dokumen yang diperlukan. Alhamdulillah semua urusan selesai.By 4.30ptg kami receive surat kelulusan tu. Husband la org paling lega sebab agak leceh kan proses tu. Seharian tuu nak settlekan..

 Gamba depan-belakang harus ada bersama borang permohonan kelulusan renovation

Kene book tong sisa buangan renovation dulu. Resit ini harus dilampir bersama

Duit cagaran pun harus didahulukan.Tgk tu RM500..Huhu

Waiting and waiting

Muka abg yang dah kepenatan naik turun utk proses pembayaran (Submit form tempat lain, bayar kene turun bawah)

 Hehehe..muka umi ada jerawat batu (first time kene ni.cett)

 Yay.Dah settle


Selesai urusan di MPKJ, kami pantas ke Artak Design. Tujuan : untuk design semula KC kami. Ni semua gara2 husband nak extend dapur. Bila dah jadi kes macamni..so duit pun kne la extend jugak kan kan..Huhu.Lama jugak la diskas pasal design tu. So skang dari I-shape dah jadi L-shape pulak. Harga pun da up lg 1k.Kami tambah lg lemari seketul utk Master bedroom. Banker kata ok..aku angguk je la jugak kan.. =) Komen aku pasal company ni mmg terbaik la. Dari segi layanan dan advise mmg aku salute. Depa ni senyum je walaupun kite banyak kerenah. Die akan ikut bajet kite..,kalau kite tak setuju pun depa tak paksa. So far, tgk feedback dari org lain pun ok je servis diorang. Harap2 nya ok la utk rumah aku jugak nnti =)

Banyak lg keje nak buat lepas ni. Kipas dah beli kat HOL(House of Lighting Puchong). Nnti kene pi lagi untuk cari lampu pulak. Update len kali ya.

Wednesday, May 9, 2012

Terjahan ke Homedec (April 2012)



Ni cerita da agak basi la kan. Sambungan dari aritu nye entry. Masa kami ke Homedec ni adalah pada 30 April; sehari sebelum cuti Hari Pekerja. Oleh kerana ni kali pertama kami nak pi, so tak taula camne keadaan kat sana..aku awal2 dah hantar Nabila ke rumah pengasuh. Sebelum gerak, kami pekena dulu asam pedas di area Taman Dagang, Ampang. Kami agak bertuah la jugak sebab tak ramai org sepanjang aktiviti survey2 kami itu. Keadaan agak terkawal dan selesa.

Target aku mmg nak cari hood and hob je. Tu pun leh bg downpayment je la dulu kan.Hehe. Setelah aktiviti2 memeningkan kepala ni..daripada 4 jenis yg ditawarkan harga yg menarik, kami telah short listed hanya 2 jenis ni je..Elba and Fortile (sebenarnya dalam hati da tertarik dengan Fortile ni..hehe)..Sang suami macam dah tau-tau je kan apa yang tersirat di hati ku ini. Dia pun setuju je dengan pilihan si bini ni. Kami pun ke booth Fortile terus. Sebelum tu mmg dah mintak quotation dari salah sorang staff ni. Tp kami mintak masa nak berbincang,.masa 2nd time datang (masa da confirm), org lain pulak yg intertain. Tak sangka, amoi ni bg quote lg murah dari td..Wauwii..ni sudah bagus kan. Kami deal n bayar downpayment 30% dulu. Masa amoi tu bg company kad,.aku agak surprise jugak la..SEBAB? Ni la kedai yg aku dah survey menawarkan pakej2 hood & hob yang menarik dan service after sale yang terbaik..Builders Hardware..Wauuwii lg skali.Korang leh pi sini utk tgk promosi2 besh yang ditawarkan oleh dorang ni. Ni la hasil aku hari tu :


EH10BQ Hood





HD1B Hob




KEG6002 Oven


Apa yang lg besh? Of course la sebab dapat free gifts dari depa ni..Hihi. Jom tgk pe hadiah nye. Jeng jeng jeng..

Sorento Sink


 Sorento Tab



Germany knife set 

Cukupla setakat ni je hari tu. Nak jugak round tempat lain tp dah tak larat nak jalan. Lgpun masa pun tak banyak yg tinggal lg. Teringat nak pi amik Nabila lak lepas tu. Aku balik dengan senyuman dan kepuasan..Heheheh..Thanks again sayang..


Zarith & Farid

Zarith dah selamat bergelar isteri pada En Farid. 5 May 2012 tarikh persandingan mereka. Aku pun tak melepaskan peluang berjmpa dengan kawan lama aku ni. Sebab skang Zeth da bekerja di company baru. Tahniah ye Zeth!

Selamat Pengantin Baru Zeth.. =)

Harusla ada gamba kiteorang jugak kan. Nabila sibok nak tangkap mende jurai2 tu ha..

Friday, May 4, 2012

Kenduri Kahwen Lagi..

Minggu lepas ada 4 jemputan kenduri kahwin..tp kami sempat hadir hanya 2 majlis sahaja. Huhu, mmg tak sempat nak hadir kesemua kenduri tersebut. Tambah dengan majlis akikah anak Aizat..so total 3 majlis la kami attend. Itu pun dah letih.Heheh dah tua katakan.

Layan gambar je lah eh..Cam malas nak taip banyak2..


Shaini & wife..tahniah

Shaini ni anak bongsu kepada arwah Pakcik Baharuddin (ayah tiri abg)..Selamat dah dia..hehe. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat la hendaknya..

Gambar tambahan : Nabila cilok oren dari dulang hantaran

Balik dari kenduri di Michu, kami ke KLCC. Dah cite dalam entri yg lepas. Lepas tu dah mula rasa lapa balik. Abg tringin makan satay pulak. Oleh yang demikian, kami ke Wangsa Maju untuk mencari satay RnK.  Sebelum ni mmg kami suka makan satay kat kedai ni tp cawangan di Senawang la. Ni first time makan kat Wangsa Maju ni..

 Yum yum..jempot makan..

Nabila nak jugak!!Huhu die ni suka mengamuk nak cepat je makanan sampai kat mulut..


Hari Ahad (29/04/12) kami ke kenduri kat area Taman Greenwood. Yang perantin perempuan tu kawan se opis abg..agak meriah jugak la kenduri dia. Mak Yam aka mak mertuaku pun join sekaki sebab makcik perantin ni kawan baik mak. So kami sempat la berbual mesra bertanya khabar. Kak Ina ni dah ada baby baru rupanya. Aku pun baru tau. Tahniah ye kak. Tak dapat nak jmpa baby sebab baby ngah tido..


Sekitar majlis di rumah perantin -  Nurafliyana

Lepas dari Greenwood tu la kami trus ke Seksyen 16, Shah Alam untuk kenduri akikah Qalisha Irdina. Leh layan gamba kami kat siniLepas ni kite citer pasal terjahan kami ke Homedec 2012 di KL Convention Centre dan apa hasil tangkapan kami ketika itu ok..hehehe


Beskal pertama Adik

Ni kesah minggu lepas. Kami ke Toy 'R Us  KLCC. Cadangnya nak cari hadiah utk besday anak Aizat. Tp babah rasa macam tak besh kalau takde hasil utk Suri.Huhu. So dapatla menda2 ni kan..Suri da start berdiri dari umur 8 bulan tp sampai la ni takut2 nak menapak. Hopefully beskal ni dapat membantu.. =)

Ni adik punye!!

Sesi memunggah

Suri nak menyibuk je eh..

Horey..da boleh main dah..

Beskal Suri ni fungsi 2-in-1. Dia boleh jugak jadi bantuan untuk belajar bejalan. Nanti kalau adik da pandai bejalan n dah boring nak tunggang, leh la simpan je utk next baby pulaks..Hihi
Thanks to babah.. =)

Upss terlupa pulak nak citer kisah pegi ke kenduri akikah anak Aizat; Qalisha Irdina. Esha nama manjanya. Esha sebaya dengan Suri tp tua Esya 2 bulan. Tak lama lg dah nak dapat adik dah Esya. Suri belum lg..hehehe..Ni ada la snap beberapa keping gamba dari majlis tu. Kami ke Shah Alam Ahad lepas. Aku harung skali mak mertua n adik aku, Naim. Depa ni tinggal kat kuaters kerajaan Neg Selangor nun. Sibek senang cari..cepat la dapat makan..hihihi

Suri n Esha saling pandang memandang

Thanks to Aizat & Ila

Sangat penat sepanjang minggu lepas..Nnti ada masa aku citer lg apa aktiviti aku yang lain..Tata!