navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, July 4, 2012

Perkembangan Kanak-kanak 1 tahun

Pagi-pagi aku dah google cari tajuk ni. Memandangkan Suri dah masuk setahun, nak jugak tgk research sikit2 apa kebolehan die yang sepatutnya dia dah ada dalam usia die sekarang..Jom tgk sat...

Di usia 1 tahun kebiasaannya kanak-kanak sudah boleh;
  1. Mula berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan. Ruang yang rata dan tiada objek yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh dan mencederakannya adalah penting untuk diambil perhatian.
  2. Membaling dan menjatuhkan objek. Sediakan bola yang mudah dipegang mengikut saiz yang sesuai untuk kanak-kanak membaling/menjatuhkan dan mengambilnya semula. Sediakan juga permainan seperti bentuk bungkah, puzzles yang mudah, kotak-kotak kecil atau botol plastik serta penutup yang sesuai saiznya supaya mudah dipegang oleh kanak-kanak untuk melatih motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini.
  3. Kanak-kanak sudah mula aktif meneroka. Bawalah mereka untuk melakukan aktiviti luar supaya mereka dapat meneroka dengan lebih baik lagi. Selalu perhatikan pergerakannya dan beri peluang untuk memegang sesuatu seperti daun, bunga dan sebagainya sambil anda memberitahu apakah yang dipegangnya.
  4. Kanak-kanak sudah boleh mengulang 2-5 patah perkataan yang pendek. Elakkan menggunakan percakapan dalam bahasa kanak-kanak(pelat) sewaktu berinteraksi dengan mereka.
  5. Mula menyukai untuk membuka lembaran buku atau majalah serta melakar. Sediakan kertas yang besar untuknya melakar.
  6. Mahu melakukan sesuatu perkara sendiri, misalnya makan sendiri. Sediakan potongan/saiz makanan yang kecil supaya mudah untuknya menyuap sendiri serta dapat mengelakkannya dari tercekik.

  • Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
  • Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’
  • Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah  pelat.

Ni side utk Suri pulak. Kebolehan cik mek kecik tu skang adalah :

  1. Berjalan dengan konfiden (kadang-kadang laju semacam..Heheh)
  2. Makan sendiri guna tgn die (kadang takmau tu kite suap. Eksen!)
  3. Menggunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk memegang objek yang kecil
  4. Bukak & tutup apa jua bekas
  5. Punggah baju dari dalam bakul pakaian & masukkan semula
  6. Geledah beg umi 
  7. Sebut perkataan nenek, ape?, babah, nak
  8. Buat muka geram bile tak dapat membuat sesuatu yang die expect mudah
  9. Merajuk (sembamkan muka ke lantai)
  10. Pura-pura melalak (malas nak layan..)
  11. Melalak kuat kalau kite tak ambik die
  12. Main masak2 dengan periuk & sudip
  13. Pakai blusher (hari2 tgk aku pakai..die dah buat sebijik cara aku pakai..Huhu)
  14. Bye-bye (ni dari kecik dah pandai tp skang coordination tgn dah mantap)
  15. Gerakkan badan ke kiri kanan (semasa duduk) masa dengar zikir 'Ya Allah'
  16. Amin (2 tgn sapukan ke muka)
  17. Gerakkan jari telunjuk ke kiri kanan kalau kite kate 'No no no'
  18. Panjat sofa & katil 
  19. Selak buku 
  20. Meniru aksi gosok gigi
  21. Menjerit
  22. Ganggu umi & babah tgk tv (tekan channel lain tetibe masa kami tgh kusyuk)
  23. Buat gaya bercakap dalam hp.. 'Eyooo'
  24. Goyang-goyang badan & punggung bile dengar lagu or dengar org nyanyi
  25. Kutip nasi/makanan atas lantai-masuk mulut (babah pantang betul bile Suri buat ni..)

Makan ikot suke. Ngan ketas2 die gigit..Asalkan dapat rasa coklat tu

Suri:Yayyy..taburrr rottii..  Umi : Grrrrr...

 Itula la kot seingat aku. Rasa macam ada lg cume tak bp nak ingat. Hehe.Cuma yang tak tahannye ialah die kuat 'mengemas' & masih suka melekap ngan umi die ni. Sampaikan umi bangun tgh malam pun die bangun sama. Huuhu..Banyak2 la bersabo ye umi & babah nye ye..Takpelah..asalkan die membesar sihat dah bersyukur sangat.. Ehh..panjang dah ni.Tak perasan.Hehe. Kite akhiri slot ni dengan lagu bertajuk 'Rama-Rama'. Tetibe jek jmpe lirik die. Lagu ni Faezah (adik bongsu aku) rakamkan kat hp mak aku utk dibuat ringtone.Hahahahaha

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,

HIDUP TIDUR DALAM KELONGSONG,

SAMPAI MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADI RAMA-RAMA YANG INDAH,



RAMA-RAMA TERBANG MERATA,

HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.



BEGITULAH HIDUP MANUSIA,

PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.




2 comments:

ainaez said...

Anak saya pun sama,suke pura2 melalak.hehe
ainaez.blogspot.com

ainaez said...

Anak saya pun sama,suke pura2 melalak.hehe
ainaez.blogspot.com