navigator

home archive gallery contact login

no copy

Showing posts with label meine Tochter~. Show all posts
Showing posts with label meine Tochter~. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Entry Raya Aidilfitri 1434H

Dah lama sangat tak jengah blog. Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya kat semua kawan-kawan yg follow blog ni. Minta maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa ye.. :)

Thn ni kami menyambut raya di Melaka dulu (hurayy)..Selasa malam baru bertolak balik kampung. Saje balik malam dengan harapan tak menempuh jem. Budak-budak pun bolehla nak tido ke kan..tp tidaknye ye. Suri berjaga sepanjang perjalanan.Huhu. Alhamdulillah jalan clear malam tu. Pg raya memang kelam kabut sikit la (kami bangun awal ok, adik2 aku yg bgn lewat!) Kami bersolat & beraya di Tangga Batu dulu..then petang ke Air Molek. Raya kedua masih di Air Molek & raya ketiga kami ada family gathering di Jasin. Hehe. Ada insiden yang tak dapat dilupekan. Yang beshnye sebab ada homemade nasi arab yang sangat marvelessss (pergh paling sedap penah aku rasa) & yang paling tak besh ialah tragedi mercun yang meletup kat atas tanah! Hampir kene rumah org & kereta-kereta yang park kat situ. Al maklum la..rumah makcik tu kawasan taman perumahan & mercun tu yang jenis berapa ratus das tu..Ayoyoo...sibek la tak kene budak-budak yg dah meroyan asik nak tgk mercun je tu (anak aku pun ada skali situ) sakit jantung mak mak tau!huuhu

Raya kelima baru kami balik ke Semenyih. Budak-budak taknak balik so mmg sampai abes cuti sekolah stay ngan kami.. :)

Gambar banyak yg belum transfer. Ni je la yg adenye..






Selamat Hari Raya uolsss~~ 

Monday, June 24, 2013

HB my princess!!

Harini genap umur Suri 2 tahun. Happy Birthday sweet heart!! Ummi sangat bersyukur ada Suri penyeri hidup ummi & babah. Ummi doakan semua yang terbaik utk Suri..Semoga panjang umur Suri..sentisa dijauhkan segala kesedihan, kemalangan dalam hidup anak ummi. Jadikanlah Suri insan yang berjaya & seorang muslimah yang taat pada suruhan Allah..amin..Esok kite celebrate sama-sama ok.. :)




 Suri 5 month old

 Crying baby

Smile :)

                      


 With Babah & Ummi

With abang

With baby Hafiy :)


Thursday, February 21, 2013

Selamat menjengah ke alam 31 & 34

Ye..salam semua..umur aku dah pun memasuki angka 31 pada 5 Feb yang lepas. Macam tak caya pun ada..Dulu masa muda2 sokmo pikir umur 30-an ni kategori akak-akak,makcik-makcik..la ni aku dah pun sampai dunia tu. Haha. Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan-Nya aku masih bernafas di dunia ini dengan beribu kenikmatan yang dikurniakan. Rezeki, kesihatan, kasih sayang, keluarga yang diberikan selama ni mmg tidak ternilai dengan harga. Terima kasih Ya Allah.. aku memohon semoga sentiasa diberi kekuatan, kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan kesejahteraan kepadaku, suami & anak2..panjangkanlah umurku supaya aku dapat menjalankan amanah yang diberikan..membesarkan anak-anak sehingga menjadi insan yang berjaya..amiin...

16 Feb pulak turn my hubby..Kami mmg takde plan apa2 yang special thn ni memandangkan keadaan aku yang membuyung & kebetulan die tengah sibuk utk event akan datang. Sabtu lepas kami cuba jugak curik2 masa utk keluar makan bersama. Just pi Alamanda n jalan-jalan utk beberapa jam sahaja :(
In sha Allah bila keadaan dah reda n rileks..baru la boleh plan utk aktiviti yg lg besh..

Happy Birthday sayang! Ummi n suri doakan babah supaya terus maju dalam kerjaya, mendapat keredhaan dari-Nya, diberi kesihatan yang baik, kegembiraan & kejayaan dalam hidup..dipanjangkan umur..dimurahkan rezki..amin..Thanks for being whenever we need you & caring us so much..Muah..Muahh..muahhhhh..LOVE you, dear :)

My hero & my little gurl, you are my life

Cik kakak takut naik kete goyang-goyang ni..Mula macam nak sangat kan..hamik..berpelukan

Tinn,..tin..yang ni baru nak berani

Dah kepenatan ketakutan..Kekeke

Terjmpe gamba thn lepas pulak..Heheh..I luv my family..muah muahh

**Takde gambar cake sebab kami beli slice je (taknak bazir kononnye) tp kedua2 nya dah dimakan oleh cik kakak..pandai pula amik dari fridge then makan..huhu tgl baki2 je utk kami..sob sob

Wednesday, July 4, 2012

Perkembangan Kanak-kanak 1 tahun

Pagi-pagi aku dah google cari tajuk ni. Memandangkan Suri dah masuk setahun, nak jugak tgk research sikit2 apa kebolehan die yang sepatutnya dia dah ada dalam usia die sekarang..Jom tgk sat...

Di usia 1 tahun kebiasaannya kanak-kanak sudah boleh;
  1. Mula berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan. Ruang yang rata dan tiada objek yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh dan mencederakannya adalah penting untuk diambil perhatian.
  2. Membaling dan menjatuhkan objek. Sediakan bola yang mudah dipegang mengikut saiz yang sesuai untuk kanak-kanak membaling/menjatuhkan dan mengambilnya semula. Sediakan juga permainan seperti bentuk bungkah, puzzles yang mudah, kotak-kotak kecil atau botol plastik serta penutup yang sesuai saiznya supaya mudah dipegang oleh kanak-kanak untuk melatih motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini.
  3. Kanak-kanak sudah mula aktif meneroka. Bawalah mereka untuk melakukan aktiviti luar supaya mereka dapat meneroka dengan lebih baik lagi. Selalu perhatikan pergerakannya dan beri peluang untuk memegang sesuatu seperti daun, bunga dan sebagainya sambil anda memberitahu apakah yang dipegangnya.
  4. Kanak-kanak sudah boleh mengulang 2-5 patah perkataan yang pendek. Elakkan menggunakan percakapan dalam bahasa kanak-kanak(pelat) sewaktu berinteraksi dengan mereka.
  5. Mula menyukai untuk membuka lembaran buku atau majalah serta melakar. Sediakan kertas yang besar untuknya melakar.
  6. Mahu melakukan sesuatu perkara sendiri, misalnya makan sendiri. Sediakan potongan/saiz makanan yang kecil supaya mudah untuknya menyuap sendiri serta dapat mengelakkannya dari tercekik.

  • Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
  • Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’
  • Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah  pelat.

Ni side utk Suri pulak. Kebolehan cik mek kecik tu skang adalah :

  1. Berjalan dengan konfiden (kadang-kadang laju semacam..Heheh)
  2. Makan sendiri guna tgn die (kadang takmau tu kite suap. Eksen!)
  3. Menggunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk memegang objek yang kecil
  4. Bukak & tutup apa jua bekas
  5. Punggah baju dari dalam bakul pakaian & masukkan semula
  6. Geledah beg umi 
  7. Sebut perkataan nenek, ape?, babah, nak
  8. Buat muka geram bile tak dapat membuat sesuatu yang die expect mudah
  9. Merajuk (sembamkan muka ke lantai)
  10. Pura-pura melalak (malas nak layan..)
  11. Melalak kuat kalau kite tak ambik die
  12. Main masak2 dengan periuk & sudip
  13. Pakai blusher (hari2 tgk aku pakai..die dah buat sebijik cara aku pakai..Huhu)
  14. Bye-bye (ni dari kecik dah pandai tp skang coordination tgn dah mantap)
  15. Gerakkan badan ke kiri kanan (semasa duduk) masa dengar zikir 'Ya Allah'
  16. Amin (2 tgn sapukan ke muka)
  17. Gerakkan jari telunjuk ke kiri kanan kalau kite kate 'No no no'
  18. Panjat sofa & katil 
  19. Selak buku 
  20. Meniru aksi gosok gigi
  21. Menjerit
  22. Ganggu umi & babah tgk tv (tekan channel lain tetibe masa kami tgh kusyuk)
  23. Buat gaya bercakap dalam hp.. 'Eyooo'
  24. Goyang-goyang badan & punggung bile dengar lagu or dengar org nyanyi
  25. Kutip nasi/makanan atas lantai-masuk mulut (babah pantang betul bile Suri buat ni..)

Makan ikot suke. Ngan ketas2 die gigit..Asalkan dapat rasa coklat tu

Suri:Yayyy..taburrr rottii..  Umi : Grrrrr...

 Itula la kot seingat aku. Rasa macam ada lg cume tak bp nak ingat. Hehe.Cuma yang tak tahannye ialah die kuat 'mengemas' & masih suka melekap ngan umi die ni. Sampaikan umi bangun tgh malam pun die bangun sama. Huuhu..Banyak2 la bersabo ye umi & babah nye ye..Takpelah..asalkan die membesar sihat dah bersyukur sangat.. Ehh..panjang dah ni.Tak perasan.Hehe. Kite akhiri slot ni dengan lagu bertajuk 'Rama-Rama'. Tetibe jek jmpe lirik die. Lagu ni Faezah (adik bongsu aku) rakamkan kat hp mak aku utk dibuat ringtone.Hahahahaha

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,

HIDUP TIDUR DALAM KELONGSONG,

SAMPAI MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADI RAMA-RAMA YANG INDAH,



RAMA-RAMA TERBANG MERATA,

HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.



BEGITULAH HIDUP MANUSIA,

PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.




Friday, June 29, 2012

Mari Mengukur Badan si Kecik

Walaupun Hari Raya lama lagi, tp kedai-kedai jahit baju kebanyakkannya dah taknak terima tempahan lagi. Pening jugak aku pikir mana nak antar. Dengan nak jahit baju adik lagi. Tentu-tentu kena bawak die skali. Last-last abg kate moh kite pi medan Mara saje. 'Mahal sikit la banding kedai biasa tp mesti ada yang terima lagi' - tu la yang abg pikir. Tp sangkaan abg meleset.Kat situ pun kebanyakan kedai dah siap tampal notis di cermin depan kedai - 'Tidak menerima tempahan raya' ataupun 'Tempahan untuk raya ditutup'.Adussshhh. Pusing punye pusing jmpe la sorang kakak ni yang masih ambil tempahan lagi.Fuh, nasib baik. Ni la ada sikit gambar kenangan utk Suri semasa tempah baju raya pertama dia :)

 Mula2 kene dukung 

 Lepas tu leh berdiri sendri sebab kakak tu bg gula2 

Tp tak kasi umi & babah pegang gula2 tu..huhu

 Lepas tu pi shopping kat Sogo :)

'Isk mana baju saiz adik ni..semua saiz S je.' hehehehe


Thursday, June 28, 2012

Apa Sudah Jadi Niiii??

Kesahnye sehari selepas Suri menyambut hari lahirnya yang pertama, kami laki bini telah take team utk menarah@memotong rambut Suri. Ini adalah kerana die sering menggosok2 mata die dek kerana tidak selesa rambut dah masuk ke mata. Kire mengganggu pandangan mata die lah tu. Lokasi utk menggunting adalah di bilik air sebab hanya dalam bilik air je die leka. Tp keburukkannya ialah umi tak reti bajet panjang mana nak potong. Kesudahannya adalah SEDEYYY..macam terpendek je potong,.Kesian pulak tgk anak dara umi dengan rambut kontotnye..Kawan-kawan, pengasuh, mak seme marah & tanye nape pendek sangat potong..huhuh..sorry tak sengaja..Pikir positif jelah kan..time kecik ni je kite buli buat suke hati kite kat die..nnti dah besar mesti nak ikut taste die je.Ye tak..Hahahahaha (pujuk sendiri, senang hati sendiri..keke)

Sebelum kejadian - rambut asik masuk mata akibat panjang

 Tadaaa..dah kontot 

Lega & happy rambut tak menggangu aktiviti menyepah.Hihi

Kesimpulannye : nnti raye sure dah panjang balik kan..so selamat la umi tak kene bebel lg ngan nenek awak, Suri..hehehehe

Wednesday, June 27, 2012

Continue : Kenduri & Besday Nabila


Ni sambungan entry yang lepas. Sebelum kami celebrate besday Nabila & si kembar Hana Hani, kami telah mengadakan kenduri tahlil selepas waktu Asar. Gambar tak sempat nak snap sebab masing2 sibuk. Hanya majlis belah malam baru lah ada kesempatan. Ni jelah yang adanya. Hehehe

 Menunggu majlis bermula

 Yang baju biru tu Fuad, adik aku. Get ready nak bg speech..haha

 Maksu Ija Suri nih pakai baju tido aje

 Acik Naim dah penat dah tu sebenonye

Beshnye kalo dapat kumpul gini selalu kan

 Ni la kek si kecik Nabila. Tempah dari eenacuppycakes :)

Uncle Mize tolong bagi lilin nyala dulu. Sebelah Suri tu twin Hani Hani yang besdaynye ke-6 
pada hari kejadian (23Jun) - Cute kek depa ni..princess kembar tau..

Hureeyy..sesi potong memotong. Nabila excited betul masa org nyanyikan lagu besday :)

 Dapat present buku dari Aida. Trus ngajo aku ke anak2 buah..bagus2

 Pooh storage box dari auntie Jaja

 Sesi buka hadiah dalam bilik umi yang bersepah ni ha je..kikiki. 

"Cepat dik, meh umi ajo adik terus.Nnti leh pandai cam acik CT awak tu"

 Sepupu-sepupu aku dari pelbagai peringkat umur

 Ni la mende yg paling anak dara aku suke : Set pinggan mangkuk ye! Present dari auntie Noor
Kucing kiut tu Paman Bakar bg..aku yg terlebih suke dari anak aku..haha.Cumel kan..kan..

"Main la pinggan cawan tu dik..sampai tido pun bulih"

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Thanks to semua sedara mara,pakcik makcik yang menjayakan majlis ini. Thanks untuk cousin aku dak Eza sebab sudi membawa spegetti yang sedap..(Len kali bulih buat lg ye za..hehehe)

Tuesday, June 26, 2012

Happy Birthday Suri!!


Suri dah pun masuk 1 tahun pada 24 June yg lepas. Umi doakan anak umi; Nurliyana Suri Nabila menjadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dalam kehidupan, sentiasa dilindungi oleh-Nya, membesar menjadi anak yang pandai menjaga diri dan maruah keluarga.Amin Ya Rabbal Alamin.


Wednesday, May 30, 2012

Suri Nabila 11 month

Alhamdulillah..anak umi, Nurliyana Suri Nabila dah masuk 11 bulan pada 24 May yang lepas..Bulan depan kite boleh tiup lilin sama2 ye sayang..sebab Suri dah setahun! Tak sangka kan..kejap je masa berlalu.. =) Skang Suri dah pandai berjalan beberapa langkah. Merajuk pun dah pandai. Tak dapat apa yang die nak..sure muka sembam atas sofa/bantal atau pandang ke bawah sambil nak amik mood nangis.Haha.Konon la merajuk sangat tuu..Banyak keletah die buat umi & babah rindu, nak cepat2 balik rumah.

Gmba ni baru amik last week, masa tgu babah dapatkan quotation renovate. Reben purple tu mmg utk die main/leka masa babah drive


Muka comot & tak sabar nak makan muffin Kenny

Muahh adik. Umi rindu dah ni..Huhu