Last week ada dengar sekmen Linda Onn Petang di Suria fm.
Tajuk bual petang tu mengingatkan aku tentang suatu peristiwa yang pernah aku
alami. Peristiwa yang buat aku rasa hampir nak pitam. Tajuk sekmen petang tu
ialah 'Pengalaman Detik Panik Anda' Ramai yang call cerita pengalaman
masing-masing. Majoritinya detik cemas mereka yang kemalangan. Ada juga yang
menjadi saksi kemalangan kawan rapat. Macam-macam cerita aku dengar tp dalam
masa yang sama aku pun mengimbas peristiwa panik yang aku lalui. Aduhai sejuk
rasa tangan, jangan la jadi lg hal macamtu. Kecut perut weh.
2014. Aku ke PKNS Shah Alam hari tu. Cadang nak beli baju
melayu awal-awal. Malas nak tunggu bulan puasa nanti kelam-kabut dengan
persediaan lain. Kami berempat. Abg bawak stroller ingat nak letak adik tp
kakak yang beria nak duduk. Ok tak pe lah. Biasalah bila dengan anak kecik ni
kite kena lebih bersabar. Booth baju pulak bukan se dua aje. Punyalah banyak.
Silap-silap boleh sesat. Pilihan jangan cakaplah..mmg juling bijik mata nak
memilih. Belek punye beleh, pusing lima
ke enam round akhirnya dapatla baju melayu empat pasang (sakan nak ikot tema
color katekan). Masa tu pulak aku takde cash..so nak kene lah swap kad hutang
(creadit card). Di sinilah adegan ngeri tu bermula. Kakak kedai tu mentioned
yang kat booth takde mesin kad. Kena naik kedai depa Tingkat 1 untuk bayar.
Abg suruh aku naik atas dengan Hafiy sekali, sementara dia
& Suri duduk bawah. Aku pun angguk je. Sampai je kat kedai Tingkat 1, aku
tengok banyak betul koleksi baju melayu kedai kakak tu. Penuh satu kedai dia
gantung. Sampai di kaunter cashier, aku letak Hafiy kat bawah dan aku kelebet
la purse aku, mencari kad. Masa tu Hafiy dah pandai jalan, agak laju jugak
macam dah berlari. Umur die 1 thn 2 bulan, tp dia memang awal pandai berjalan. Entah kenapa masa tu, aku tak jumpa cari kad
tu. Aku sempat jeling tepi tengok Hafiy masih berdiri tercegat sebelah. Pastu,
mata aku tertumpu semula ke purse cari kad. Cari punya cari, lega bila
terpandang kad biru. Capai terus kasi kat akak tu sambil sengeh. Aku toleh
semula kat sisi, Hafiy DAH TAK ADA! Ehh..mana dia? Aku panggil nama sambil
selak baju area dalam kedai tp senyap je. Daripada aku berjalan, aku dah
berlari-lari anak. Aku sampaikan meniarap mencari die keliling kedai. Dada dah
berdegup laju. Kepala rasa berputar. Daripada suara medium dah jadi loud. Owner
kedai dan family die yang ada kat situ
pun tolong sama mencari Hafiy. Aduhh mana dia ni..masa tu dah la kes budak
hilang makin menjadi-jadi. Aku lari ke koridor Tingkat 1 berlari sampai jerit
nama die. Cemas. Bayang Hafiy masih tak nampak. Aku bertanya kedai-kedai area
situ pun mereka kata tak nampak. Hanya Tuhan yang tau perasaan aku masa tu.
Buntu. Aku tengok muka pakcik suami owner kedai tu pun dah jadi kalut. Mana
anak aku ni? Mulut memang beristifar memohon dipermudahkan urusan. Semoga anak
aku selamat. Airmata mengalir perlahan-lahan.
Tak lama tu, pakcik kedai tu jerit “Ini ke anak awak, dik?”
Aku toleh ke belakang tengok Hafiy tengah sengeh. Lari terus aku dukung Hafiy
dan peluk kuat-kuat. “Hafiy..adik pergi mana..penat Umi cari”. Dada belum habis
berdebar, airmata masih mengalir. Ya Allah..bersyukur sangat dia ada di area
situ lagi. Rupaya dia ikut anak owner kedai sebelah. Dia suka mengejar budak
kecik yang dalam umur 3-4 tahun. Nak belajar berkawan agaknya. Dia ikut budak
tu then masuk bilik solat main sama-sama. Mak ayah budak tu pun tak perasan dia
bawak sapa. Tu yang awal-awal cari tu dia kata tak nampak budak kecik, masa
kami sibuk mencari.
Lepas ucapkan terima kasih kat orang-orang di kedai tu, aku
terus turun ground floor. Abg nampak muka aku lain macam. Aku cerita semuanya.
Lepas tu..memang kena MARAH la kan..huhuhuuhu. Memang hari yang mendung untuk
aku hari tu.
PENGAJARAN dari kejadian tu, aku lebih alert dan semestinya
aku pastikan abg ada sekali di sesuatu tempat /kedai untuk pantau anak-anak.
Hafiy sekarang lebih buas & agresif. Di mana-mana pergi pasti ada kesan
calar atau luka, terutamanya kalau pergi ke kawasan kampong. Mungkin dia rasa
bebas. Lain sungguh perangai anak perempuan dan lelaki, kata abg.
Ok, tu je saat PANIK aku. Mana tak panic oi..anak hilang.
Hahaha..Kepada semua, sila berhati-hati. Anak adalah nyawa kita. Daa~