navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, December 12, 2014

Jom Jalan : Trip to KK (Part I)

Plan nak ke KK ni dah dirancang awal oleh mak. Tujuan utama adalah utk sama-sama meraikan majlis konvokesyen adik aku yang ke-4 iaitu Azam di UMS. Nyambil-nyambil boleh la berjalan sekali kan kan..Heee..Tiket aku book awal. Bukan beli sekaligus tau. Tunggu gaji baru beli. Itu pon beli utk pergi dulu..kendian baru beli utk yang balik. Ikotkan aku mana ade bajet nak jenjalan thn ni. Harga tiket aku usha betul-betul. Hari-hari survey. Dpt timing yg murah tu terus book. Pergi pun ramai-ramai. Homestay pun kene survey jugak. Nak-nak pulak time cuti sekolah. Bg aku pengangkutan la agak mahal. Itupun aku dapat murah dah tu. Utk Nissan Urvan 3.0 (14 seater), harga aku tengok semua cecah RM300. Yang aku dapat ni RM 220 je. Ok la tu bah..heheh.

Berbalik pada cerita asal, aku nye tiket flight tak sama date dengan mak & rombongan. Aku pergi 20/11/14 jam 8.45pm. Mak & adik2 pulak awal pagi esoknya, 21/11/14 jam 6.45am. Jadinya aku kene bermalam dulu la di KK. Pengalaman menguruskan anak dalam flight adalah sangat mencabar hokey. Masa pergi malam tu anak-anak cargas semacam. Mmg kami tak dapat nak rehat apatah lagi nak layan movie. Dak adik melompat, memanjat, mengacau kakak. Yg kakak menjerit. Aduh hai..Sabar je lah mak pak ko ni..org-org sebelah pon tepaksa sabar sama..huhu

Sampai di Terminal 1 KK dalam pukul 11.15pm. Masa tu betul-betul aku tak terpikir yang hotel aku book tu boleh pickup di terminal. Dah aku pulak pi amik cab. RM45 melayang oii. Kene bebel la kejap ngan abg..Sobs..

Day One

Pagi tu mak sampai dalam pukul 9 lebih. Oleh kerana dek kami lambat siap, maka van tu diserahkan kepada Azam di Terminal 2. Fuad jadik drebar. Aku tunggu van hotel nak hantar tp semua van dah keluar. So rombongan keluarga aku la datang pick up kami kat lobby hotel. Hehe..Special kan.. ;p
Kami isi perut dulu sebelum gerak ke destinasi yg di plan. Makan kat kedai mamak je pun..ok la tu sebab masih kene selera.
Destinasi pertama ialah KUNDASANG. Yeahh..last pergi sini masa 5 thn yg lepas. Masa Raffiq kahwen. Lama dah tu kan..Kami ikut jalan biasa iaitu melalui Tuaran-Tamparuli-Kundasang. Jalan nya kene hati-hati sebab satu lane utk pergi dan satu lane jalan balik. Yang naik tu pun bukan calang-calang kite nak memotong. Lori, trailer, bas, lori bawak tong gas..aku ni mmg takleh lelap mata. Dok pandang depan je sambil pangku cik Hafiy. Azam suggest kami direct ke Poring Hotspring sebelum ke homestay. Smpai kat Poring pun dah agak petang, dalam area pukul 4pm. Di sini ada beberapa aktiviti yg pengunjung boleh buat iaitu mandi di kolam air panas, mandi di air terjun, canopy walk, dan taman rama-rama. Aku rasa macam ade lg aktiviti lain tp kami hanya sempat utk mandi & canopy walk aje..Balik je memasing dah kepenatan sebab mendaki td. So aktiviti utk ke ikan kelah ditangguhkan ke hari esoknye..

Mak Jah & kroni sempat lg membeli. Tu kiri sensorang adik ipar, Maz dah macam gaya model ;)

Kakak memula taknak..pastu dah syiok

Cian adik..sejuk tuu

Homestay

Kami bermalam di Kiram's Village. Tempat ni Azam yg suggest. Mmg agak mencabar nak mendaki naik ke homestay ni sebab kedudukannya yg tinggi. Tp alhamdulillah van yg kami sewa tu kire power kan..so takde masalah pun. Cuaca memang confirm sejuk. Nak-nak malam tu hujan pulak. Gigil weh. Adik aku, Naim sampai demam hari esoknye. Yelah..dah seharian berpeluh mendaki, takkan tak mandi kan. Mandi pulak malam, dengan cuaca sejuk pulak. Hehe. Malam tu kami makan di cafe hosmetay je [jenuh oo nak keluar makan kat pekan Kundasang. Dengan gelap, kawasan tinggi lg]. Jenis homestay kami ialah Carrot Cabin. Tempat die memang cantik..menarik..ada bunga-bunga cantik di sekeliling kawasan homestay. Berlatar belakang kan Gunung Kinabalu [Aishh gamba kat camera Fuad pulakkk]. Kesian aku sebab malam tu tak dapat nak lelapkan mata. Maybe sebab sejuk sangat kot..Huhu

Suri buat gaya macam ade masalah dunia je..hahhaha

Masa ni badan Hafiy dah stat panas.. :(


Sambung lagi nanti ye.. :)


Monday, November 17, 2014

Jom Jalan : Family trip to Cameron Highland

Pendahuluan : Entry ni aku perap semenjak bulan June (cuti sekolah). Oleh kerana dek nak upload gambar dlm hardisk ni bertangguh..tu yg jadi lambat. Aku ni memang kaki pelupe..tgk gambar-gambar ni baru teringat kat situ kat sini..Layan je la eh korang..hehehe~~~

Ini kali pertama kami pergi trip bersama-sama dengan mak mertua & family adik ipar. Pergi dengan satu kereta je hokey. Mmg padat muatan, haha. Tp sebab permintaan mak yang nak sakali harung tu..kami layankan aje. Bertolak 11 Jun 2014 pukul 10 pagi, sampai pada pukul 4 pm!! Lamanya perjalanan aku rasa. Kejap-kejap benti, mana tak nye. Stay kat Rose Apartment. Tempatnye ok, tp mak ai bisingnye time nak tido malam. Ade suara org bergaduh lagi. Hmm..
Tak semua tempat dapat di cover dalam sehari lebih tu. Yg kami sempat pergi ialah :
  1. Pasar malam Brinchang
  2. Big Red Strawberry Farm
  3. Cameron Valley Tea
  4. Kea Farm
Itu jelah kot yang sempat. Yg penting Hariz & Haziq dapat merasa petik buat strawberry sendiri. Itula pun wish die nak datang sini. Hehe. Otw balik tu sempat singgah beli pisang goreng panas tepi jalan. Kemasyukan makan pisang panas time sejuk ni mmg terbaik. Sampaikan Suri tak kasi org lain share 1 plastik pisang goreng die..Kah kah. Mmg lawak tengok reaksi die kalau org kecek pisang goreng die.

Baby Batrisya lena tido ye..
Night Market
"Jadung shedap"
Ko tengok tu bebudak ni..mata aje je nampak mainan

Oi Suri!





My Fav Pic


Aduhh..nak lagi...



Pe saje umi buat nak kasi ko sengeh nak oi



Masa minum petang 





Petik strawberry sendiri



Time tunnel museum..tp tak sempat nak masuk pun

Model kecik ngah melalak

Pergh ni la kedai goreng pisang panas sedappp tu..tepi jalan je 


Pokok cili babah

Pokok thyme

Pokok pudina


Rasenye itu je lah kot nak share. Ade banyak lagi gambar tp takkan nak buh semua kot..heheh..This week holiday nak ke KK pulak.. Nanti aku share apa yg menarik kat sana ye. Tata

Monday, September 8, 2014

Jom Jalan : Legoland Malaysia Resort

Budak-budak memang la excited kan kalau kite kate nak gi Legoland kan..yang pening mak pak die ni la. Dah la nak masuk pon tiket kemain mahal lagi. Tp dah sebab wish list anak-anak nak gi situ, kenalah mak die kumpul duit awal- awal (sobs..sobs..) 
Kami bermalam di M Suites utk 2 malam. Tak ketinggalan, aku bawak skali adik aku..Faezah. Kesian pulak kalau tak bawak sebab malam sebelum gerak tu memang singgah umah mak di Melaka. Dah la cik abg kene beratur jugak akhirnya untuk beli lagi satu tiket (kami dah siap beli online..kononnye huray tak yah kene beratur panjanggg. sobss lagi..) 
Tempat die memang luas. Boleh tercabut kaki. Nak-nak lagi bawak 2 budak yg masih nak berdukung..Leceh aih.. Abg2 die mmg seronok abes la. Sampaikan Haziq ajak babah naik roller coster trasformers kot. Muka babah lg cuak dari anaknye.. Keh keh keh. Harga makanan macam biasa lah..mahal. Tp sure tak boleh nak elak. Budak-budak katenye..kalau nak tu nak jugak.. Mainan pun sempat dorang paw. Mmg keluar pintu guard tu mak nye dah meleleh air mata..Sobss..(dalam hati ade tanam niat nak pi JPO..dah cair masuk longkang trus..)

Sementara tunggu abg beratur nak main kereta

Abg tolong buat, adik tolong sepahkan


Aih Suri dah nak lelap ke..kan baru sampei


Ok..balik nanti abg haziq pulak drive eh..





Oohh lupe nak state bile pergi vacation ni..erm x berapa ingat tarikhnye.,tp area December 2013 yang lepas. Memang cite dah basi pun..heheheh..














Begedil si kecik

Ni antara menu kegemaran anak-anak. Simple dan mudah. Aku pon suka gak makan..haa..kantoii!! Maknye yg makan lebih ni..Hehehe..
Biasenye aku buat lebih. Goreng sikit dan selebihnye simpan dalam freezer. Boleh buat bekal ke babysitter atau dimakan next time kalau nak.

Goreng dulu then tumbuk atau lenyek

Tambah kan daging..daun bawang & daun sup. Then kepal-kepalkan

Salutkan dengan telur sebelum goreng. Siapp..