navigator

home archive gallery contact login

no copy

Thursday, June 10, 2010

Rezeki Yang Tak Diduga

Arini aku agak free.sebab tu aku rajin nak tulis macam2..hihi..arini Pn Kayno kawan rapat aku sejak di Jengka lg; da stat keje kat tmpat baru di di PJ.tak tau la camne keadaan die.arap2 semenye oklah..maybe mula2 start keje ni mmg agak payah nak biasakan diri.ngan work load,environment,kawan2 baru,tmpat makan baru dll.tp kene cekalkan gak ati teruskan berusaha utk capai kemajuan dlm idup ni..Chaiyok Kay!

Dalam pada masa aku takde keje ni..sape sangka ada berita baik menanti..kan.Rezeki tu ada di mana2.selagi kita ni adalah makhluk ALLAH S.W.T, slagi tu rezeki kita akan sentiasa ada..banyakkan bersabar dan berdoa..itulah yang aku buat utk sentiasa berfikiran positif masa lam tempoh mencari sumber pendapatan baru ni..huhu..

Rezeki yang aku maksudkan tadi tu bukan sebesar mana pon n bukan aku yang terima..tp asben aku..hihi..Boss die bitaw yang die dapat AKC utk thn 2009..and penyampaian tu akan diadakan ujung bulan ni.. :) aku tumpang gembira la jugak kan..kalau ikotkan thn 2009 mmg terlalu banyak benda yang terjadi..manis dan pahit.semua tu dijadikan sempadan n pengalaman hidup..

Aku selalu berdoa pada Allah S.W.T agar suami aku diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi dari kecelakaan..tiap kali die tido,aku akan pandang muka die n pegang di kepala die n berdoa..sebab bagi aku,aku sangat2 bersyukur dikurniakan seorang peneman hidup yang bukan sahaja suami tp best fren aku sampai aku mati nnti..aku tak mampu nak bayangkan hidup aku sorang tanpa dia.msti airmata aku akan automatik mengalir..adoiyai..pendek citer..I LOVE my hubby..sangat2..thanks ALLAH, untuk something yang sangat beharga, tak ternilai dalam hidup aku..Kegembiraan dan Kebahgiaan..

Akhirnye TERPISAH jua..

Hari ni genap 3 minggu aku menganggur. Dan selama itulah aku jadik FHW beb..pagi2 bangun siapkan baju asben, jerang air and kadang2 buatkan die bekal makanan. Basuh baju, kemas rumah, bersihkan dapur, lipat baju,iron baju mmg da jadik pekerjaan ttp aku skang.Dalam pukul 4 ptg baru aku siap2 nak masak..sebab bile abg balik keje,kiteorang akan makan sama sebelum masuk waktu Maghrib. Siyes aku rasa rindu kat udara segar waktu pagi yang biasanya dulu aku hirup..lebih2 lg masa otw gi keje dari Hulu Langat (uma MIL)..sebab kiteorang mmg kene ikut jalan di Bukit Ampang pegi-balik.Huhuhu..

20 May 2010 mmg aku takleh lupe..bkn stakat aku je,tp semua la ex-staff MG.hari tu aku ingat lg,aku sempat ke bank utk keluarkan duit n gi window sopping ngan Ani and Kayno..balik2 je, dorang da keco2 pasal ada staff kena panggil masok bilik miting.Rasa time tu Wan JIM and Syuk. And lepas2 drg kelua je dr bilik miting tu,suasana jadi tegang sebab soklan bertubi2 dtg kat dorang..Apa hal?Kenapa?Adakah kami..?Company da tak ok ke?Ada pampasan ke? Masa tu masing2 macam menunggu untuk terima hukuman je rasanya..Last2 selepas semua dipanggil ke sesi perbincangan di bilik miting, semua persoalan telah pon terjawab.takde lg teka teki. Mmg company dah goyang@tak stabil and xmungkin mampu nak baya gaji kami lg. For that, seme staff dikehendaki menulis surat resign..Pelik tak di situ? Kami yang kene anta surat resign tuuu..Aku percaya semua org masa tu buntu nak berfikir pasal nak dapatkan kerja lain dalam masa terdkat ni..Dlm masa kalut2 tu,kami sempat jugak la bergamba.utk kenangan terakhir..Akhirnya, dalam paksa-rela tu kami telah menghantar gak la surat tu..Masa tu aku balik awal sebab da rasa tak tahan lg nak menunggu lebih lama..semua prasaan ada.geram,marah,risau,sakit hati..Sampai situ saje jodoh aku ngan MGSB yang da dekat 3 thn lebih jadi sumber periok nasi aku...sob..sob..

Aku mulakan keja di MG ni pada 05 Feb 2007.Tepat pada tarikh lahir aku yang ke 25. Tugas pertama aku bermula di KLIA. Then LCCT. Seterusnya di Penang, Johor, Kedah, Perak, Jakarta, Pontianak, Sabah, Melaka..yang paling lama di mana ek?Rasanya di Jakarta 1 bulan, di Sabah dekat 2bulan and Melaka 2 bulan..tp aku sangat2 berTERIMA KASIH jugak la kat MGSB atas banyak sebab:

1) 1st skali, sebab kalau tak MG, aku takkan kenal hubby aku skang..MG adalah vendor kepada sistem yang digunakan di tempat hubby bekerja..n hubby adalah IT Officer yang handle project tu.. :)

2)Aku dapat banyak jalan kat tempat org tanpa mengeluarkan we sendri..hehe..sape taknak jalan free kan..paling besh kat Sabah,sebab gi ramai2..sangat seronok hang out ngan membe2..ada je projek merayap walaupun dlm standby mode..haha

3) Bg aku banyak pengalaman beharga tak kira la lam segi keja ke..pergaulan ke..buat aku lebih independent.Masa di Indonesia, aku jadi woman alone beb..selama sebulan (sampai da nak abis tempoh pas dah). Turun MAS di Soekarno Hatta Airport direct ke Terminal 2 utk ke Pontianak menaiki Mandala Airway (takot gak, flight yang baru beroperasi). Duk Pontianak selama 2 minggu (Raya Haji di sana oke) pastu naik Mandala Airway n ke Jakarta semula.Dok Jakarta 2 minggu then naik MAS smula balik KL (act tiket balik tu da 2,3 kali tunda atas arahan bos).

4)Dapat kawan2 yang sangat helpful and sangat mengambil berat. Hal ni mmg diakui oleh semua ex-staff MG. Susah nak dapat kawan2 macam kat sini.Susah senang sama2 pikul..Mmg terlalu banyak kenangan bersama.Huhuhuhu..msti rindu gile kat korang seme nnti..

Tak semua sempat amik gamba sama.ni je yang dan masa hari last tu..


Banyak sangat la benda y touching kalau diingat2kan balik..nnti len kali la aku citer.kang panjang plak post ni.aku blom ready lg nak publish n kasi baca post2 ni kat ex-ofismate aku.ni aku buat blog pon diam2.hehe..