navigator

home archive gallery contact login

no copy

Monday, June 11, 2012

Cuti-Cuti Balik Kampung

Ni entry basi 2 minggu lepas punye. Duk terperuk dalam post list.Hehehe..

Last weekend Haziq & Hariz bersama kami anak beranak balik ke Melaka. Plan asal nak bawak dorang pi jenjalan,tp buntu fikir mana nak pergi. Sana sini org ramai sebab cuti sekolah. Nak book hotel confirm semua dah penuh. Last2 aku ajak hubby balik kampung je lah. Kemudian nnti fikir nak bawak dorang berjalan mana. At least save duit utk penginapan ye tak..(Dapat jugak umi lepas rindu kat mak..keh keh) Kata org..sambil menyelam minumla skali air. =)
Jumaat malam sampai. Mak excited jmpe budak2 ni. Haziq & Suri mmg macam taknak tido jek. Dlm pulul 3 pagi baru memasing nak ngantuk. Babah & Hariz dah selamat awal2 dah. Huhu.
Esoknya tu aku & husband decide nak bawak je dorang pi Melaka Wonderland. Aku pun tak pernah pi lagi. Sebelum gerak tu sempatla kami menyinggah kat Kamdar & KFC. Bagi penuh perut dulu budak2 ni. Nnti karang merengek pulak masing2.
Sampai kat Melaka Wonderland pun dah lepas Zohor. Panas. Parking pun jauh. Ramainye org..Kat sini ada jugak Dinasour Park. Dari jauh dah nampak kepala dinasour tu..Suri tgk tak kelip2..Haha.

Penat woo jalan kaki jauh nak sampai pintu masuk ni

Entrance musim cuti sekolah ni RM30 dewasa n RM25 kanak2. Total RM110 utk kami sebab Hariz & Suri tak perlu bayar. Rombongan kami ni disertai Faezah. So senang sket nak control budak2 ni.Maksu ikot jaga dorang.
Mmg tak ingat dunia la bila masing2 dah jmpe air kan..bukan budak2 ni aje..anak dara aku ni pun macam dah kene rasuk air.
Tak mau naik darat. Die leding2 kan badan macam ulat nak kasi turun balik kat air.Fuh fuh semput melayan die..

Nampak la gigi rabbit awak tu Suri..hehe

Mak, Ct & Wan(jiran) datang lepas tu. Niat nak hantar makanan kat kami tp apakan daya tak dibenarkan bawa masuk makanan luar pulak.Huhu sedih.Sibaik aku ada bawak biskut, air & jajan sekali masa tu. Mmg tak de pun beli apa2 makanan sepanjang kat sana. 
Balik petang masing-masing dah kepenatan. Kami sempat makan kat area Air Keroh jugak sebelum balik. Pukul 9.30mlm semua dah pengsan ye. Termasukla aku & husband. Hehe. Moh layan photo japs.

 Maksu Ija la pulak layan die.Gelap muka maksu Ija ni-gara2 gi kelas swimming

Hureyyy

Tu mak kat belakang.Wanita berpayung hijau

 Syoknyee abg2 Suri dapat main air ey..sampai kecut jari jemari

Yay!!suri dah pandai sedup straw..


Adik macam nak menari je

Aduhai dah nak balik pun depa ni duk main air lg


Suri tak sempat pakai seluar lg dah pengsan..penat sangat la tu

Ahad pulak kami ke Aeon Melaka. Saja bawak adik2 aku bejalan skali. Sampai2 Haziq dah request nak makan pizza dulu. So babahnye layankan aje. Umi pun lapar jugak masa tu.. =) Punyalah banyak order, so dapatla FREE kidz meal tu 4 SET!! haiyok banyaknye. Sapa nak makan??Huhuhu.Last2 ada jugak yang kami tapaw utk mak kat rumah.
Tak buat apa pun kat situ. Just layankan anak2 ni melompat main kat area gelongsor angin tu jek & belikan la jugak diorang baju-baju yg ada sale tu kan..

Acik CT & Maksu Ija tgh kusyuk

Abg Haziq pun nak buat puzzle gak. Suri aktiviti ngan tag keje Umi atas meja.Huhu

Balik KL malam tu lepas Isya'. Sangat letih menempuh jem yg panjang. Kami exit di Senawang so dapat la lari dari jem kat Plus tu. Kesian kat Haziq..tp takpe ye..Minggu ni Insya-Allah umi & babah pick up awak n adik lg k..


2 comments:

My Wonderful World said...

apalah cik suri tu dok cium tag kje umi tu.. wangi sgt ker??hehehhe

NettoAsh said...

Hahaha..itule die.feberet die mmg suke menyelongkar beg org
sibek dapat tag je.untung2 dapat blusher..lg die suka.penah jugak makan lipstik!
Huhuhu