navigator

home archive gallery contact login

no copy

Tuesday, September 2, 2014

Kisah Babysitter

Pepagi lagi aku dah syahdu. Ni la penyakit yg aku sendiri pun pelik. Bukan sekali dua anak-anak bertukar pengasuh. Utk Suri ni kali keempat dah. Tp maybe sebab aku dah rasa babysitter ni macam adik beradik sedara mara sendiri kot kan.. Sedih rasanya bile pagi tadi last ke rumah Intan. Singgah kejap amik barang-barang bebudak ni. Intan pun nampak sayu tengok Hafiy lelambai tangan. Kalau ikut hati memang tak suka nak bertukar-tukar org jaga anak..tp Intan dah nak masuk 5 bulan pregnant, kesian pulak nak melayan kerenah anak kite. Hafiy tu dah la lasak kemain..karang buatnye die tendang perot mamanya..tak ke naya. Takpela..kenelah bekorban sekarang. Akan datang pun sama jugak endingnya..kene cari org lain..

Pengasuh Suri yang pertama dulu Kak Ina. Duduk kat Sg Minchu Hulu Langat. Baik & lembut aje orgnye.. Sebab aku dah tak larat nak berulang dari Ampang ke Hulu Langat hari-hari dengan Suri meredah Bukit Ampang tu..so aku carikan die pengasuh yang dekat dengan rumah. Yang keduanya namanya Kak Shima. Anak-anak dah besar semua. Baik juga kakak ni. Cekap handle anak-anak jagaan walaupun rumahnya tak besar mana. Lepas tu baru hantar ke rumah Intan. Itu pun sebab dah pindah rumah kat Kesuma. Memula tu Suri mmg nangis juga la sebab tak biasa. Masa tu umur die baru masuk setahun. Kendian dah ada Hafiy mmg hantar sekali terus kat Intan. Setakat ni Alhamdulillah..Intan jaga ok. Budak-budak pun suka sebab anak-anak Intan gemar main sekali sesama.

Harapnya Suri & Hafiy selesa & happy dengan pengasuh baru ni..Letih mak nak layan perasaan tiap kali korang bertukar pengasuh nak oi..

1 comment:

Unknown said...

Salam kak.. Akak ada x contact no babysit hulu langat tu.. Sy pon tgh mencari ni.. Huhu..