navigator

home archive gallery contact login

no copy

Showing posts with label Geliebtes Haus~. Show all posts
Showing posts with label Geliebtes Haus~. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Minggu Sakit-sakitan

Sepanjang minggu lepas adalah hari kami sekeluarga sakit. Bermula dari aku yang batuk, muntah & demam diikuti dengan Suri dengan pakej demam, batuk, muntah & cirit birit. Peserta terakhir mengungguli carta ialah babah Suri dengan ranking paling lemah sekali. Hehe. So dengan demikian, peti ais kami telah dipenuhi dengan ubat-ubatan dari pelbagai klinik. Antara kami bertiga, yang paling membimbangkan ialah kesihatan Cik Suri-sebab? die kan kecik lg, mana reti nak cerita sakit camne..lapar ke..masuk angin ke perut. Yang aku tau die berak2 cair semenjak sabtu malam lepas. Isnin aritu pengasuh kata die masih berak2 cair kerap. Asyik nak tido aje. Mungkin die rasa lemah badan sebab tu rasa nak tido je sepanjang hari. Aku balik dari keje pun die masih tido lg kat umah mak. Aduhai kesiannye tgk die.

Semalam Selasa kami laki bini terpaksa la jugak amik cuti. Nak bawak Suri jmpe paed trus. Kami ingat nak carik Klinik pakar kanak-kanak di kawasan sekitar, tp takde idea nak bawak ke mana. Kami belum familiar dengan kawasan tu. Last2 decide pi je la KPJ Kajang. Lgpun mak pun ada kat sana. Mana tau apa2 hal karang kan..Alhamdulillah Suri pun dah beransur baik. Mula-mula doc advise utk admitted tp aku rasa berat hati memandangkan cuti aku dah takde ni..Huhuhu..susah nnti nak stay back jaga die..Aku mintak doc bekalkan ubat2an je.Itu pun jenuh nak abeskan..Mmg banyak betul die bg.Hamek ko!huhuhu (lupa nak amik pic ubat2 yg banyak tu...)

Itu aje. Kesimpulannye..masa musim perayaan ni sepatutnya kite dapat mengawal ahli keluarga kite supaya tak makan@melantak semua jenis makanan yg dihidangkan. Kene beringat. Nnti kesian raya pun dah macam tak raya..Hehehe

Main2 sementara tunggu nombor giliran kat KPJ semalam

 Main batu kat depan rumah pun jadik

 Sepahnye umah ni..Kekeke



Wednesday, August 8, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami : Plaster Ceiling

Dah genap 3 minggu kami duduk di rumah baru. Dan selama 3 minggu lah kami bertiga duk berulang alik Semenyih-Ampang-KL..sangat letih. Tp apa boleh buat..kene la redah jugak kan..

Saje nak tepek gambar plaster ceiling rumah-buat panduan kawan-kawan yg tgk nak renovate rumah tu. Utk  iera, nnti saya update kan gamba dapur tu ye. Tak dan sokmo nak transfer gambar. Bulan puasa ni sentiasa terkejar2 je rasa..

Hall. Kami pilih yg simple je sebab ruangan agak terhad

Yang utk dapur, buat biasa je (macam dalam post sebelum ni). Utk bilik pulak kami hanya tambah cornice. 


Ginilah cornice simple yg kami pilih

Ni semua gambar lama. La ni dah siap pasang langsir dah :) Lain kali la eh update part lain. Sikit-sikit lama-lama abes la story pasal rumah ni..hehe



Tuesday, July 31, 2012

Projek House Moving

Kami secara rasminya berpindah dari Bandar Baru Ampang ke Semenyih pada 17 Julai 2012 iaitu bersamaan 2 hari sebelum puasa. Seawal 6.30 pagi suami dah bersiap barang-barang utk diangkut tetapi malangnya lori yg dijanjikan sampai lambat. Tembel betul abg2 lori ni. Banyak yg kami tak puas hati ngan perkhidmatan lori ni..seperti lewat, buat keje sambil lewa, bermalas-malasan, tidak boleh diharap. Tenaga yg suami aku bayar adalah utk 4 org pekerja..TETAPI mmg tak berbaloi! Takpelah..malas nak komplen banyak tp yg pastinya perkhidmatan lori tu kami grap dari website tuu..kire glamer jugak la kot depa ni..Isk isk buat dosa je aku ni ngate bulan puasa ni kan..Kekekeke..

Thanks to adik ipar aku..Raffiq kerana sanggup mengambil cuti emergency semata2 nak jadik 'Baiya' kami..hehehe..layan je picx eh..

Tersandar kepenatan ke raffiq oiii..hehehe

 Dah kosong..

Kenangan bilik kami :)

Cumil je kan hall ni..dah disapu bersih

Last kopek

Org kuat nih lembik lepas tolong kami

 Sabar yang..jgn marah2 ey..;p

 Suri sibuk aje tp buat keje die lah

Hepp..apa ni cekak pinggang macam mem..buat kerja!!

Alhamdulillah semua dah settle..tinggal nak kemas & susun barang-barang yang melambak ni..Peningggg...

Friday, July 20, 2012

Selamat Berhijrah

Alhamdulillah semuanya dah selamat. Kami dah selamat berpindah dari Bandar Baru Ampang ke Beranang semalam. Letih, penat, masalah..semuanya complete ada. Kenala hadap. Di rumah lama masih ada lg barang-barang basic dapur utk kegunaan abg bile emergency. Abg belum ada plan lg samada nak sewakan atau tidak. Nanti kalau ada kesempatan, aku upload gambo masa pindah semalam. Ada kisah di sebalik kejadian..Heheheh

Monday, July 16, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami : Merah itu Mengancam?

Ni maybe last entry pasal renovation dapur kami..sebab semuanya dah selesai.Alhamdulillah..aritu kami hampir-hampir nak menukar kaler cat dapur ni. Ada luahkan kat sini. Wak tu kate warna merah ni dah mcm tokong. Huhu..bila pk2 semula..takut kos terbazir..kami layankan aje warna merah ni. Nak sedapkan hati..pk je nnti dah letak kitchen kabinet, sure tak bape nampak merah ni.. ;p

Nak tgk tak hasilnye..layankan je la ye cik senah oii..Hehehe

 QC checking..mengancam youu..

Ni kawasan ciput yg di extend. Ujung skali tempat washing machine

Rasanya Wak ni buat beberapa layer utk kasi sampai dinding ni nampak mesra dengan kaler cat ni. Asalnye nak cat keseluruhan..tp bila dah bincang2 tu kami decide buat 1 belah wall jek..wall yg setentang tu dibiarkan putih saje..Kipas lampu pun dah settle. Len kali la cerita ek..Hehehe.Ups lupe nak gitau yang kaler cat ni namanya Sashay Red Odour-less Nippon Paint (sampai bile2 ingat nama die-sebab dah buat aku dilema betul aritu)

Isnin yang Haru

Jumaat lepas aku terpaksa amik EL bila pengasuh Suri tetibe nak mintak cuti. Sabtu pi basuh rumah. Ahad ialah sesi mengemas rumah/packing barang-barang. Cadangnye nak pindah sebelum puasa. Sempat ke??Huhu.

Pagi-pagi Isnin aku dah terjaga lewat. Kalut tenggek nasi utk Suri & solat Subuh. Pastu packing baju Suri & iron baju aku & asben. Mandi. Dah siap2 tp Suri nyenyak pulak tidonye. Abg pulak duk tercari2 hp die-ilang tah mana. Jam dah pukul 8.20am. Nak tak nak kejut jugak la Suri. Hantar ke rumah pengasuh & sempat jugak la cari-cari hp abg dalam kete. Tgk2 jam dah pukul 8.40am. Macam tak sempat. Mmg pecut semacam la kan aku nak kejar masa. Aiseeymenn..minyak pulak dah menyala kuning. Mmg dugaan la time2 lambat gini. Tgk depan pulak ada lori bawak macam nak cari rumah sewa. Slow sangat. Fuhh fuh..sabor2. Aku tak peduli dengan minyak yg tak seberapa tu..Trus panjat bukit Ampang utk ke ofis. Tak sangka aku selamat sampai pagi ni (pukul 9.11am tumb) dengan minyak yg dah nyala2 lampunye tu..Hehehehe..Balik karang baru isi eh..
Dugaan betul. Sebab tu aku sokmo cuti hari Isnin..hahahahhaha..

**Kami nak pindah Khamis ni. Doakan semoga semua berjalan lancarrrr...
**Hp abg dah jmpe-tertinggal kat uma mak daa..Hihihihi

Wednesday, July 11, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami : Bab Langsir

Lutut aku ni tak surut2 pulak sakitnya..Tensen lg sebab aktiviti harian memerlukan aku naik turun tangga. Selama beberapa minggu ni memang aku bertahan je lah sebab malas nak pi jmpe dokter. At last semalam aku pi la jugak klinik sebab pagi2 dah tersepak kaki sofa & rasa makin sakit pulak lutut ni. Mcam org tua dah kan. So dapatla ubat & MC. Tgk total bil rawatan cecah la RM97. Makk aii mahalnye harga ubat ni. 3 je bendenye pun. Nasib baik la ada insuran company cover. Kalau cash duit aku mmg sanggup lg la aku menahan sakit ni ha. Dah la pokai skang ni. Huhu

Bile dah dapat MC..dah makan ubat..apalagi rasa macam sihat la kan. Haha. Trus aku ajak asben settlekan hal rumah (kebetulan asben malas keje..hihi). Mula-mula kami pi sergah ke kedai hardware. Masa tu baru nak masuk kul 10pg. Kedai pun baru nak bukak. Kami beli la peralatan kebersihan rumah seperti penyapu, tong sampah,baldi, mop dsb. Di samping tu kami juga selamat membeli rail utk langsir & alatan keselamatan iaitu Solex. Kat situ jek dah abes RM500 ye tuan puan. Huhu. Harga railing yang die jual tu dikire RM2.50 sekaki. So total utk 1 umah = RM135. Ok jgak la..sebab ada tingkap yg kami buat double railing. Harga di Semenyih kami survey dalam RM3.00 sekaki. Dpatla jimat sikit ye tak.. :) Tp lepas tu berposak-posak la dalam kete nak masukkan rail yang panjang (utk sliding door). Sampai je Semenyih..trus angkat kasi campak dalam rumah. Wak tu mesti pk.."haa..ni rail campak aku suh buat le tu.." Hahahha..Ya Ampun wak...takde sape lg kami nak harapkan lg ni... ;p Bukan tu aje..tp kami sempat lg campak besi penyidai baju tu mintak tlg wak ni pasangkan kat dinding depan rumah..Baik die ni..tak mintak upah pun pasang itu ini..semua die ok kan aje.. :)

Sempat la snap gamba pintu & pagar yang baru di cat. Warna pintu bilik ni name code die Sakura (Nippon Paint). 

 Pintu bilik air

 Pintu bilik. Semua pintu sama je kaler. Senang citer

Ni ler catnye

Pintu ni pun baru cat. Pilih gray cerah sama ngan tema asal rumah 

Pagar cat putih. Dilema nak cat belah tepi sebab belum mintak persetujuan jiran lg

Lepas sesi melawat tapak rumah, kami menuju ke Mines. Hajat hati nak tengok-tengok kain kat Tewah. Kawan-kawan yang ada pengalaman menempah langsir kat situ semua bg komen positif. Sampai sana dalam pukul 2ptg. Mula-mula pening jugak yg pilih sebab dah tgk banyak-banyak kaler kan..tp lepas tu..ada sorang salesperson datang intertain kami..mmg surperb la minah ni sebab cekal layan kerenah kami..siap sorong sana sini gulungan kain tu sebab nak cari yang kain matching. Yang besh nye jugak ialah die akan bg quotation kat kite dulu sebelum kite setuju nak tempah. Banyak jugak advise die bg supaya kite tak tersilap kiraan. 

 Pembaris recycle..Hehe

Ni le kain kami pilih..tgu je lah camne hasilnye nnti eh

Sayang saya ni :)

Untuk dapur saya beli yang roller blind ready made saje. Murah n simple. Dah pasang nnti aku tepek. Sebenonya yang ni bukan pilihan pertama kami. Tp redho sajelah bile dah takde pilihan lain..asalkan tak basah bile tepercik air ye tak..

Babah la tukang bawaknye. Pasang confirm suh wak la kan..Hihi

p/s : Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Tak amik masa yang lama pun utk proses membeli & menempah langsir ni. Berkat doa ye tak..abg? hehehe

Monday, July 9, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami : Kids room

Nak cerita pasal grill yang dah selamat pasang kat rumah tp gamba lupe nak transfer dari hp abg. So aku cerita la pasal bilik anak-anak dulu. Kami dah setuju utk pasang hanya cornice di bilik diorang ni. Kaler bilik pun atas persetujuan bersama. Nasib baik la elok & cantik kaler ni. Risau jugak la jadik macam hall & dapur (cerita lain kali ye..) Utk bilik Cik Suri, babah die nak kaler pink so saya pilih la Fushia Pink ni..& utk bilik anak lelaki kami pillih kaler hijo ni (tak ingat nama kaler codenye)..Suka sangat warna hijau ni..Chantek!

Utk bilik kami pulak..len kali jugak la ye..Hehehe..

 Bilik Suri. Babah excited pilih kaler.Huhuh

Bilik comey utk anak bujang  :)

Friday, July 6, 2012

Barang Letrik pulak

Misi beli barang-barang elektrik utk rumah awal-awal aku dah kerah abg cari. Macam biasa la aku mesti gugel2 dulu mana tempat yang ok nak pi beli banyak2 ni. Tempat yang aku pegi ni mesti ramai yg dah penah sampai. Houses Lighting, Puchong. Kunjungan kali pertama kami borong kipas sahaja. 7 unit semuanya. Tak boleh nak beli lampu sekali..kete kami kecik jaa..Tak muat nak sumbat semua. Kipas tu pun ngam2 je muat.

Hasil borongan kali pertama. Lg satu kipas dinding takde dalam ni

Hasil borongan kedua. Lampu2 & water heater

 Cuci mata..sakit leher asik pandang atas je

 Suis macam2 warna ada

 Sakit leher lagi

 Cik Suri saya makan roti dengan kebosanan menunggu

Babah ada assistant kire stock

Ok jugak la membeli barang kat sini sebab harganya yang MURAH. Banyak dapat jimat sebab kite beli dalam kuantiti yang banyak. Kalau penjimatan sebuah kipas adalah RM8 contohnya, kalau kite darab dengan 7 buah..tak ke dah jimat RM56. Tu baru kipas..belum lampu lg kan..So kire berbaloi la jugak.. :)
Tentang pemasangannye pulak..minggu depan la aku hapdate..Minggu ni last week renovation works. Tong MPKJ pun dah nak kene pulangkan Isnin depan. Harap2 ok le semuanya nnti. Taaata..




Monday, July 2, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami : Al Kisah Cat

Last weekend ialah sesi mencari cat untuk rumah. Berposak-posak jugak la nak cari warna yang sesuai. Jenama cat pilihan kami ialah Nippon Paint Odour-Less Air Care. Banyak betul rintangan masa nak beli cat ni..ada insiden tin cat pecah masa dalam mesin goncangan die tuh. Bile dah beli, rasa tak susuai la pulak (utk main hall). Utk bahagian bilik..aku & abg amat berpuas hati dengan hasil colour tu. Paling menarik bilik anak-anak la sebab kaler2 bright kan..Utk bilik aku..for sure la warna feberet..Hik hik (upload gamba bilik len kali ye..tiada utk cerita kali ni ;p)

Ni la mesin goncang tin cat. Lama kene tgu sebab tin ada yg dah pecah

Kami berbincang dari hati ke hati tentang niat nak tukar warna cat untuk main hall. Setelah sesi perdebatan selesai, kami sepakat utk cari kaler lain..untuk dapur pun kami ada pertukaran plan untuk area mengecat. Mmg pening nak settlekan mende ni. Perpinar2 tgk banyak sangat tone warna nak kene pilih. Tambah lg cat2 ni semua mahal! Dah tersalah pilih kaler kire double la pulak kan..
Hadusshh..Semoga cepatla selesai hal rumah ni...

Plaster ceiling pun dah siap. Wiring pun dah ok cuma barang2 tak boleh pasang lg sebab grill belum siap. Ni je yg sempat aku snap.

 Bahagian dapur. Simple je cornice kami pilih

Ni main hall & dining area. Pun jenis sempoi je..

Minggu depan rasanya grill dah siap. Tak sabar pulak nak tgk camne hasilnya.. :)


Thursday, June 21, 2012

Builders Hardware


Tajuk atas tu hanya nama sebuah kedai kat area Kepong. Kenapa dengan kedai tu ekk..Sebabnya aritu aku & hubby pegi ke sana untuk mengambil sink yang percuma depa bagi. Kenapa percuma? Sebab...kami dah purchase Fortile hob & hood masa Homedec April 2012 yang lepas. Oleh kerana Wak yg buat rumah tu dah sampai stage nak buat table top, so kene lah pi amik sink tu, nak bg mudahkan wak tu kira ukuran sink. Leh pasang trus lepas tu. Alang-alang dah sampai kat situ, kami pun beli saje barang2 utk kelengkapan bilik air sekali seperti rain shower, towel rack, cermin dll. Banyak jugak beli sampai pening abg nak bayar.Kekeke. Layan gambo bbp keping ni je lah ek.

 Sinki percuma.Yayyy!!

 :) 

Itula Zean..budak peramah yang layan kami

 Check dulu cermin2 ni.takut ada yg pecah karang

 Ok boss sila jelaskan hutang ye ;p

Besh pi kedai ni. Layanan pun bagus. Service check item and delivery ke kereta pun perfect. Tumbs up!



Tuesday, June 19, 2012

Misi Renovasi Teratak Kami [Part 2]


Sabtu lepas kami ke Beranang utk melihat progress rumah. Dah nampak dah bentuk dapur tu walaupun cenonet je renovationnye.Hehehe.Boleh la kan.. :D
Lepas ni depa nak buat table top dah. So kami panggil sekali Jasper dari Artak Kitchen untuk datang bagi sikit guide kepada kontrekter ni apa yg patut.

 Kelakar pulak dengar Jasper n Wak ni bercakap..keh keh

Bahagian belakang dah nampak bentuk :)

 Nasib la jiran sebelah masih belum pindah masuk lg..

 Huru hara

 Jasper dah lukiskan mana patut buat point baru

Ruang tambahan

Hura hara sampah dah membukit kat depan

Sink dah kene amik dari kedai Builders Hardware. Barang-barang elektrik dah kene start beli. Huhu