navigator

home archive gallery contact login

no copy

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Breastfeeding Journey


Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih dapat meneruskan breastfeed Hafiy hingga ke saat ni. Walaupun dah mula mix dengan FM, tp Hafiy still prefer susu ummi die ni :) Tapi sekarang production masa siang memang agak kurang. Aku pam sehari sekali je. Biasa waktu petang. Hafiy aku bekalkan FM cap Dutch Lady sama dengan kakak die. Masalahnye die macam tak minat je. Adakah aku kene try FM cap lain? Huhu  (teringat dulu jenuh nak cari susu yang sesuai dengan Suri)

Kalau ada program/aktiviti kat luar, leceh jugak kan nak nyusukan baby. Bagi aku, kalau boleh aku nak susukan jugak walau apa jua keadaan. Biasanya aku mintak permission hubby. Die akan tgk crowd masa tu camne, kalau tak ramai sangat org, biasanya die bagi green light. Hafiy pun akan mengamuk juga kalau tak dapat, sebab die dah mengantuk kebiasaanye. Pakai ponco nursing & cpt2 bagi susu sure senang keje maknye lepas tu..hehe..


Pasal stok EBM pulak, aku ngaku memang dah tak banyak. Deep freezer pun aku dah post ke kampung (sebab mak nak guna utk kenduri kawen adik). Sekarang hanya dapat sehari dalam 6-7 oz sahaja. Pam aku masih lagi setia berkhidmat dan masih dalam condition OK. Tak pernah ada masalah, cuma aku tak pandai nak double pumping. So lama sikit la amik masa nak settlekan satu-satu.

Rumble Tuff  masa baru beli

First EBM production on 2nd day confinement
Ada display masa kite pam. RT ni boleh juga menggunakan bateri biasa

Semua dalam satu set

Kenangan..:) Lepas tu semua dah ditransferkan ke deep freezer. 

Selesai misi pertama. Impian misi kedua ialah untuk continue bf sampai Hafiy 2 thn..mudah-mudahan berhasil. Amin.




Happy 1st Birthday my baby!!

2nd April genap umur Hafiy setahun..Happy Birthday sayang ummi! Tak dapat nak celebrate macam Kak Suri dulu. Tak apelah kan..asalkan Hafiy sihat & happy :) Ummi and Babah cuti. Ingatkan boleh la bawak anak-anak celebrate pi jenjalan ke..tp kakak Suri pulak tak sihat. Muntah-muntah dan takde selera makan. Sempat la belikan adik se slice kek yang akhirnya ummi kene abeskan. Huhu

Tak sangka kan cepat je masa berlalu. Kenangan manis masa lahirkan Hafiy dulu masih rasa macam baru. Semoga anak ummi sentiasa dilindungi, dirahmati..dikurniakan kesihatan yang baik, masa depan yang cemerlang, dijauhkan segala bencana..menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.. Aminn..
Ummi, babah & kak Suri love you so muchhh~~



Copy paste balik gambar dr FB. Malas nak transfer hehe

Kak Suri excited nak tiup lilin. Layankan je sebab adik tak reti lagi kan.. ;p

Thursday, February 28, 2013

Baby update : 35 week

Syukur alhamdulillah..Baby dah mencecah 35 week setakat hari ni. Next week dah boleh start pack beg baju..Huhu nerbes jugak walaupun dah kali kedua. Sure pengalaman melahirkan setiap anak berbeza kan?

Setakat ni baby ok je..cuma pada 15 Feb yang lepas, aku tetibe je kene refer ke Hospital Serdang. Sebabnya 2 hari sebelum tu baby kurang nak gerak. Aku just pi KK untuk confirmkan dengan doc tp dapat surat refer pulak. Doc kat KK suh pi buat CTG katenye..

Aku sampai Hospital Serdang sebelum pukul 12. Tp nak mencari parking bukan mudah..kene menapak jauh nak ke PAC. Dah la kene drive sendri. Asben ngah bz berkursus kat Marriot Putrajaya (dekat je pon kan..) Sebab ni first time sampai sini, aku agak teragak2 nak ke arah mana..Pukul 1215 baru la aku sampai kat registration PAC tu..

Menunggu utk nama dipanggil je amik masa 2 jam ok..mata dah kuyu selain kepala dah tersengguk2..huhu. Aku tgk ramai je org nak besalin terpaksa menahan sakit & menunggu utk katil kosong. Aduhai..cian pulak.

Sementara mesin CTG tu duk kat perut aku, aku amik kesempatan utk lena. Beshnye la rasanya..bak kate, "Org yg mengantuk disorongkan bantal". Haha. Alhamdulillah result ok je. Aku ingat lepas tu dah boleh balik tp kene tgu doc nak scan pulak. Alahai tgk2 depan tu asben dah ada. Mula2 ngah tekan2 hp..lepas tu aku tengok die dah lelap. Mana taknye..lama betul tunggu nak kena panggil. Sempat aku berkenalan ngan mak2 org yg nak beranak tu. Masing2 ngah menahan sakit. Ada yg dah kene transfer hospital lain.

Keputusan scan pun alhamdulillah ok. Masa ngah scan tu la baru kemain baby nak tendang sana sini. Doc suh tunggu sampai 10 kali gerakan baru boleh balik. Sudahnye pukul 6 baru aku dapat lepas balik. Itupun berdolak dalik ngan doc takmo warded (doc suh warded sbb nak bg aku concentrate catit pergerakan baby) 

As a result aritu..semuanya ok syukur dan aku balik ke rumah macam aku balik opis ye! Meredah jam sampai ke rumah..Kesian en hubby..dah la penat..mengantuk..redah jam pulak. Aku ingatkan dapat MC leh la balik awal..meleset sudah sangkaanku..Huhu hari yang memenatkan tp penuh kesyukuran.. :)


Thursday, February 21, 2013

Nak yang mana ni..??

Ni kes dilema namanye..dilema ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Dilema nak pilih jenis yg mana satu
2) Dilema sebab kos tak berapa nak ada

Hahaha..ape la yg aku merepek ni..kan..Camni, aku dalam dilema nak beli double breastpump. Sebelum ni masa Suri aku mmg dah ada manual single bpump. Masih ok je lagi Madela Harmony tu cuma...single kan..so rasa macam nak upgrade. Lgpun dah tua2 ni tgn rasa lenguh plak nak ngepam lelama. Pam lama tu mmg besh pakai, x penah mengecewakan la kirenye..

Aritu (tak ingat weekend bile) aku ngajak cik abe pi ke FabulousMom di Cheras (depan ngan JJ Balakong).
Niat masa tu nak cari nursing bra jela..tp bile dah sampai memacam pulak kami capai..Huhu.

Hasil borongan setiap kali menyoping brg bby

Kat fabulousMom ni hasilnye ialah :

  • Kelly Nursing bra - 2 helai
  • Washable bra - 4 pasang
  • Simple dimple Papa bag
  • Maternity pad

 Itu je dulu buat masa ni.
 Sambil2 cuci mata tu, aku n asben sempat la riki2 bpump. Antara yang mmg menarik perhatian ialah :
  • Madela Freestyle (mmg nak..tp tak mampu ler!)
  • Spectra 3 (cam berat pulak nak usung nanti)
  • Ameda Lactaline Dual
  • Rumble Tuff

Seperti yang aku nyatakan kat atas tu, ada la yang di consider mampu milik.Hehe..Asben aku dah suh terus beli time tu jugak. Isk die ni..tgu la aku nak tgk review org dulu kan..Macam die pulak nak ngepam..X sabor manjang..Hehe..
Aku masih dalam proses memikir lg. In sha Allah dalam next week ke aku boleh la decide & terus pi beli mende alah ni. Takmo la time pantang nanti baru hegeh2 nak cari. Tp at least aku ada dah yg manual tu. Boleh je guna selang seli..:)

Ops jangan dilupe..kalau maknye dapat hasil..anak pon nak jugak habuannye..huhu

Cik adik manis nye play mat..tp ayah nye yg beria nak..adus






Monday, February 4, 2013

Takde Mood :(

Kenapa ek arini rasa btl2 takde mood? Maybe sebab badan rasa tak sedap. Rasa lesu je..Mana taknye, malam tak cukup tidur. Diganggu dek batuk yang bertubi-tubi and then kene berlari ke bilik air sebab muntah. Tensen betul..Makan banyak muntah..makan sikit pun muntah..tak makan pun sama. Aduish..camne aku nak buat pun tak tau..Pedih kat ulu hati ni pulak makin kerap. Kadang macam tak surut pun. Aku dah try tinggikan kepala masa nak tido tu tp masih tak jalan..Kejap2 aku duduk sambil termenung.

Pagi td mmg aku lapa sangat. Nak makan tak berani. Just minum nestum campur ngan susu. Kesudahannye sampai je opis, kua balik semuanya..Huuhu. Beli pulak cekodok sayur & air Horlicks. Ermmm tak kemana..ke mangkuk toilet jgk.. :(

Teringat dulu masa Suri pun jadi gini bile time dah last2 stage tu. Awal2 aku takde pulak morning sickness ke hapa. Nasib la masing2 kan..Tp kali ni lebih mencabar dari yg sebelum ni..sebab skang ni aku mudah mengah n semput, rasa tak larat je..ngan layan kerenah makcik kenet tu lg..ngan drive jauh nye (dulu duduk sekangkang kera je ngan opis..)

Kadang rasa tak sabar nak tunggu EDD. Supaya boleh cepat sihat. Tp seriau pulak bile ingatkan tang sakitnye tu..Hehehe..Semoga cepat la aku jadi sihat..tak larat dah batuk2 semput ni..Dah tua katekan..Huhu


Beshnye kalau dapat rilek2 kat uma je ari2 gini kan..Huhu

Friday, November 2, 2012

Aduhai tak sampai hati..

Tetibe rasa sedih pulak hari ni..sampai mengalir pulak airmata..Bukan hal besar mana pun tp mengenangkan tingkah laku si anak dara ni mmg kekadang rasa tak sampai hati nak buat die macam tu.. :(

Baby dalam perot ni dah menginjak 18 minggu. Dalam tempoh ni aku mmg kena usaha untuk menjarangkan susu badan dari Suri. Alhamdulillah sekarang die dah mula nak minum susu dalam botol. FM yang aku beli pun cepat je abes. Syukur tak terhingga. Bercerita pasal perubahan Suri ni..aku pun nak share la pengalaman aku sendri yang menghadapi situasi di mana anak yang susah nak terima FM. Suri mmg lebih kepada nenen aku berbanding FM sejak dari 6 bulan sbb sebelum tu kan kite dah full BF dia. Mungkin sebab tu die dah biasa. Macam2 botol kami beli nk bg die serasi. Murah, mahal, sederhana semua la test. Masa tu mmg bagi die susu S26 sebab dah cuba susu lain macam tak serasi. Dalam usia die 6-12 month tu 5oz pun tak boleh nak abes. Dia nak bergantung kat nenen aku je..Mmg tak lena la tido malam sebab die kerap bangun menyusu. Sampai la kami berpindah ke Semenyih..masa tu nak hantar die ke rumah pengasuh baru. Puas la aku ni berfikir camne nak ajar die minum FM. Sebab badan die kecik je tak naik-naik. Intan, pengasuh baru tu pun cakap sampai ada kala die taknak isap pun puting tu. Di samping usaha..aku pun selalu berdoa moga2 suatu hari nanti ada jalan penyelesaian masalah aku ni..

At last, aku try jugak FM lain..tawakkal je. First try trus die suka. Di samping tu jugak aku try jugak bagi botol lain. Try2 je beli botol Pigeon. Masa beli tu tak silap harganya RM29. Cari kat tesco je..Lepas tu trus ke bahagian FM. Belek2 fikir2 aku try dulu yang murah ni iaitu Dutch Lady perisa madu. Sebab pikir lepas tu mmg mesti akan kene try lain. So kite cuba dari yang murah ke yang makin mahal. Alhamdulillah tak sangka padanan botol n FM tu die suka! Hahah..Lucky me..kadang sebotol penuh pun boleh habis. Sayang la anak ummi ni :) Mulut pun makin becok..perut pun makin ke depan..Hahaha

Ehh panjang pulak leteran..Apa yg nak diceritakan td pun dah separuh jalan kan..Kisah malam td mmg menyentuh hati aku. Time nak tido malam mmg aku kasi Suri minum susu dulu. Pastu dah naik katil baru kasi nenen..tp malam td saje je la takmau kasi nenen..die rengek2 gak cium2 gesek2 dada mintak nenen..Aku bagi FM die tolak. Meradang. Okay2 aku mengalah. Bg jugak la nenen. Sambil2 tu mestila mata aku makin kuyu kan..Huuhu. Aku terjaga2 la masa die gerak2 tu..Rupa2nya kat tgn kanan die pegang jugak botol susu die tu. Die letak betul kat sebelah nenen..kire gilir-gilir la die hisap. Huhu,.ataupun die rasa dah takde susu kat nenen ummi ni..tu yg topup susu botol..alahai ciannye anak ummi ni.. :( Kalau tau gini bagi je die peluang sampai umur 2 thn baru leh ada baby lain..huhuu..

Muah muah sayanggg..gamba ni masa die baru 3 bulan..geramzzz

Thursday, October 4, 2012

Scan baby

Selasa lepas ialah sesi scan baby utk kali pertama (kali kedua sebenarnya..tp ni first time kat klinik gomen)..Ramai jugak yg datang untuk appoiment scan. Aku datang dalam pukul 3.10pm..turn aku sampai dekat2 pukul 4pm tu..huhu..



Doc suruh aku pi amik report operation aku masa kat KPJ dulu..die nak confirmkan samada cyst tu akan berulang lg ke tidak..Risaunye bile die cakap camtu. Teringat masa zaman sakit dulu. Doc bg appoiment baru, lg 2 minggu utk scan balik. Sebab nak confirmkan betul2 umur baby (Ni la akibatnya tak ingat last date period.hehe). Menurut mesin scan ni, umur beby dalam 14-15 week baru. EDD baby ialah 31 March 2012..Ermm aku kire2 masa ni umur suri baru masuk 1thn 9bulan..Hehe..Harap2 aku tak kurang manjakan die lg.. :)

Pening sket skang pikir camna nak leraikan die dari susu badan ni..Makin nak lerai makin melekap pulak dia skang ni..Huhu..

Friday, September 28, 2012

Berkampung di Kelana Jaya

Rabu malam yang lepas, kami sekeluarga membuat aktiviti reunion di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Wak Lan & Wak Mon akan berangkat ke tanah suci Mekah. Dieorang kene masuk untuk pendaftaran pada pukul 1am. Mmg seronok dapat jumpe semua sedara mara, sepupu sepapat, pakcik makcik tp letihnye badan mmg tak dapat dinafikan lg la. Kesian jugak ngan en hubby yg tak rehat2 dari balik kerja petang tu. Pukul 2-4am pulak nak kene sambung tugas rukun tetangga kat taman..Huhu..

Suri la paling seronok dapat jmpe Maksu Ija die. Asik tunjuk kat belon2 yg ada jual kat tepi jalan tu je. Last2 dapat gak satu-ihsan uncle Ad die. Tak dapek la umi die nak belikan. Mahal kott..(kedekut..hehe) Punyelah banyak makanan dieorang bawak dari Melaka. Aku tgk nasi lemak je ada 2 tong. Wak Lan siap sedekah lagi kat orang yang duduk bersebelahan group kami. Ada kuih, ayam goreng, rendang, kek..macam2 lg la. tp yg pastinya aku tak makan pun sebab masa tu dah rasa tak sedap badan & mmg takde selera. Sebelum datang tu pun aku & hubby dah siap2 makan dulu..

Die mmg suke kacau org nak makan..

 Tikar pun tak muat nak tampung semua sedara mara..huhu

 Kekek..terduduk pulak atas riba abg Syakir

 Sedey weh sesi salam bersalaman ni..Isk isk

 Uncle Naim layan budak yg meragam sebab dah mengantukk..

Ni la makcik2 (termasuk mak kat tgh2 nu) yang masih mentain comels :)

Kereta kami park dekat umah Fuad je. Senang jalan kaki je ke Kompleks tu. Kami sampai rumah pukul 2.30am..Aduhaiii mengantuk & letihnyeee... Thanks sayang bawak umi pi sana jmpe family.. & sorry ye kalau buat babah penat :(

Wednesday, September 26, 2012

Dari Satu ke Dua

Misteri tak tajuk atas tu..Tak eh?kekeke.. Sebenarnya aku tak penah tulis lg kat blog kesayangan aku ni pasal hal ni. Tp ada la bg hint2 gitew. Ni baru la officially nak ngaku..yang...aku sekarang ni sedang mengandungi..Hehehe..I'm pregnant again! Yaaa..betull..Suri Nabila will be a sister soon.. :) Ni mmg unexpected. Kami ngah sibuk2 masuk rumah baru sebab tu macam blur2 bila tgk pregnancy test tu positif. Bile pulak ek kejadian ni?? Hahahaha..Kuasa Allah, tak siapa tahu ketentuan-Nya. Alhamdulillah..syukur sangat. Dapat rezeki berganda. Suri pun dah kena ada kawan pun. Selalu je mengamuk takde kawan nak teman die main. Ermmm..elok sangat la tu kan :)

Aku tak tau EDD aku bile memandangkan aku tak sure last period date aku (bulan tu je terlupe nak tanda.Cehh..) Buku pink KK gomen tu aku dah buat cuma utk scanning baby baru je dapat appoinment date semalam. Kebetulan semalam aku kene repeat amik darah memandangkan check up sebelum tu HB rendah. Tp alhamdulillah semalam HB dah ok. Nurse anggarkan baby dah masuk 14 minggu. Ermss.. so due date might be end of March 2013. Masa tu Suri dah 1thn 9bln. Tgk la nnti camne die dah ada adik. Sekarang ni manja bukan main lagi. Tp kat rumah pengasuh dah makin pandai bergaul dengan rakan-rakan sebaya (Iqbal, Isyraf & Hisyam)..haa tgk tu semua boys.. Suri pun sekarang dah pandai main Ultraman..Keh keh..

Utk pregnancy kali ni..aku ada la beberapa planning. Nanti lain kali la cerita. Tak tau dapat capai ke idak plan tu..hehehe..Minggu depan update tentang pi appoinment scan baby pula ye :) Tata!


Friday, May 4, 2012

Beskal pertama Adik

Ni kesah minggu lepas. Kami ke Toy 'R Us  KLCC. Cadangnya nak cari hadiah utk besday anak Aizat. Tp babah rasa macam tak besh kalau takde hasil utk Suri.Huhu. So dapatla menda2 ni kan..Suri da start berdiri dari umur 8 bulan tp sampai la ni takut2 nak menapak. Hopefully beskal ni dapat membantu.. =)

Ni adik punye!!

Sesi memunggah

Suri nak menyibuk je eh..

Horey..da boleh main dah..

Beskal Suri ni fungsi 2-in-1. Dia boleh jugak jadi bantuan untuk belajar bejalan. Nanti kalau adik da pandai bejalan n dah boring nak tunggang, leh la simpan je utk next baby pulaks..Hihi
Thanks to babah.. =)

Upss terlupa pulak nak citer kisah pegi ke kenduri akikah anak Aizat; Qalisha Irdina. Esha nama manjanya. Esha sebaya dengan Suri tp tua Esya 2 bulan. Tak lama lg dah nak dapat adik dah Esya. Suri belum lg..hehehe..Ni ada la snap beberapa keping gamba dari majlis tu. Kami ke Shah Alam Ahad lepas. Aku harung skali mak mertua n adik aku, Naim. Depa ni tinggal kat kuaters kerajaan Neg Selangor nun. Sibek senang cari..cepat la dapat makan..hihihi

Suri n Esha saling pandang memandang

Thanks to Aizat & Ila

Sangat penat sepanjang minggu lepas..Nnti ada masa aku citer lg apa aktiviti aku yang lain..Tata!





Wednesday, March 7, 2012

Demam lagi~~







Baby Suri demam lg selepas serangan demam minggu lepas. Dan ini bermaksud umi pun kenelah EL lagi..huhu.Cian anak ummi. Kali ni disebabkan cirit birit n muntah2 yang akhirnya membawa kepada demam. Pg smalam kami ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh dan doc mengesahkan anak ummi ni dah terkena keracunan makanan.Alahai ciannye adik..Patutla lembik semacam jek..Sehari setengah umi n babah EL baru demam adik kebah..Tu pun rasa macam berat hati je nak hantar ke pengasuh. Sayang sabar ye..rajin2 makan ubat tau..Umi rindu adik sengeh2 gelak2 kat ummi..Ummi doakan adik cepatla sembuh..amin..


Ketawa sampai nak tertutup mata dah..

Suke adik senyum gini..cam babah la pulak..Hehe (abaikan cawan pinggan atas meja tu eh..) Kiki

Monday, March 5, 2012

Baby Wafiyya



Semalam kami beramai2 telah menyerbu ke rumah Pn Noor Ramah dan En Joe di Seri Kembangan. Tujuan nye adalah tidak lain dan tidak bulan untuk melawat beby Wafiyya yang telah selamat dilahirkan pada 18 Febuari yang lepas. Aku adalah peserta terakhir yang tiba kerana telah sesat jalan.Hehehe..Di kesempatan itu, dapatla berjmpe dengan kawan-kawan lama iaitu Pn Erma n Pn Keno..Pidah tak dapat bersama kerana kepenatan baru pulang bercuti dari Jepun. Apa-apa pun terima kasih kepada Pidah atas kiriman ingatan kepada kami. Suke2! Ni la hasil perjmpaan kami.. Panjang umur leh jmpe lg..kan kan




Dah lama tak jmpe..masing2 dah tembam except Pn Kayno jek maintain..Keke



Ema tetap senyum walaupun qisha dah melalak..Hihi

Kami balik sekitar pukul 6.30 ptg gitu. Perut dah bekeroncong sebab dari tgh tak makan lg. Otw balik tu singgah la makan di JM Beriani Bandar Tun Hussin Onn. Abg dah bg warning siap2 yang die nak makan first (biasanya aku yg dapat makan dulu..Huhu) Tp hasilnye..tgk gamba bawah ni.. Suri dah leh berdikari duk lam kusi baby..Hua hua. Dapatla kami masing2 makan dengan senang hatinya..Time kaseh buchuk umi kerana memahami!Kekeke



"Meh saya pulak yang amikkan gamba babah yeh..."



Yay!! Suri dah leh duk diam2 lam baby seat. Umi n babah leh makan serentak..Hehe

Friday, February 3, 2012

Mengimbas kenangan (Pregnan)

Tetibe jek kan..Haha. Duk bongkar2 PC ni terjmpe pulak gamba2 lama masa aku pregnan aritu. Memandangkan takde entry/gamba masa time tu so aku tepek la kat sini buat kenangan2. Jom la kite tgk zaman aku 'kegemukan'.Haha



Masa ni kat Tasik Shah Alam. Baru balik dari kenduri akikah anak buah di Klang



Ni masa besday celebration thn lepas kat uma mak. Ngah cabut undi.Hehe. Tu adik aku budak botak.. =p



Masa attend kenduri officemate, Azrul di Seri Kembangan. Tu dia kak Adah n askar2 kesayangannya..Hehe




Ni la die mak buyung ngah tgu hari bersalin time ni. Selang 2 minggu lepas tu rasanya aku bersalin..

Alhamdulillah selamat semua dah..Kecik tu pun dah besar sket skang. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu..



Umi sayanggg awak~

Isnin nnti kite akan bercuti bersempena sambutan Maulidur Rasul iaitu pada 5 Febuari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433. Sama-samalah kite nnti berselawat ke atas Nabi dan sentiasa mengingati perjuangannya.



Dalam masa yang sama, sgt seronok sebab aku pun akan menyambut ulang thn ke 30 pada tarikh yang sama =)

Tak dilupekan pada kawan aku izan yang anak daranya pun menyambut ulang thn kelahiran juga pada 5 Feb ni. Yang keberapa ek izan? ke 6 ye..wah kejap je masa berlalu. Nnti tup2 dah menyambut menantu pulak..Kekekkeke

Kepada semua..selamat bercuti panjang ye..kalau ada yg plan utk ke mana2, sila berhati2 semasa memandu..Semoga selamat sampai dan selamat meluangkan masa dengan family yang tersayang.Tata!



Wednesday, November 23, 2011

Welcome back!!

As-salam..
Fuhh..dah lama sangat tak menjenguk blog ni.ingatkan dah berkubur dah.hihi
Info terkini yang boleh diceritakan ialah aku kini dah bergelar MOMMY!! bile? pada 24 June yang lepas.selamat sudah penantian selama ni..baby gurl kami diberi nama NURLIYANA SURI NABILA (babah yang bg nama selepas cadangan umi ditolak mentah2.cett..) and skang ni baby Suri dah pun menjangkau ke 5 bulan umurnya..gambarnye boleh di view kat atas tu..tu je la gamba yang latest die..nnti aku try utk upload gamba2 die masa die baru2 lahir tu.ni takdak masa la.lgpun hp aku cam ayam..seme gamba amik pakai hp sang suami ataupun camera..hihi

Oklah..nnti aku citer2 lg eh..ni saje nak hapedate.. =)
daaa...