navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, November 2, 2012

Aduhai tak sampai hati..

Tetibe rasa sedih pulak hari ni..sampai mengalir pulak airmata..Bukan hal besar mana pun tp mengenangkan tingkah laku si anak dara ni mmg kekadang rasa tak sampai hati nak buat die macam tu.. :(

Baby dalam perot ni dah menginjak 18 minggu. Dalam tempoh ni aku mmg kena usaha untuk menjarangkan susu badan dari Suri. Alhamdulillah sekarang die dah mula nak minum susu dalam botol. FM yang aku beli pun cepat je abes. Syukur tak terhingga. Bercerita pasal perubahan Suri ni..aku pun nak share la pengalaman aku sendri yang menghadapi situasi di mana anak yang susah nak terima FM. Suri mmg lebih kepada nenen aku berbanding FM sejak dari 6 bulan sbb sebelum tu kan kite dah full BF dia. Mungkin sebab tu die dah biasa. Macam2 botol kami beli nk bg die serasi. Murah, mahal, sederhana semua la test. Masa tu mmg bagi die susu S26 sebab dah cuba susu lain macam tak serasi. Dalam usia die 6-12 month tu 5oz pun tak boleh nak abes. Dia nak bergantung kat nenen aku je..Mmg tak lena la tido malam sebab die kerap bangun menyusu. Sampai la kami berpindah ke Semenyih..masa tu nak hantar die ke rumah pengasuh baru. Puas la aku ni berfikir camne nak ajar die minum FM. Sebab badan die kecik je tak naik-naik. Intan, pengasuh baru tu pun cakap sampai ada kala die taknak isap pun puting tu. Di samping usaha..aku pun selalu berdoa moga2 suatu hari nanti ada jalan penyelesaian masalah aku ni..

At last, aku try jugak FM lain..tawakkal je. First try trus die suka. Di samping tu jugak aku try jugak bagi botol lain. Try2 je beli botol Pigeon. Masa beli tu tak silap harganya RM29. Cari kat tesco je..Lepas tu trus ke bahagian FM. Belek2 fikir2 aku try dulu yang murah ni iaitu Dutch Lady perisa madu. Sebab pikir lepas tu mmg mesti akan kene try lain. So kite cuba dari yang murah ke yang makin mahal. Alhamdulillah tak sangka padanan botol n FM tu die suka! Hahah..Lucky me..kadang sebotol penuh pun boleh habis. Sayang la anak ummi ni :) Mulut pun makin becok..perut pun makin ke depan..Hahaha

Ehh panjang pulak leteran..Apa yg nak diceritakan td pun dah separuh jalan kan..Kisah malam td mmg menyentuh hati aku. Time nak tido malam mmg aku kasi Suri minum susu dulu. Pastu dah naik katil baru kasi nenen..tp malam td saje je la takmau kasi nenen..die rengek2 gak cium2 gesek2 dada mintak nenen..Aku bagi FM die tolak. Meradang. Okay2 aku mengalah. Bg jugak la nenen. Sambil2 tu mestila mata aku makin kuyu kan..Huuhu. Aku terjaga2 la masa die gerak2 tu..Rupa2nya kat tgn kanan die pegang jugak botol susu die tu. Die letak betul kat sebelah nenen..kire gilir-gilir la die hisap. Huhu,.ataupun die rasa dah takde susu kat nenen ummi ni..tu yg topup susu botol..alahai ciannye anak ummi ni.. :( Kalau tau gini bagi je die peluang sampai umur 2 thn baru leh ada baby lain..huhuu..

Muah muah sayanggg..gamba ni masa die baru 3 bulan..geramzzz

No comments: