navigator

home archive gallery contact login

no copy

Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

EBM Stock

Masih gigih mengumpul stock utk si comel..Harapnye DF tu x sia-sia dibeli. Hiks

Friday, June 21, 2013

Breastmilk storage

Kite ada banyak pilihan dan cara utk menyimpan stok EBM. Terpulang pada masing-masing. Ada org suka simpan EBM dalam botol (banyak botol comel-comel di pasaran skang), dalam liner or dalam plastik yang boleh diikat getah tu. Bagi aku, aku suka (terpaksa sebenarnya) simpan EBM menggunakan liner..kerana aku kesempitan ruang untuk menyimpan stok-stok EBM Hafiy. Memang dah takde cara lain..(lainla kalau ada DF atau boleh menumpang stok kat freezer umah org lain..huhu) 

Aku dah try ada 2,3 jenis liner sepanjang tempoh ni. Meh review sket :

1) First sekali memula dulu aku pakai brand Jingle Jungle. Masa tu beli sekotak (ada 25 bag) RM5 je. PWP sebab aku beli pump kat Fabulousmom tu..so aku beli 2 kotak kejap je dah abes. Pada aku ok la brand tu. Boleh isi banyak tp plastiknye cam lembek sket. Die tinggi & kalau nak tegakkan kat freezer tu ada lebihan sket la belah atas tu. So far ok, tak penah bocor. Harga RM12.90 sekotak ye kawan-kawan..

Brand JJ-paling awal aku guna

2) Second : Antumnz. Brand ni ok jugak & sampai skang aku masih lg pakai liner ni. Ada 7oz & 12oz. Kedua-duanya aku ada sebab kadang pam waktu pagi dapat 4oz, aku guna la yang 7oz tu je. Jimat takde la sangat sebab 12oz & 7oz harganya sama. RM12.90 sekotak.Hhehe. Part besh liner ni ialah plastik die jenis tebal & nampak tegap. Bad thing ialah bila dah bubuh EBM dalam tu, tapak die akan jadi demok. Ia akan menyukarkan aku bile tang nak susun tu nanti..

Brand Antumnz ni tegap je kalau dirikan..

Bag 7 oz

3) Third : Fiffy. Liner brand ni aku baru beli sekotak kat Manjaku. RM 15.90. Mahal dari yang lain-lain. Material die plastik jenis lembut (lebih kurang sama dengan JJ). Kelebihan liner ni ialah die jadi kurus bila EBM dah membeku. Sangat jimat space. Oleh sebab die mahal sket, aku mmg tokleh nak beli banyak2. Huhu..

Saiz 6 oz tp boleh masuk lebih..die tetap menipis 

Left : Antumnz, Right : Fiffy. Can you see the difference? Hehehe

Semua yang aku beli ni jenis pakai buang je. Ada jugak liner jenis boleh recycle tp regenye..mak oi mahal benau. Takpela aku guna ni senang juga. Tak yah bbysitter nak basuh balik bagai..kan kan..

Semalam lupe bawak liner.Terpaksa la pakai ni..Huhu

Container yang aku paw dari Ain budak lab..sibek ada solution tau!



Wednesday, June 19, 2013

Deep Freezer plzz..

Syukur alhamdulillah setakat ni aku masih dapat mengumpul stock EBM utk baby Hafiy cuma masalahnye freezer kat rumah tu makin sempit dibuatnye. Kadang dah blur nak ngejas camne lg kedudukan stok EBM tu sampaikan babah nye stock barang basah dah kene simpan dlm plastik! Oh..plzz..datangla deep freezer (free) kepadakuuu..Keh keh..

 Stock masa sebulan berpantang (lauk basah masih posisi di bawah)

Masuk bulan kedua cuti berpantang ( dah amik space lauk belah kiri ye)

Minggu pertama bekerja (Eh..mana bekas barang basah ek?)

Ni snap last week..tinggal ciput je utk simpan ikan (bekas kuning)..Tu cik Suri pun sama sibuk susun stock EBM

Aku kalau boleh memang malas nak beli deep freezer sebab tak tau nak letak mana. Ditambah lg dengan rumah aku yg tak seberapa luas ni kan..Huhu. Utk jimat space dlm freezer tu terpaksa la aku guna liner je. Mmg costly sikit la kan..nak buat camne..


Simpan saje lah botol-botol ni semula..huhu

Abg dah start surveykan DF ni aritu..tp aku belum bg green light lg utk beli..

Mudah-mudahan ada lah rezeki baby Hafiy nanti ye :)

Thursday, March 14, 2013

Dapat dah :)

Salam kawan-kawan,

Pump yang saya riki-riki aritu dah selamat dibeli. Ianya dibeli mengikut kemampuan yang saya ada buat masa ni..hehe..Lgpun ada misi lain nak dicapai. So kene berjimat sket ok..

Beli ni kat Fabulous Mom, Cheras. Memandangkan aritu dah shopping sket2 kat sini..so pegi sini je lah. Lgpon tak jauh dari umah..katenye. Hehe..

Apa yang aku dapat di sini?

  • Rumble Tuff Duo Breastpump
  • 1 Ardent Mom multifunctional breastpump bag
  • 1 Ardent cooler bag
  • 6 bottles
  • 3 icepacks


Rumble Tuff Duo Breastpump

Storage solution (bag, cooler bag,ice pack & bottle)

Pastu aku add several item yg aku rasa berbaloi beli time ni..semua ni PWP la kirenye..

 Ni satu kotak die kire 2 kotak RM10. Harga asal sekotak RM12.90

 Kelly Nursing Bra pon die kire RM10 selai. Sama juga dengan Sarah Sleeping Bra RM10 selai.
Harga asal RM39.90 selai

Disposable Panties RM 15.90 (utk 3 paket) harga asal sepeket RM5.90

Disposable breast pads - RM25.90

Mmg berbaloi kan? Lebih2 lg tang nursing bra tu..tu yg rembat sampai 8 helai tu. Dah beli aritu 2 helai tp harga asal la :( Harga pakej breastpump tu RM479 tak silap. Alhamdulillah..dapat jugak barang-barang utk baby ni. Tak lupa jugak pada Madela Harmony yang dah sedia ada. Nanti aku tukar2 la pakai sebab mmg perlu manual pam dalam masa yang sama. Aku tak try lg guna pam baru ni. Tgk machine die agak comel je..ringan pun ringan jugak. Waranty setahun.

 Boleh la ni kan..asalkan tak berat

Waranty kat Seri Kembangan

Tak lupe jugak anak dara aku yg datang temankan ummi membeli belah barang adik. Mmg syokla die kat sini sebab banyak mende yg menarik die boleh buat main..susun botol2..kembur rak buku..angkat kotak2.Confirm tak duk diam. Babah sampai tak terlayan...

Penat jalan duduk kat rak sat sambil nyanyi tepuk tangan

 Punggah kotak pulak. Akak cashier duk curious bunyi apa "srett srett"..ni la datang bunyi tu..huhu

Nak naik tak leh dah ye..main kire2 je

Nnti kalau dah guna pam ni..aku nak review la jugak macam org lain. Jadi panduan kite-kite di masa akan datang :)


Thursday, February 21, 2013

Nak yang mana ni..??

Ni kes dilema namanye..dilema ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Dilema nak pilih jenis yg mana satu
2) Dilema sebab kos tak berapa nak ada

Hahaha..ape la yg aku merepek ni..kan..Camni, aku dalam dilema nak beli double breastpump. Sebelum ni masa Suri aku mmg dah ada manual single bpump. Masih ok je lagi Madela Harmony tu cuma...single kan..so rasa macam nak upgrade. Lgpun dah tua2 ni tgn rasa lenguh plak nak ngepam lelama. Pam lama tu mmg besh pakai, x penah mengecewakan la kirenye..

Aritu (tak ingat weekend bile) aku ngajak cik abe pi ke FabulousMom di Cheras (depan ngan JJ Balakong).
Niat masa tu nak cari nursing bra jela..tp bile dah sampai memacam pulak kami capai..Huhu.

Hasil borongan setiap kali menyoping brg bby

Kat fabulousMom ni hasilnye ialah :

  • Kelly Nursing bra - 2 helai
  • Washable bra - 4 pasang
  • Simple dimple Papa bag
  • Maternity pad

 Itu je dulu buat masa ni.
 Sambil2 cuci mata tu, aku n asben sempat la riki2 bpump. Antara yang mmg menarik perhatian ialah :
  • Madela Freestyle (mmg nak..tp tak mampu ler!)
  • Spectra 3 (cam berat pulak nak usung nanti)
  • Ameda Lactaline Dual
  • Rumble Tuff

Seperti yang aku nyatakan kat atas tu, ada la yang di consider mampu milik.Hehe..Asben aku dah suh terus beli time tu jugak. Isk die ni..tgu la aku nak tgk review org dulu kan..Macam die pulak nak ngepam..X sabor manjang..Hehe..
Aku masih dalam proses memikir lg. In sha Allah dalam next week ke aku boleh la decide & terus pi beli mende alah ni. Takmo la time pantang nanti baru hegeh2 nak cari. Tp at least aku ada dah yg manual tu. Boleh je guna selang seli..:)

Ops jangan dilupe..kalau maknye dapat hasil..anak pon nak jugak habuannye..huhu

Cik adik manis nye play mat..tp ayah nye yg beria nak..adus