navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, June 21, 2013

Breastmilk storage

Kite ada banyak pilihan dan cara utk menyimpan stok EBM. Terpulang pada masing-masing. Ada org suka simpan EBM dalam botol (banyak botol comel-comel di pasaran skang), dalam liner or dalam plastik yang boleh diikat getah tu. Bagi aku, aku suka (terpaksa sebenarnya) simpan EBM menggunakan liner..kerana aku kesempitan ruang untuk menyimpan stok-stok EBM Hafiy. Memang dah takde cara lain..(lainla kalau ada DF atau boleh menumpang stok kat freezer umah org lain..huhu) 

Aku dah try ada 2,3 jenis liner sepanjang tempoh ni. Meh review sket :

1) First sekali memula dulu aku pakai brand Jingle Jungle. Masa tu beli sekotak (ada 25 bag) RM5 je. PWP sebab aku beli pump kat Fabulousmom tu..so aku beli 2 kotak kejap je dah abes. Pada aku ok la brand tu. Boleh isi banyak tp plastiknye cam lembek sket. Die tinggi & kalau nak tegakkan kat freezer tu ada lebihan sket la belah atas tu. So far ok, tak penah bocor. Harga RM12.90 sekotak ye kawan-kawan..

Brand JJ-paling awal aku guna

2) Second : Antumnz. Brand ni ok jugak & sampai skang aku masih lg pakai liner ni. Ada 7oz & 12oz. Kedua-duanya aku ada sebab kadang pam waktu pagi dapat 4oz, aku guna la yang 7oz tu je. Jimat takde la sangat sebab 12oz & 7oz harganya sama. RM12.90 sekotak.Hhehe. Part besh liner ni ialah plastik die jenis tebal & nampak tegap. Bad thing ialah bila dah bubuh EBM dalam tu, tapak die akan jadi demok. Ia akan menyukarkan aku bile tang nak susun tu nanti..

Brand Antumnz ni tegap je kalau dirikan..

Bag 7 oz

3) Third : Fiffy. Liner brand ni aku baru beli sekotak kat Manjaku. RM 15.90. Mahal dari yang lain-lain. Material die plastik jenis lembut (lebih kurang sama dengan JJ). Kelebihan liner ni ialah die jadi kurus bila EBM dah membeku. Sangat jimat space. Oleh sebab die mahal sket, aku mmg tokleh nak beli banyak2. Huhu..

Saiz 6 oz tp boleh masuk lebih..die tetap menipis 

Left : Antumnz, Right : Fiffy. Can you see the difference? Hehehe

Semua yang aku beli ni jenis pakai buang je. Ada jugak liner jenis boleh recycle tp regenye..mak oi mahal benau. Takpela aku guna ni senang juga. Tak yah bbysitter nak basuh balik bagai..kan kan..

Semalam lupe bawak liner.Terpaksa la pakai ni..Huhu

Container yang aku paw dari Ain budak lab..sibek ada solution tau!



2 comments:

Cik Iman said...

ahaha kreatif container kat bawah tu

NettoAsh said...

Mekaseh Cik Iman..tu alternative bidan terjun je tu..hehe