navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, February 9, 2011

2 in 1 Checkup


As-Salam..

Arini aku da decide utk gi dental checkup setelah 2 kali mengalami keguguran gigi. Tak paham jugak ngan gigi ni,sebelum ni tak penah pulak ada masalah. Even tampal pon aku tak penah buat. Tp kali ni btul2 die buat hal. Takpelah bak kate mak, tu pengorbanan pertama nak jadi ibu..Btl ke ek?Hehe

Aku da siap2 isi exit pass 2 jam. Kul 1.10 am jek aku trus chow balik uma. Dalam 8 min tu da sampai da klinik. Lepak2 kejp ngan mak and kengkawan die sambil makan ape y patut, pastu trus solat zohor and siap2. Tekejut gak la bile sampai jek sunyi. Takdak org pun kat situ..Lepas isi kad pink tu, aku duk dalam 5 min, doc trus panggil masuk.
Mmg da teruk gak la gigi taring aku tu. Doc buat tampalan semntara dulu n set next appoinment. Tpkan kalo sakit, kene datang trus untk cabot..Huwaaaaa..cam tak caya je aku bakal ilang 1 batang gigi..
Utk pengetahuan, aku da betanyekan kat doc tu, apa penyelesaian selepas gigi ni dicabot. Die bg 3 solution iaitu :

1) Boleh pakai gigi palsu (mak ai, da mcm org tua dah!)
2) Bridge (ye ke istilah ni..huhu. Proses ni adalah memotong 2 btg gigi di antara gg yg rongak tu. separuh2 yg dibuat seperti sambungan)
3) Tanam gigi baru (kos diperlukan rm3500 menurut doc tu..Mahalnyeeee..mana mampu.huhu)

So, aku pon termenung jap pk. Masalahnye tak tau y mana 1 yg ok utk aku pilih..hua hua

Lepas checkup gigi, aku trus pi klinik ibu ngandung pulak.Memandangkan pojek di klinik gigi hanya memakan masa dalam 20 min, so aku ada banyak masa utk bersantai.Hehe

Aku tak perlu buat urine lg sebab mak da tlg setlekan tang tu (siap2 penuhkan boto urine dulu sebelom pi cek gigi) Aku just pi timbang berat n checkup perot. Berat aku naik mendadak n kakak2 misi tu pun terkejut (Kak Milah la orgnye.Hehe) Kali ni Kak Milah n Acik Norsamah yg cek aku..Mak da bosan agaknye asik cek menantu sendri..Keh keh

Arini aku dapat dengar degup jantung beby buat kali pertama. Erm, sangat teruja. Acik Norsamah inform yg rate jantung beby 149. Aku pon bkn reti nak menilai. Yang aku tau mmg laju bunyiknye..
Rasa lega lps dnga tu..Alhamdulillah.. =)

Then doc nak scan bby. Doc tu pun baik n banyak explain tentang organ bby masa ngah scan tu. Besar da rupanya beby umi ni..Minggu ni minggu ke-19 utk bby..Jantina bby tak nampak sebab masa scan tu kaki die dlm keadaan lurus and susah utk doc tentukan..
Takpela..maybe bby tak ready lg ye nak umi tau. Tunggula bile babah ada skali nnti yeh.. =)

Kesimpulannye arini..rasa penat pulak! Oklah,nak tido da. Abg pun ngah bz skang. Kene bangun awal n balik keje lewat..Daa!



Wednesday, December 1, 2010

I'm Now became Two!

As-Salam...
Fuhh lamanye tak jenguk blog ni. Bernyawa lg rupenye..Hehe
Act da lama nak tulis pasal hal ni. Bia jadi kenang2an org kate..Nanti2 bile baca semula, mesti sronok kan.. =)

Berita gembira yang ditunggu2 sang hati da pun termakbul. Aku kini bakal bergelar seorang ibu. Insya-Allah..Bahagia tak terkata. Baby skang (setakat hari ni) dah pun menjangkau minggu ke-19. Setakat ni kesihatan aku pon ok,cume masa mula2 aritu jelah yang tak bp ok nye..

Aku pon tak sangka thn 2011 ni ramai betul org yg bakal menimang cahayamata. Kalau diikutkan, berbelas jugak la yg setakat pengetahuan aku. Sepupu aku si Zaki & Rahman dah pun selamat dapat beby boy. Ni aku dpt news yg Aida pun preggy. Sepupu abg, dak Memey pon sama (baru je dapat twin aritu, dah preggy blk.hehe) Kak Fiza (wife abg dard), Kak Imah (bini pak usu), jiran aku pon 3 org skali..ada lg,tp aku tak ingat...ramai betul..Maklumle, thn ni kan tahun arnab..Keh keh..Semoga semuanya slamat ye..

Citer pasal beby ni..buat masa ni aku just pi Klinik Kesihatan je la. Lgpun aku kan mmg menetap kat kuaters klinik skang. So mmg tak susah utk aku pi monthly checkup. Scan aku dah buat 2 kali. Kali kedua tu terpaksa dibuat berikutan aku terjatuh masa main cak2 ngan abg (bole?)..
Kaki aku terseliuh teruk gak la.Huhu, haru kene marah ngan mak..Syukur beby tak ape2..siap leh men lompat2 lg lam kantung die.Doc pon tergelak..Hehe..

Baru2 ni gigi graham aku pulak patah masa makan.Tergigit tulang ayam..Kate org kurang kalsium. Ataupun beby da amik kalsium aku tu gaknye. Haish macam2 la kan..

Esok da stat cuti CNY. So mood balik kg la ye..Kebetulan aku nak ke kenduri kawen kawan aku c Angah@Zunairiah di Jasin. Hopefully dapat snap photo ngan die nnti..

Happy Holiday!!

Saturday, July 31, 2010

Pemergian Yang Tak Diduga

Tanggal 14 July 2010 aku dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuaku melalui panggilan daripada my MIL.Masa tu dalam kira2 pukul 430 ptg.menurut mak mertua,abah dlm perjalanan balik ke rumah selepas menukar tarikh appoinment pemeriksaan mata di Hospital Serdang. Kejadian tu berlaku di area JJ Balakong. Masa aku sampai di Hospital Serdang kira2 lepas maghrib tu,aku tgk abah dalam keadaan koma.Apa yang aku tau daripada mak n doktor yang bertugas mlm tu ialah abah mengalami pendarahan yang teruk di otak.darah di dalam kepalanya dah merebak teruk. Ermm..bila pandang muka abah dalam2,teringat pada arwah ayah aku yang menemui ajal disebabkan kes kemalangan.Kesian sangat tgk die dalam kesakitan yang die sendiri tak mampu nak bercerita dengan kita..Allah je yang tau betapa sayunya dalam hati aku masa tu..Selang 2 ari iaitu selepas hari kemalangan tu iaitu pada 16 July 2010, bapa mertua aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.17pm. Pada masa tu, semua yang datang melawatnya sedang membacakannya surah Yassin, termasuk aku and hubby. Abah nampak tenang saat malaikat datang mencabut nyawa. Dia seolah2 dalam keadaan tidur. Ditambah lg abah meninggalkan kami pada hari Jumaat, sejurus sahaja solat Jumaat.

Allah telah memudahkan segala urusan kami dari saat die meninggal hingga mayat masuk ke liang kubur. Sebelum azan Maghrib berkumandang, jenazah telah selamat di kebumikan di kampungnya iaitu Kg Michu, Hulu Langat. Kami berdoa kepada Allah, semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepada-Nya.amin..

Walaupon aku tak lama tinggal bersama abah, tp kenangan bersama die ttp kuat. Die seorang yang lemah lembut,x pernah meninggi suara, amat pembersih dan juga sangat menitikberatkan kesihatannya.Walaupun umur dah hampir mencecah 78 thn,tp die mampu lagi bersukan dan bermain bola dengan kawan2..senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Kami semua tak menyangka pemergiannya secepat ini memandangkan kesihatannya amat baik. Inilah yang dikatakan "Ajal maut di tangan Tuhan".Kita tak mampu nak menjangka selama mana hayat yang kita ada skang ni. Allah Maha Berkuasa menentukan segala dan kita mmg tak mampu melawan takdir yang dah ditetapkan sejak azali lagi..

Kepada arwah Hj Baharuddin Hj Abdullah,kami amat merindui tiap saat kenangan yang kita sekeluarga lalui bersama. Luahan hati abah kepada saya 2 minggu sebelum pemergian berulang2 dalam fikiran saya..
Al-Fatihah...buat abah..