navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, September 18, 2013

Kisah Dayang Senandung

Pernah tengok cerita Dayang Senandung tak? Filem Melayu klasik yang aku sendiri tak berkesempatan utk tgk dari awal. Mengisahkan seorang puteri raja yang disumpah menjadi hitam sejak kecil. Berkahwin dengan putera raja dan tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli mak mertuanya yang bencikan dia. Bila suami dia pergi keluar bekerja ke negeri lain, mak mertua dia suruh die buat semua kerja-kerja org gaji walaupun masa tu die pregnant. Sehingga sampai satu hari, semasa suami die takde, mak mertua die suruh org istana utk membuang Dayang Senandung ke hutan dan membunuhnya. Sebagai bukti, pengawal istana kena bawak balik hati Dayang Senandung untuk mengesahkan kematiannya.

Bila sampai di hutan, pengawal/Datuk Laksamana tidak sampai hati nak membunuh Dayang Senandung yang ketika itu sarat mengandung. Dibunuhnya kera dan diambil hati sebagai pengganti bukti kematian. Dirobek sikit baju Dayang untuk memuaskan hati mak mertua Dayang Senandung. Tiba masanya Dayang Senandung pun bersalin di dalam hutan. Ketika saat melahirkan, secara tiba-tiba kulitnya yang hitam itu bertukar menjadi putih. Kirenye sumpahan tu dah berakhir... Nak tau kisah selanjutnye sila lah tgk sendri ye..Cerita aku sampai sini je..Muahahaha..

Motif aku cerita kisah ni adalah sebab aku pun ade kisah tersendiri. Dulu masa Cik Suri baby, kulit die gelap betul. Tak tau kenapa. Maybe sebab berjemur di bawah lampu sebab kuning dulu. Sampaikan mak aku ade penah cakap " Ni Dayang Senandung ni..nanti besar tengokla mesti putih.." Hehehe.Kelakar je dulu masa kecik makcik-makcik panggil Suri 'Dayang Senandung'..

Cian die masa ni..demam lg..

Huhu..gelap kan?

 Masa pantang ni kat Melaka

Ni masa umur setahun lebeh..dah cerah sket

 'Saya tak pakai Fair n Lovely tauu..'


2 comments:

Anonymous said...

Haha...comel je baby ni

fazliana said...

comel la baby..geram je tengoknya