navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, December 1, 2010

I'm Now became Two!

As-Salam...
Fuhh lamanye tak jenguk blog ni. Bernyawa lg rupenye..Hehe
Act da lama nak tulis pasal hal ni. Bia jadi kenang2an org kate..Nanti2 bile baca semula, mesti sronok kan.. =)

Berita gembira yang ditunggu2 sang hati da pun termakbul. Aku kini bakal bergelar seorang ibu. Insya-Allah..Bahagia tak terkata. Baby skang (setakat hari ni) dah pun menjangkau minggu ke-19. Setakat ni kesihatan aku pon ok,cume masa mula2 aritu jelah yang tak bp ok nye..

Aku pon tak sangka thn 2011 ni ramai betul org yg bakal menimang cahayamata. Kalau diikutkan, berbelas jugak la yg setakat pengetahuan aku. Sepupu aku si Zaki & Rahman dah pun selamat dapat beby boy. Ni aku dpt news yg Aida pun preggy. Sepupu abg, dak Memey pon sama (baru je dapat twin aritu, dah preggy blk.hehe) Kak Fiza (wife abg dard), Kak Imah (bini pak usu), jiran aku pon 3 org skali..ada lg,tp aku tak ingat...ramai betul..Maklumle, thn ni kan tahun arnab..Keh keh..Semoga semuanya slamat ye..

Citer pasal beby ni..buat masa ni aku just pi Klinik Kesihatan je la. Lgpun aku kan mmg menetap kat kuaters klinik skang. So mmg tak susah utk aku pi monthly checkup. Scan aku dah buat 2 kali. Kali kedua tu terpaksa dibuat berikutan aku terjatuh masa main cak2 ngan abg (bole?)..
Kaki aku terseliuh teruk gak la.Huhu, haru kene marah ngan mak..Syukur beby tak ape2..siap leh men lompat2 lg lam kantung die.Doc pon tergelak..Hehe..

Baru2 ni gigi graham aku pulak patah masa makan.Tergigit tulang ayam..Kate org kurang kalsium. Ataupun beby da amik kalsium aku tu gaknye. Haish macam2 la kan..

Esok da stat cuti CNY. So mood balik kg la ye..Kebetulan aku nak ke kenduri kawen kawan aku c Angah@Zunairiah di Jasin. Hopefully dapat snap photo ngan die nnti..

Happy Holiday!!

Saturday, July 31, 2010

Pemergian Yang Tak Diduga

Tanggal 14 July 2010 aku dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuaku melalui panggilan daripada my MIL.Masa tu dalam kira2 pukul 430 ptg.menurut mak mertua,abah dlm perjalanan balik ke rumah selepas menukar tarikh appoinment pemeriksaan mata di Hospital Serdang. Kejadian tu berlaku di area JJ Balakong. Masa aku sampai di Hospital Serdang kira2 lepas maghrib tu,aku tgk abah dalam keadaan koma.Apa yang aku tau daripada mak n doktor yang bertugas mlm tu ialah abah mengalami pendarahan yang teruk di otak.darah di dalam kepalanya dah merebak teruk. Ermm..bila pandang muka abah dalam2,teringat pada arwah ayah aku yang menemui ajal disebabkan kes kemalangan.Kesian sangat tgk die dalam kesakitan yang die sendiri tak mampu nak bercerita dengan kita..Allah je yang tau betapa sayunya dalam hati aku masa tu..Selang 2 ari iaitu selepas hari kemalangan tu iaitu pada 16 July 2010, bapa mertua aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.17pm. Pada masa tu, semua yang datang melawatnya sedang membacakannya surah Yassin, termasuk aku and hubby. Abah nampak tenang saat malaikat datang mencabut nyawa. Dia seolah2 dalam keadaan tidur. Ditambah lg abah meninggalkan kami pada hari Jumaat, sejurus sahaja solat Jumaat.

Allah telah memudahkan segala urusan kami dari saat die meninggal hingga mayat masuk ke liang kubur. Sebelum azan Maghrib berkumandang, jenazah telah selamat di kebumikan di kampungnya iaitu Kg Michu, Hulu Langat. Kami berdoa kepada Allah, semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepada-Nya.amin..

Walaupon aku tak lama tinggal bersama abah, tp kenangan bersama die ttp kuat. Die seorang yang lemah lembut,x pernah meninggi suara, amat pembersih dan juga sangat menitikberatkan kesihatannya.Walaupun umur dah hampir mencecah 78 thn,tp die mampu lagi bersukan dan bermain bola dengan kawan2..senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Kami semua tak menyangka pemergiannya secepat ini memandangkan kesihatannya amat baik. Inilah yang dikatakan "Ajal maut di tangan Tuhan".Kita tak mampu nak menjangka selama mana hayat yang kita ada skang ni. Allah Maha Berkuasa menentukan segala dan kita mmg tak mampu melawan takdir yang dah ditetapkan sejak azali lagi..

Kepada arwah Hj Baharuddin Hj Abdullah,kami amat merindui tiap saat kenangan yang kita sekeluarga lalui bersama. Luahan hati abah kepada saya 2 minggu sebelum pemergian berulang2 dalam fikiran saya..
Al-Fatihah...buat abah..

Thursday, June 10, 2010

Rezeki Yang Tak Diduga

Arini aku agak free.sebab tu aku rajin nak tulis macam2..hihi..arini Pn Kayno kawan rapat aku sejak di Jengka lg; da stat keje kat tmpat baru di di PJ.tak tau la camne keadaan die.arap2 semenye oklah..maybe mula2 start keje ni mmg agak payah nak biasakan diri.ngan work load,environment,kawan2 baru,tmpat makan baru dll.tp kene cekalkan gak ati teruskan berusaha utk capai kemajuan dlm idup ni..Chaiyok Kay!

Dalam pada masa aku takde keje ni..sape sangka ada berita baik menanti..kan.Rezeki tu ada di mana2.selagi kita ni adalah makhluk ALLAH S.W.T, slagi tu rezeki kita akan sentiasa ada..banyakkan bersabar dan berdoa..itulah yang aku buat utk sentiasa berfikiran positif masa lam tempoh mencari sumber pendapatan baru ni..huhu..

Rezeki yang aku maksudkan tadi tu bukan sebesar mana pon n bukan aku yang terima..tp asben aku..hihi..Boss die bitaw yang die dapat AKC utk thn 2009..and penyampaian tu akan diadakan ujung bulan ni.. :) aku tumpang gembira la jugak kan..kalau ikotkan thn 2009 mmg terlalu banyak benda yang terjadi..manis dan pahit.semua tu dijadikan sempadan n pengalaman hidup..

Aku selalu berdoa pada Allah S.W.T agar suami aku diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi dari kecelakaan..tiap kali die tido,aku akan pandang muka die n pegang di kepala die n berdoa..sebab bagi aku,aku sangat2 bersyukur dikurniakan seorang peneman hidup yang bukan sahaja suami tp best fren aku sampai aku mati nnti..aku tak mampu nak bayangkan hidup aku sorang tanpa dia.msti airmata aku akan automatik mengalir..adoiyai..pendek citer..I LOVE my hubby..sangat2..thanks ALLAH, untuk something yang sangat beharga, tak ternilai dalam hidup aku..Kegembiraan dan Kebahgiaan..