navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, January 30, 2015

Kisah Kak Suri

Suri dah masuk 3 thn 7 bulan. Alhamdulillah dah makin pandai serasikan diri jadi kakak yg baik (in certain case only) Ada masa die baik sangat dengan adik, ada masa memang berperang. Biasa lah, adik beradik katenye. Apa yg tak sangka ialah die pandai pujuk bila adik perlukan seseorang untuk mengadu/sedih. Aku dah peratikan dalam beberapa situasi:
  • Kalau adik bangun tidur dan nangis, tgk ummi atau babah tak ada, die akan pergi peluk kat kakak. Kakak akan peluk & tepuk-tepuk sampai adik tertidur semula. 
  • Kakak tidurkan adik kat ruang tamu. Masa tu babah keje, umi pulak tengah sibuk kat tingkat atas. Sweet sangat tgk :)
  • Kakak ambilkan dan bagi adik minum air masak 
  • Bila adik kene marah, die menangis sambil meluru & peluk kakak die..(kene marah ngan umi pastu tak tau nak hala ke mana)
Ade lg situasi yg aku tak ingat bile. Tp ok la tu kan, kalau tak asik la bergaduh berebut. Naik hangin je babahnye tengok dieorang gaduh. Belum tengok lagi masa aku kecik, adik bawah 4 org lelaki. Lagi dasyat bergaduhnye. Hehe

Keliru jugak awal-awal tahun haritu samada nak sekolahkan kakak ke tidak. Ade yg sokong, ade jugak yang kate awal sangat nak sekolahkan..nanti takut anak cepat boring. Aku memang ada terfikir nak sekolahkan die, nak die belajar kenal huruf & belajar mengaji, solat. Itu misi utama. Bile tanye dia nak sekolah ke tak..die kate TAKNAK. Ok, takpela. Kalau die dah rela hati nak sekolah..baru aku daftarkan. Sementara tu kat rumah, aku dah start ajar sikit-sikit Iqra'. Setakat ni baru selesai 3 page yg awal. Alhamdulillah, dapat ilmu sikit dulu pun takpe. Die baru lagi dalam fasa pengenalan.

Suri dah mula tak pakai pampers masa umur die 2 thn++. Tp masa tu banyak kali jugak la terkucil sana sini. Kesian kat Intan, pengasuh die dulu. Lama-lama Suri dah biasa cuma kalau berjalan tu kami pakaikan jugak la. Nenek dia, aku pernah merasa dikencing masa ribakan die tido. Aduuhaii..sabar aje lah. Atas highway pulak tu. Basah lencun baju & seluar aku. Lama kelamaan die dah makin pandai ejas timing. Kalau berjalan pun aku selalu tanya die nak ke toilet ke tak. Ataupun agak-agak dah lama berjalan tu, aku sendiri bawak die ke toilet. Belah malam je lah kami pakaikan die pampers.
Aku perasan sejak akhir-akhir ni pampers die kering je bile pagi nak mandi tu. Mungkin Suri dah boleh lerai pampers sepenuhnya lepas ni. Tp risau jugak sebab pernah je die terkencing atas katil (Babahnye basah sekali..Haha)
Bukan kerja senang nak mengajar anak sesuatu ni. Memang perlukan kesabaran. Harapnye tugas ni dipermudahkan. Kalau Suri dah pandai bab ni..senang sket hati umi & babah hehhehe (Jimat duit sket..)

Kakak & adik bff 

Rajin-rajin solat ye kakak..
**Bila anak dah besar sikit, rasa macam best je kalau ada lg baby kan kan..Hihihihi

Friday, January 23, 2015

Gigi Susu Anak Mereput

Assalammualaikum..
Aku ni asik tenggelam timbul je kan. Update blog ikot suka. Cerita hari tu pun tak settle lg. Hhihi..Kat opis ni susah sket nak menghapdate. Kat rumah pulak kang dah tunggang langgang dengan anak memamg tak menyempat la kan..

Alkisah sejak akhir-akhir ni aku rasa ngilu kalau Hafiy nyusu, tak dapat dipastikan kenapa, sehingga lah malam semalam masa amik die kat umah mak mertua, baru perasan yang gigi taring belah kanan die dah patahh!! Tinggal separuh je. Dok la tanye mak, sebab mak kate kate die jatuh kerusi. Hafiy ni lah perangai die..mmg MAT JATUH. Aku pun tak tau nak handle camne. Lasak tak terkawal. Benjol lama tak surut lagi datang benjol baru. Kadang-kadang kak Suri yang tolak.Kadang die otai..die yang tolak dulu kakak, lepas tu kakak balas la balik kan..Macam-macam hal..Berbalik pada citer asal, aku pun terfikir-fikir kat mana la die jatuh sampai patah gigi tu. Ermm..aku rasa la kan..maybe patah masa kat rumah mak Melaka aritu. Masa tu die ada jatuh longkang (berlelas & luka kat lengan) pastu kak Suri ada tolak die dari belakang & kepala benjol besar (keluar urat hijau).Mungkin masa tu la terpatah gigi tu. Kebetulan gigi taring tu memang dah makin mereput (sama dengan kak Suri). 

Aku ada terbaca di internet yang kebanyakan karies gigi di kalangan anak kecil disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :

  • Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi
  • Kurang/tidak memberus gigi
  • Teknik pemberusan gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
  • Menyusu botol yang mengandungi sukrosa  
  • Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
  • Tahap sosio-ekonomi yang rendah
  • Pengambilan ubat yang mengandungi gula

Suri kuat makan coklat. Tu rasanya faktor utama. Adik biasa-biasa je tapi reput jugak. Adakah sebab susu yg dieorang minum? Entahla..aku pun tak pasti.Yang pastinye lepas ni kene pakai ubat gigi berflorida, bukan lg ubat gigi yang jenis berperisa tu. Nak cuba bawak anak-anak ke klinik gigi tapi takut dieorang phobia pulak dengan klinik gigi lepas ni..

Comel tak gigi Kak Ya..Hehe
Ni plak gigi taring dak adik..Patot la sakit umi dik oi
**Sumber info





Friday, December 12, 2014

Jom Jalan : Trip to KK (Part I)

Plan nak ke KK ni dah dirancang awal oleh mak. Tujuan utama adalah utk sama-sama meraikan majlis konvokesyen adik aku yang ke-4 iaitu Azam di UMS. Nyambil-nyambil boleh la berjalan sekali kan kan..Heee..Tiket aku book awal. Bukan beli sekaligus tau. Tunggu gaji baru beli. Itu pon beli utk pergi dulu..kendian baru beli utk yang balik. Ikotkan aku mana ade bajet nak jenjalan thn ni. Harga tiket aku usha betul-betul. Hari-hari survey. Dpt timing yg murah tu terus book. Pergi pun ramai-ramai. Homestay pun kene survey jugak. Nak-nak pulak time cuti sekolah. Bg aku pengangkutan la agak mahal. Itupun aku dapat murah dah tu. Utk Nissan Urvan 3.0 (14 seater), harga aku tengok semua cecah RM300. Yang aku dapat ni RM 220 je. Ok la tu bah..heheh.

Berbalik pada cerita asal, aku nye tiket flight tak sama date dengan mak & rombongan. Aku pergi 20/11/14 jam 8.45pm. Mak & adik2 pulak awal pagi esoknya, 21/11/14 jam 6.45am. Jadinya aku kene bermalam dulu la di KK. Pengalaman menguruskan anak dalam flight adalah sangat mencabar hokey. Masa pergi malam tu anak-anak cargas semacam. Mmg kami tak dapat nak rehat apatah lagi nak layan movie. Dak adik melompat, memanjat, mengacau kakak. Yg kakak menjerit. Aduh hai..Sabar je lah mak pak ko ni..org-org sebelah pon tepaksa sabar sama..huhu

Sampai di Terminal 1 KK dalam pukul 11.15pm. Masa tu betul-betul aku tak terpikir yang hotel aku book tu boleh pickup di terminal. Dah aku pulak pi amik cab. RM45 melayang oii. Kene bebel la kejap ngan abg..Sobs..

Day One

Pagi tu mak sampai dalam pukul 9 lebih. Oleh kerana dek kami lambat siap, maka van tu diserahkan kepada Azam di Terminal 2. Fuad jadik drebar. Aku tunggu van hotel nak hantar tp semua van dah keluar. So rombongan keluarga aku la datang pick up kami kat lobby hotel. Hehe..Special kan.. ;p
Kami isi perut dulu sebelum gerak ke destinasi yg di plan. Makan kat kedai mamak je pun..ok la tu sebab masih kene selera.
Destinasi pertama ialah KUNDASANG. Yeahh..last pergi sini masa 5 thn yg lepas. Masa Raffiq kahwen. Lama dah tu kan..Kami ikut jalan biasa iaitu melalui Tuaran-Tamparuli-Kundasang. Jalan nya kene hati-hati sebab satu lane utk pergi dan satu lane jalan balik. Yang naik tu pun bukan calang-calang kite nak memotong. Lori, trailer, bas, lori bawak tong gas..aku ni mmg takleh lelap mata. Dok pandang depan je sambil pangku cik Hafiy. Azam suggest kami direct ke Poring Hotspring sebelum ke homestay. Smpai kat Poring pun dah agak petang, dalam area pukul 4pm. Di sini ada beberapa aktiviti yg pengunjung boleh buat iaitu mandi di kolam air panas, mandi di air terjun, canopy walk, dan taman rama-rama. Aku rasa macam ade lg aktiviti lain tp kami hanya sempat utk mandi & canopy walk aje..Balik je memasing dah kepenatan sebab mendaki td. So aktiviti utk ke ikan kelah ditangguhkan ke hari esoknye..

Mak Jah & kroni sempat lg membeli. Tu kiri sensorang adik ipar, Maz dah macam gaya model ;)

Kakak memula taknak..pastu dah syiok

Cian adik..sejuk tuu

Homestay

Kami bermalam di Kiram's Village. Tempat ni Azam yg suggest. Mmg agak mencabar nak mendaki naik ke homestay ni sebab kedudukannya yg tinggi. Tp alhamdulillah van yg kami sewa tu kire power kan..so takde masalah pun. Cuaca memang confirm sejuk. Nak-nak malam tu hujan pulak. Gigil weh. Adik aku, Naim sampai demam hari esoknye. Yelah..dah seharian berpeluh mendaki, takkan tak mandi kan. Mandi pulak malam, dengan cuaca sejuk pulak. Hehe. Malam tu kami makan di cafe hosmetay je [jenuh oo nak keluar makan kat pekan Kundasang. Dengan gelap, kawasan tinggi lg]. Jenis homestay kami ialah Carrot Cabin. Tempat die memang cantik..menarik..ada bunga-bunga cantik di sekeliling kawasan homestay. Berlatar belakang kan Gunung Kinabalu [Aishh gamba kat camera Fuad pulakkk]. Kesian aku sebab malam tu tak dapat nak lelapkan mata. Maybe sebab sejuk sangat kot..Huhu

Suri buat gaya macam ade masalah dunia je..hahhaha

Masa ni badan Hafiy dah stat panas.. :(


Sambung lagi nanti ye.. :)