navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, October 25, 2013

Skill terbaru si anak

As salam..anak makin membesar,makin aktif and makin melasak. Umi & babah kene lebih berhati-hati. Tak sah sehari kalau tak benjol ke,jatuh ke..ade je la insiden terjadi. Ni yg the latest..malam td. Pandai panjat tangga dah. Nasib baik tak jatuh tau. Sikit lg je. Huhu

Friday, October 4, 2013

6 Month my Hero


Terlewat update sbb internet kat opis dah kene block. Tah pape. Ngek. Dah malas nak pk.. sibaik bole update pakai henphone :)

Sayang umi Hafiy dah masuk 6 bulan Rabu yg lepas. Alhamdulillah adik membesar dengan sihat & aktif. Perkembangan terkini adik tgh bz blaja utk berdiri. Suka berpaut kat kak suri..umi..kerusi..bantal..semua benda yg tgi sket dari die semua die try nak pegang dan berdiri. Mmg risau jugak sebab die ni terlebih advance. Cedera tu macam dah biasa. Benjol,lebam muka semua penah rasa. Budak baik katekan..

Gigi setakat ni dah nak masuk 3 batang. Huhu mmg btl cpt. Dulu suri nak masuk 9 bulan baru bayang gigi keluar..Umi kene lebih berhati-hati lepas ni. Anytime die boleh gigit time nyusu. Uhuhu..

Adik pantang tgk kak suri makan. Mesti nak kejar pastu tumpahkan makanan & air kakak. Ais cream dah bape kali adik berjaya tumpaskan atas tikar. Sabar je lah..asalkan adik sentiasa happy ye..

Nurse cakap prgress adik mmg cpt. Berat 7kg. Semuanya normal di dlm graf. Arapnye lepas ni berat naik lg..maklumle dah start makan kan..Insya Allah umi masih nak adik dpt khasiat susu ibu sepenuhnya semampu umi boleh bagi..semoga adik panjang umur..dberi kesihatan & murah rezki sokmo ye..:)




Wednesday, September 18, 2013

Kisah Dayang Senandung

Pernah tengok cerita Dayang Senandung tak? Filem Melayu klasik yang aku sendiri tak berkesempatan utk tgk dari awal. Mengisahkan seorang puteri raja yang disumpah menjadi hitam sejak kecil. Berkahwin dengan putera raja dan tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli mak mertuanya yang bencikan dia. Bila suami dia pergi keluar bekerja ke negeri lain, mak mertua dia suruh die buat semua kerja-kerja org gaji walaupun masa tu die pregnant. Sehingga sampai satu hari, semasa suami die takde, mak mertua die suruh org istana utk membuang Dayang Senandung ke hutan dan membunuhnya. Sebagai bukti, pengawal istana kena bawak balik hati Dayang Senandung untuk mengesahkan kematiannya.

Bila sampai di hutan, pengawal/Datuk Laksamana tidak sampai hati nak membunuh Dayang Senandung yang ketika itu sarat mengandung. Dibunuhnya kera dan diambil hati sebagai pengganti bukti kematian. Dirobek sikit baju Dayang untuk memuaskan hati mak mertua Dayang Senandung. Tiba masanya Dayang Senandung pun bersalin di dalam hutan. Ketika saat melahirkan, secara tiba-tiba kulitnya yang hitam itu bertukar menjadi putih. Kirenye sumpahan tu dah berakhir... Nak tau kisah selanjutnye sila lah tgk sendri ye..Cerita aku sampai sini je..Muahahaha..

Motif aku cerita kisah ni adalah sebab aku pun ade kisah tersendiri. Dulu masa Cik Suri baby, kulit die gelap betul. Tak tau kenapa. Maybe sebab berjemur di bawah lampu sebab kuning dulu. Sampaikan mak aku ade penah cakap " Ni Dayang Senandung ni..nanti besar tengokla mesti putih.." Hehehe.Kelakar je dulu masa kecik makcik-makcik panggil Suri 'Dayang Senandung'..

Cian die masa ni..demam lg..

Huhu..gelap kan?

 Masa pantang ni kat Melaka

Ni masa umur setahun lebeh..dah cerah sket

 'Saya tak pakai Fair n Lovely tauu..'