navigator

home archive gallery contact login

no copy

Wednesday, August 20, 2014

Zoo Negara

Korang pernah pi zoo negara tak?Terus terang aku bagitau yang umur cecah 32 ni barulah aku bkesempatan pergi. Itu pun sebab anak-anak request masa cuti sekolah Jun lepas. Anak-anak nak tengok panda katenye..tp tak kesampaian sebab panda belum lg open for public view masa tu. Sangat seronok tp dlm masa yg sama sangat penat sebab ada 2 org anak yg masih perlukan khidmat mendukung. Berpeluh jangan cakap la. Parking pun jauh kekdahnye. Ade beberapa keping gambar je dlm henpon aku ni. Selebihnye kat SLDR babah.






Lahai anak..cantiknye la rupe ko ni ha..boleh geng ngan kuda tu..hehe
Adik tu memang dah macam nak join rabbit makan sekali tu

Suri betul macam budak kampung..kann

Takmau ikat rambut. Sebab tu grupe jadi gitu

Hahaha..Kelakarnye muka Haziq..

Senget benget tudung mak ko ni..ngah berpeluh2 lagi..Panassss..


Nanti kalau sempat copy dari memory kad..aku update gegambo ni lagi. Badak air tu mencetus siren suara Suri. Die macam terkejut tgk badak tu keluar dari air & menuju ke arah die (badak tu nak makan & makanan tu depan dak Suri) Hahaha. Kelakar pulak bile ingat.

Balik dari zoo semua tertidur kepenatan. Tinggal sang ayah je yg berjaga sebab kene drive..;p

Tuesday, April 15, 2014

Neonatal Jaundice

As salam..1-2 hari ni aku asyik google pasal blood transfusion je pulak. Isteri adik ipar baru je selamat bersalin di Sabah Jumaat lepas dan semalam dapat message dari dia yang baby kene buat tukar darah sebab kuning die terlalu tinggi. Dalam masa setengah jam, naik mendadak bacaan. Rasa kesian kat die sebab kite paham perasaan ibu. Lebih-lebih lg anak pertama. Masa Suri kene tahan di wad sebab kuning dulu, aku rasa takleh nak kawal perasaan bile tgk doctor amik darah anak. Memang ade la meleleh air mata..dengar suara jerit die sakit dicucuk..Harap-harap adik ipar & wife tabah,sabar dan banyak berdoa utk baby mereka.

Sedikit info pasal Neonatal Jaundice ni..sikit je tau..nak tau lebih details sila google sendri.Ahaks..


Jaundis atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai demam kuning adalah satu keadaan di mana paras bilirubin di dalam darah melebihi daripada jumlah normal. Ianya normal berlaku kepada bayi yang baru lahir yang merujuk kepada warna kuning pada kulit dan putih mata. 


Apa itu bilirubinBilirubin adalah bahan kimia kekuningan dalam hemoglobin yang membawa oksigen dalam sel darah merah. Semasa penguraian sel darah merah, badan akan membina sel-sel yang baru dan sel-sel darah merah yang lama akan melalui hati. Sekiranya proses sel darah merah yang dihasilkan lebih cepat daripada hati menguraikan bilirubin, bilirubin akan terkumpul di dalam badan dan kulit akan kelihatan kuning.

Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran

Apakah rawatan untuk bayi kuning

1) Phototherapy (Terapi lampu) - kaedah yang ni selalu bayi kite lalui di hospital. Ada hospital pasang lampu atas sahaja. Ada yang pasang atas bawah. 

2) Exchange Transfusion (ET) - ialah satu rawatan di mana darah bayi akan dikeluarkan secara perlahan-lahan dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. (Prosedur ni la yang anak buah saya kene lalui akibat dari bacaan bilirubin yang terlalu tinggi)

PenyebabJaundice

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara penyebab lain :-
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Ok..tu lah sikit info aku share daripada blog ni. Thanks! :)

Friday, April 4, 2014

Breastfeeding Journey


Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih dapat meneruskan breastfeed Hafiy hingga ke saat ni. Walaupun dah mula mix dengan FM, tp Hafiy still prefer susu ummi die ni :) Tapi sekarang production masa siang memang agak kurang. Aku pam sehari sekali je. Biasa waktu petang. Hafiy aku bekalkan FM cap Dutch Lady sama dengan kakak die. Masalahnye die macam tak minat je. Adakah aku kene try FM cap lain? Huhu  (teringat dulu jenuh nak cari susu yang sesuai dengan Suri)

Kalau ada program/aktiviti kat luar, leceh jugak kan nak nyusukan baby. Bagi aku, kalau boleh aku nak susukan jugak walau apa jua keadaan. Biasanya aku mintak permission hubby. Die akan tgk crowd masa tu camne, kalau tak ramai sangat org, biasanya die bagi green light. Hafiy pun akan mengamuk juga kalau tak dapat, sebab die dah mengantuk kebiasaanye. Pakai ponco nursing & cpt2 bagi susu sure senang keje maknye lepas tu..hehe..


Pasal stok EBM pulak, aku ngaku memang dah tak banyak. Deep freezer pun aku dah post ke kampung (sebab mak nak guna utk kenduri kawen adik). Sekarang hanya dapat sehari dalam 6-7 oz sahaja. Pam aku masih lagi setia berkhidmat dan masih dalam condition OK. Tak pernah ada masalah, cuma aku tak pandai nak double pumping. So lama sikit la amik masa nak settlekan satu-satu.

Rumble Tuff  masa baru beli

First EBM production on 2nd day confinement
Ada display masa kite pam. RT ni boleh juga menggunakan bateri biasa

Semua dalam satu set

Kenangan..:) Lepas tu semua dah ditransferkan ke deep freezer. 

Selesai misi pertama. Impian misi kedua ialah untuk continue bf sampai Hafiy 2 thn..mudah-mudahan berhasil. Amin.