navigator

home archive gallery contact login

no copy

Thursday, October 4, 2012

Baju Abg

Semalam baju Suri tak cukup. Masa packing tak teringat ummi letak 2 pasang baju je.. Bila petang kat rumah nenek, Suri yak pulak. Baju dah kotor. Last2 nenek pakaikan baju abg je..hehehe..Besar gamaknye la kan..

 Seluar separuh dah jadi seluar panjang

Favourite book - Cinderella

Lepas ni nak bongkar baju-baju abg Hariz die. Mesti banyak yang dah boleh pakai :) Baju Suri yang dah tak muat pulak boleh simpan utk baby. Hehehe

Scan baby

Selasa lepas ialah sesi scan baby utk kali pertama (kali kedua sebenarnya..tp ni first time kat klinik gomen)..Ramai jugak yg datang untuk appoiment scan. Aku datang dalam pukul 3.10pm..turn aku sampai dekat2 pukul 4pm tu..huhu..



Doc suruh aku pi amik report operation aku masa kat KPJ dulu..die nak confirmkan samada cyst tu akan berulang lg ke tidak..Risaunye bile die cakap camtu. Teringat masa zaman sakit dulu. Doc bg appoiment baru, lg 2 minggu utk scan balik. Sebab nak confirmkan betul2 umur baby (Ni la akibatnya tak ingat last date period.hehe). Menurut mesin scan ni, umur beby dalam 14-15 week baru. EDD baby ialah 31 March 2012..Ermm aku kire2 masa ni umur suri baru masuk 1thn 9bulan..Hehe..Harap2 aku tak kurang manjakan die lg.. :)

Pening sket skang pikir camna nak leraikan die dari susu badan ni..Makin nak lerai makin melekap pulak dia skang ni..Huhu..

Friday, September 28, 2012

Berkampung di Kelana Jaya

Rabu malam yang lepas, kami sekeluarga membuat aktiviti reunion di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Wak Lan & Wak Mon akan berangkat ke tanah suci Mekah. Dieorang kene masuk untuk pendaftaran pada pukul 1am. Mmg seronok dapat jumpe semua sedara mara, sepupu sepapat, pakcik makcik tp letihnye badan mmg tak dapat dinafikan lg la. Kesian jugak ngan en hubby yg tak rehat2 dari balik kerja petang tu. Pukul 2-4am pulak nak kene sambung tugas rukun tetangga kat taman..Huhu..

Suri la paling seronok dapat jmpe Maksu Ija die. Asik tunjuk kat belon2 yg ada jual kat tepi jalan tu je. Last2 dapat gak satu-ihsan uncle Ad die. Tak dapek la umi die nak belikan. Mahal kott..(kedekut..hehe) Punyelah banyak makanan dieorang bawak dari Melaka. Aku tgk nasi lemak je ada 2 tong. Wak Lan siap sedekah lagi kat orang yang duduk bersebelahan group kami. Ada kuih, ayam goreng, rendang, kek..macam2 lg la. tp yg pastinya aku tak makan pun sebab masa tu dah rasa tak sedap badan & mmg takde selera. Sebelum datang tu pun aku & hubby dah siap2 makan dulu..

Die mmg suke kacau org nak makan..

 Tikar pun tak muat nak tampung semua sedara mara..huhu

 Kekek..terduduk pulak atas riba abg Syakir

 Sedey weh sesi salam bersalaman ni..Isk isk

 Uncle Naim layan budak yg meragam sebab dah mengantukk..

Ni la makcik2 (termasuk mak kat tgh2 nu) yang masih mentain comels :)

Kereta kami park dekat umah Fuad je. Senang jalan kaki je ke Kompleks tu. Kami sampai rumah pukul 2.30am..Aduhaiii mengantuk & letihnyeee... Thanks sayang bawak umi pi sana jmpe family.. & sorry ye kalau buat babah penat :(