navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, April 4, 2014

Breastfeeding Journey


Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih dapat meneruskan breastfeed Hafiy hingga ke saat ni. Walaupun dah mula mix dengan FM, tp Hafiy still prefer susu ummi die ni :) Tapi sekarang production masa siang memang agak kurang. Aku pam sehari sekali je. Biasa waktu petang. Hafiy aku bekalkan FM cap Dutch Lady sama dengan kakak die. Masalahnye die macam tak minat je. Adakah aku kene try FM cap lain? Huhu  (teringat dulu jenuh nak cari susu yang sesuai dengan Suri)

Kalau ada program/aktiviti kat luar, leceh jugak kan nak nyusukan baby. Bagi aku, kalau boleh aku nak susukan jugak walau apa jua keadaan. Biasanya aku mintak permission hubby. Die akan tgk crowd masa tu camne, kalau tak ramai sangat org, biasanya die bagi green light. Hafiy pun akan mengamuk juga kalau tak dapat, sebab die dah mengantuk kebiasaanye. Pakai ponco nursing & cpt2 bagi susu sure senang keje maknye lepas tu..hehe..


Pasal stok EBM pulak, aku ngaku memang dah tak banyak. Deep freezer pun aku dah post ke kampung (sebab mak nak guna utk kenduri kawen adik). Sekarang hanya dapat sehari dalam 6-7 oz sahaja. Pam aku masih lagi setia berkhidmat dan masih dalam condition OK. Tak pernah ada masalah, cuma aku tak pandai nak double pumping. So lama sikit la amik masa nak settlekan satu-satu.

Rumble Tuff  masa baru beli

First EBM production on 2nd day confinement
Ada display masa kite pam. RT ni boleh juga menggunakan bateri biasa

Semua dalam satu set

Kenangan..:) Lepas tu semua dah ditransferkan ke deep freezer. 

Selesai misi pertama. Impian misi kedua ialah untuk continue bf sampai Hafiy 2 thn..mudah-mudahan berhasil. Amin.




Happy 1st Birthday my baby!!

2nd April genap umur Hafiy setahun..Happy Birthday sayang ummi! Tak dapat nak celebrate macam Kak Suri dulu. Tak apelah kan..asalkan Hafiy sihat & happy :) Ummi and Babah cuti. Ingatkan boleh la bawak anak-anak celebrate pi jenjalan ke..tp kakak Suri pulak tak sihat. Muntah-muntah dan takde selera makan. Sempat la belikan adik se slice kek yang akhirnya ummi kene abeskan. Huhu

Tak sangka kan cepat je masa berlalu. Kenangan manis masa lahirkan Hafiy dulu masih rasa macam baru. Semoga anak ummi sentiasa dilindungi, dirahmati..dikurniakan kesihatan yang baik, masa depan yang cemerlang, dijauhkan segala bencana..menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.. Aminn..
Ummi, babah & kak Suri love you so muchhh~~



Copy paste balik gambar dr FB. Malas nak transfer hehe

Kak Suri excited nak tiup lilin. Layankan je sebab adik tak reti lagi kan.. ;p

Monday, March 17, 2014

Berbudi pada Tanah

Adui baru rasanya nak update tp jam dah nak pukul 6pm. Time balik dah mari pulak. Nak bercerita jugak..hehe..Hal si suami yang tetibe bersemangat nak tanam memacam jenis tanaman. Anak dara ku pun macam biasa la..mmg rajin bab tolong-menolong ni. Tanpa mintak bantuan pun..bantuan akan tiba time tu jugak. Lepas tu kene marah sebab bantuan dah jadi huru hara. Muahaha. Sekarang Suri pun rajin jugak tolong siram pokok. Die akan remark tu pokok babah la kan. Umi tolong tengok sambil cekak pinggang aje ;p

Ini baru permulaan. Nanti kite sama-sama tunggukan hasilnye..