navigator

home archive gallery contact login

no copy

Friday, September 28, 2012

Berkampung di Kelana Jaya

Rabu malam yang lepas, kami sekeluarga membuat aktiviti reunion di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Wak Lan & Wak Mon akan berangkat ke tanah suci Mekah. Dieorang kene masuk untuk pendaftaran pada pukul 1am. Mmg seronok dapat jumpe semua sedara mara, sepupu sepapat, pakcik makcik tp letihnye badan mmg tak dapat dinafikan lg la. Kesian jugak ngan en hubby yg tak rehat2 dari balik kerja petang tu. Pukul 2-4am pulak nak kene sambung tugas rukun tetangga kat taman..Huhu..

Suri la paling seronok dapat jmpe Maksu Ija die. Asik tunjuk kat belon2 yg ada jual kat tepi jalan tu je. Last2 dapat gak satu-ihsan uncle Ad die. Tak dapek la umi die nak belikan. Mahal kott..(kedekut..hehe) Punyelah banyak makanan dieorang bawak dari Melaka. Aku tgk nasi lemak je ada 2 tong. Wak Lan siap sedekah lagi kat orang yang duduk bersebelahan group kami. Ada kuih, ayam goreng, rendang, kek..macam2 lg la. tp yg pastinya aku tak makan pun sebab masa tu dah rasa tak sedap badan & mmg takde selera. Sebelum datang tu pun aku & hubby dah siap2 makan dulu..

Die mmg suke kacau org nak makan..

 Tikar pun tak muat nak tampung semua sedara mara..huhu

 Kekek..terduduk pulak atas riba abg Syakir

 Sedey weh sesi salam bersalaman ni..Isk isk

 Uncle Naim layan budak yg meragam sebab dah mengantukk..

Ni la makcik2 (termasuk mak kat tgh2 nu) yang masih mentain comels :)

Kereta kami park dekat umah Fuad je. Senang jalan kaki je ke Kompleks tu. Kami sampai rumah pukul 2.30am..Aduhaiii mengantuk & letihnyeee... Thanks sayang bawak umi pi sana jmpe family.. & sorry ye kalau buat babah penat :(

Wednesday, September 26, 2012

Dari Satu ke Dua

Misteri tak tajuk atas tu..Tak eh?kekeke.. Sebenarnya aku tak penah tulis lg kat blog kesayangan aku ni pasal hal ni. Tp ada la bg hint2 gitew. Ni baru la officially nak ngaku..yang...aku sekarang ni sedang mengandungi..Hehehe..I'm pregnant again! Yaaa..betull..Suri Nabila will be a sister soon.. :) Ni mmg unexpected. Kami ngah sibuk2 masuk rumah baru sebab tu macam blur2 bila tgk pregnancy test tu positif. Bile pulak ek kejadian ni?? Hahahaha..Kuasa Allah, tak siapa tahu ketentuan-Nya. Alhamdulillah..syukur sangat. Dapat rezeki berganda. Suri pun dah kena ada kawan pun. Selalu je mengamuk takde kawan nak teman die main. Ermmm..elok sangat la tu kan :)

Aku tak tau EDD aku bile memandangkan aku tak sure last period date aku (bulan tu je terlupe nak tanda.Cehh..) Buku pink KK gomen tu aku dah buat cuma utk scanning baby baru je dapat appoinment date semalam. Kebetulan semalam aku kene repeat amik darah memandangkan check up sebelum tu HB rendah. Tp alhamdulillah semalam HB dah ok. Nurse anggarkan baby dah masuk 14 minggu. Ermss.. so due date might be end of March 2013. Masa tu Suri dah 1thn 9bln. Tgk la nnti camne die dah ada adik. Sekarang ni manja bukan main lagi. Tp kat rumah pengasuh dah makin pandai bergaul dengan rakan-rakan sebaya (Iqbal, Isyraf & Hisyam)..haa tgk tu semua boys.. Suri pun sekarang dah pandai main Ultraman..Keh keh..

Utk pregnancy kali ni..aku ada la beberapa planning. Nanti lain kali la cerita. Tak tau dapat capai ke idak plan tu..hehehe..Minggu depan update tentang pi appoinment scan baby pula ye :) Tata!


Wednesday, September 19, 2012

Cuti Panjang Umi & Suri

Last weekend aku bercuti panjang. Dari Jumaat sampai la Isnin. Kire panjang la tu kan..Hehehe.Jumaat tu terpaksa amik cuti sebab pengasuh suri, si Intan tu kene balik kampung. Adik bongsu die kahwen. Boringnye cuti tanpa babah sekali. Mmg la ngadap muka umi je sepanjang hari..ye Suri..

Hari Sabtu tengahari kami ke Mahkota Cheras untuk menghadiri majlis kenduri akikah cucu kawan baik mak- Acik Norkiah. Macam2 makanan ada,tp aku makan sikit2 je sebab tak bape ada selera. Malam tu pulak, kawan abg si Syam & family die datang. Kami sediakan menu simple je -  spegetti & roti jala je. Tgk je la gambar2 kat bawah ni eh..Opss dah ada tagline utk setiap gamba ni. Nak jaga privacy gamba2 hak milik je..hehehe..

 Suri & babah

 Eee budak comot

Haa wat pe tu...

Mak masih pakai baju keja lg time ni..abaikan makanan yg sepah tu

Pn Nora & mak dara Keno..cik Fiya dah ngantuks ye..

Thanks kawan2..Nora & family, Keno kerana sudi menjengah saya di rumah Ahad aritu. Lain kali leh la datang..dah tau jalan kan :)