navigator

home archive gallery contact login

no copy

Thursday, February 28, 2013

Baby update : 35 week

Syukur alhamdulillah..Baby dah mencecah 35 week setakat hari ni. Next week dah boleh start pack beg baju..Huhu nerbes jugak walaupun dah kali kedua. Sure pengalaman melahirkan setiap anak berbeza kan?

Setakat ni baby ok je..cuma pada 15 Feb yang lepas, aku tetibe je kene refer ke Hospital Serdang. Sebabnya 2 hari sebelum tu baby kurang nak gerak. Aku just pi KK untuk confirmkan dengan doc tp dapat surat refer pulak. Doc kat KK suh pi buat CTG katenye..

Aku sampai Hospital Serdang sebelum pukul 12. Tp nak mencari parking bukan mudah..kene menapak jauh nak ke PAC. Dah la kene drive sendri. Asben ngah bz berkursus kat Marriot Putrajaya (dekat je pon kan..) Sebab ni first time sampai sini, aku agak teragak2 nak ke arah mana..Pukul 1215 baru la aku sampai kat registration PAC tu..

Menunggu utk nama dipanggil je amik masa 2 jam ok..mata dah kuyu selain kepala dah tersengguk2..huhu. Aku tgk ramai je org nak besalin terpaksa menahan sakit & menunggu utk katil kosong. Aduhai..cian pulak.

Sementara mesin CTG tu duk kat perut aku, aku amik kesempatan utk lena. Beshnye la rasanya..bak kate, "Org yg mengantuk disorongkan bantal". Haha. Alhamdulillah result ok je. Aku ingat lepas tu dah boleh balik tp kene tgu doc nak scan pulak. Alahai tgk2 depan tu asben dah ada. Mula2 ngah tekan2 hp..lepas tu aku tengok die dah lelap. Mana taknye..lama betul tunggu nak kena panggil. Sempat aku berkenalan ngan mak2 org yg nak beranak tu. Masing2 ngah menahan sakit. Ada yg dah kene transfer hospital lain.

Keputusan scan pun alhamdulillah ok. Masa ngah scan tu la baru kemain baby nak tendang sana sini. Doc suh tunggu sampai 10 kali gerakan baru boleh balik. Sudahnye pukul 6 baru aku dapat lepas balik. Itupun berdolak dalik ngan doc takmo warded (doc suh warded sbb nak bg aku concentrate catit pergerakan baby) 

As a result aritu..semuanya ok syukur dan aku balik ke rumah macam aku balik opis ye! Meredah jam sampai ke rumah..Kesian en hubby..dah la penat..mengantuk..redah jam pulak. Aku ingatkan dapat MC leh la balik awal..meleset sudah sangkaanku..Huhu hari yang memenatkan tp penuh kesyukuran.. :)


Thursday, February 21, 2013

Selamat menjengah ke alam 31 & 34

Ye..salam semua..umur aku dah pun memasuki angka 31 pada 5 Feb yang lepas. Macam tak caya pun ada..Dulu masa muda2 sokmo pikir umur 30-an ni kategori akak-akak,makcik-makcik..la ni aku dah pun sampai dunia tu. Haha. Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan-Nya aku masih bernafas di dunia ini dengan beribu kenikmatan yang dikurniakan. Rezeki, kesihatan, kasih sayang, keluarga yang diberikan selama ni mmg tidak ternilai dengan harga. Terima kasih Ya Allah.. aku memohon semoga sentiasa diberi kekuatan, kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan kesejahteraan kepadaku, suami & anak2..panjangkanlah umurku supaya aku dapat menjalankan amanah yang diberikan..membesarkan anak-anak sehingga menjadi insan yang berjaya..amiin...

16 Feb pulak turn my hubby..Kami mmg takde plan apa2 yang special thn ni memandangkan keadaan aku yang membuyung & kebetulan die tengah sibuk utk event akan datang. Sabtu lepas kami cuba jugak curik2 masa utk keluar makan bersama. Just pi Alamanda n jalan-jalan utk beberapa jam sahaja :(
In sha Allah bila keadaan dah reda n rileks..baru la boleh plan utk aktiviti yg lg besh..

Happy Birthday sayang! Ummi n suri doakan babah supaya terus maju dalam kerjaya, mendapat keredhaan dari-Nya, diberi kesihatan yang baik, kegembiraan & kejayaan dalam hidup..dipanjangkan umur..dimurahkan rezki..amin..Thanks for being whenever we need you & caring us so much..Muah..Muahh..muahhhhh..LOVE you, dear :)

My hero & my little gurl, you are my life

Cik kakak takut naik kete goyang-goyang ni..Mula macam nak sangat kan..hamik..berpelukan

Tinn,..tin..yang ni baru nak berani

Dah kepenatan ketakutan..Kekeke

Terjmpe gamba thn lepas pulak..Heheh..I luv my family..muah muahh

**Takde gambar cake sebab kami beli slice je (taknak bazir kononnye) tp kedua2 nya dah dimakan oleh cik kakak..pandai pula amik dari fridge then makan..huhu tgl baki2 je utk kami..sob sob

Nak yang mana ni..??

Ni kes dilema namanye..dilema ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Dilema nak pilih jenis yg mana satu
2) Dilema sebab kos tak berapa nak ada

Hahaha..ape la yg aku merepek ni..kan..Camni, aku dalam dilema nak beli double breastpump. Sebelum ni masa Suri aku mmg dah ada manual single bpump. Masih ok je lagi Madela Harmony tu cuma...single kan..so rasa macam nak upgrade. Lgpun dah tua2 ni tgn rasa lenguh plak nak ngepam lelama. Pam lama tu mmg besh pakai, x penah mengecewakan la kirenye..

Aritu (tak ingat weekend bile) aku ngajak cik abe pi ke FabulousMom di Cheras (depan ngan JJ Balakong).
Niat masa tu nak cari nursing bra jela..tp bile dah sampai memacam pulak kami capai..Huhu.

Hasil borongan setiap kali menyoping brg bby

Kat fabulousMom ni hasilnye ialah :

  • Kelly Nursing bra - 2 helai
  • Washable bra - 4 pasang
  • Simple dimple Papa bag
  • Maternity pad

 Itu je dulu buat masa ni.
 Sambil2 cuci mata tu, aku n asben sempat la riki2 bpump. Antara yang mmg menarik perhatian ialah :
  • Madela Freestyle (mmg nak..tp tak mampu ler!)
  • Spectra 3 (cam berat pulak nak usung nanti)
  • Ameda Lactaline Dual
  • Rumble Tuff

Seperti yang aku nyatakan kat atas tu, ada la yang di consider mampu milik.Hehe..Asben aku dah suh terus beli time tu jugak. Isk die ni..tgu la aku nak tgk review org dulu kan..Macam die pulak nak ngepam..X sabor manjang..Hehe..
Aku masih dalam proses memikir lg. In sha Allah dalam next week ke aku boleh la decide & terus pi beli mende alah ni. Takmo la time pantang nanti baru hegeh2 nak cari. Tp at least aku ada dah yg manual tu. Boleh je guna selang seli..:)

Ops jangan dilupe..kalau maknye dapat hasil..anak pon nak jugak habuannye..huhu

Cik adik manis nye play mat..tp ayah nye yg beria nak..adus